Kuasa Tuhan ayam sekecil ini selamat dalam letupan Gunung Merapi

on 06 November 2010

Saksikan ayam yang sekecil ini terselamat ketika letupan 
gunung Merapi...itulah kuasa Tuhan....
Begitu dahsyat ujian yang menimpa saudara-saudara kita
di sana...Bersyukur atas nikmat yang Tuhan berikan kepada kita...








'Mayat' tiba-tiba hidup ketika dipotong

Carlos Camejo (33), dikatakan meninggal dunia setelah mengalami kemalangan di jalan raya. Dia kemudian dibawa ke bilik mayat untuk di bedah siasat. Tiba-tiba "mayat" yang tengah mereka poting itu berdarah, dan  mereka menyedari  bahawa Carlos Camejo masih hidup. Para doktor dengan segera mencari jarum untuk menjahit luka di wajahnya. “Saya bangun kerana sakitnya bukan main,“ kata Camejo, seperti dilaporkan sebuah akhbar temapatan El Universal.

Isterinya yang sedang dirundung kesedihan dan diminta untuk datang ke bilik mayat  untuk tujuan mengecam tmayat suaminya ikut terkejut kerana menemukan suaminya masih hidup dan berjalan ke koridor. Sehingga kini Carlos Camejo memiliki bekas potongan di wajahnya dan menyimpan dokumen bedah siasatnya.



Di Hong Kong orang tua sampai Kanada jadi orang muda

Macam-macam cara digunakan oleh manusia untuk menipu..
termasuk pemuda ini yang sanggup menyamar sebagai orang tua...
tetapi akhirnya tertangkap...

wajah ketika menyamar....

             wajah sebenar....

saya petik dari kosmo online :

            VANCOUVER, Kanada - Polis menangkap seorang penumpang yang menaiki sebuah pesawat di Hong Kong sebagai orang tua tetapi semasa tiba di Vancouver dia menjadi seorang pemuda, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia ditahan pada 29 Oktober lalu selepas pesawat yang dinaikinya tiba di sebuah lapangan terbang di sini.

Satu amaran perisikan yang dikeluarkan oleh Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada yang menyatakan: "Maklumat telah diterima daripada pihak Keselamatan Penerbangan Kanada berhubung kemungkinan seorang penyamar dalam satu penerbangan dari Hong Kong.

"Penumpang itu diperhatikan dari permulaan penerbangan merupakan seorang lelaki tua Kaukasia yang didapati memiliki tangan orang muda.

"Dalam penerbangan, lelaki itu pergi ke tandas dan kemudian keluar sebagai seornag lelaki Asia berumur dalam lingkungan 20-an."

Selepas pesawat itu mendarat, lelaki yang menyamar itu diiringi oleh beberapa anggota pengawal sempadan Kanada. 

Agensi itu enggan mendedahkan butiran lanjut tetapi menyatakan, lelaki itu menaiki penerbangan dengan menggunakan pas milik orang lain. 

Pemuda itu memakai topeng muka silikon sebagai orang tua dan menanggalkannya semasa berada di dalam tandas pesawat.

Anggota-anggota agensi tersebut turut menemui beg yang mengandungi topeng muka silikon itu. - Agensi                                                       

Rompak cara baru,baling najis manusia

Ternyata perampok juga mengembangkan kreativitinya. Sebuah perompakan gaya baru diperkenalkan di Sydney.

Sebelum dirompak, seorang wanita lanjut usia ini dilemparkan dengan najis manusia oleh seorang pemuda yang seolah-olah berwajah baik.

Menurut polis, pemuda yang melakukan rompakan adalah orang yang sama melakukan beberapa rompakan.

Mangsa rompakan adalah wanita berusia 85 tahun. Dia baru saja mengambil wang dari mesin (ATM) di Chatswood  Ketika itu, dia dilempar dengan najis manusia dari arah belakang,

Seseorang kemudian datang membantu dan menghantar nenek itu ke sebuah jamban untuk membersihkan diri. Pemuda itu memasukkan tangannya ke dalam beg tangan dan mengambil dompet yang berisi wang.Penyerang itu diduga seorang warga Asia berumur sekitar 40 tahun a dan mengenakan topi besbol.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved