Wanita bogel cuba bunuh diri dengan terjun dari Apartmentnya

on 03 November 2010

Seorang wanita bogel di Heifei Kota Anhui China ini cuba bunuh diri melompat dari sebuah bangunan Highrise tempat dia tinggal. Namun Wanita tersebut akhirnya dapat diselamatkan.




Bekas tentera sanggup tatoo 223 nama rakannya yang tewas di peperangan

Seorang bekas tentera England bernama Shaun Clark merelakan tubuhnya di penuhi tatoo tulisan nama-nama temannya yang tewas di medan pertempuran di Afghanistan. Seperti kita ketahui England bersama beberapa negara dalam komando Amerika mengirimkan pasukannya untuk memerangi rejim Taliban di Afghanistan. Namun belakangan ini korban dari pihak sekutu Amerika itu terus meningkat akibat tewas di tangan rejim Taliban.

Shaun Clark mentatoo badannya dengan 223 nama teman tenteranya yang gugur di Afghanistan

Shaun Clark menyedari betapa sangat sedihnya keluarga-para perajurit  yang gugur selamanya, bagaimana dia merasakan para keluarga kehilangan orang yang mereka cintai gugur sebagai pahlawan bagi mereka . Untuk itu Clark ingin tetap berusaha mengenang teman-temannya selamanya dengan cara mentatoo nama 223 tentera yang gugur tersebut di tubuhnya.Lebih dari 4 jam waktu dihabiskan untuk mentatoo nama sebanyak itu di badannya.

Anjing bunyikan hon minta bantuan kerana terperangkap dalam kereta

Seekor anjing terperangkap di dalam sebuah kereta dan suhu dalam kereta itu  90 darjah Fahrenheit atau 32 darjah Celsius di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS). Anjing tersebut dengan pintarnya membunyikan hon kerta itu untuk meminta bantuan.

Menurut seorang doktor haiwan Nancy Soares, anjing Labrador cokelat itu dibawa ke klinik haiwan di Macungie Pennsylvania setelah dia terperangkap dalam kereta selama satu jam.

Insiden ini terjadi kerana pemiliknya yang sedang menurunkan barang selepas berbelanja, terlupa jika anjingnya yang bernama Max masih di dalam kereta. Kemudian dia terdengar bunyi hon kereta, namun setelah dia keluar tidak menemukan sesuatu yang mencurigakan tetapi ketika dia melihat ke arah keretanya, ternyata Max sedang duduk di kerusi pemandu sambil membunyikan hon.

Pemilik anjing itu kemudian memberi minum kepada Max yang nampak berpeluh dan terus mengeringkannya dengan menggunkan tuala. Setelah itu baru di bawa ke klinik haiwan.Anjing tersebut  tidak menderita luka serius dan hanya mengalami kelelahan akibat panas yang berlebihan.

bk-nasib baik anjing ni bijak....

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved