Datuk ada 430 orang cucu ingin tamabh anak lagi

on 28 Oktober 2010

Di Kota Khan Younis Gaza, berdiri sebuah bangunan yang baru setengah siap. Di tempat itulah seorang “legenda” tinggal, iaitu seorang bernama Abu Talal.

Sekilas pandang, tak ada yang istimewa di diri Abu Talal, yang berusia 82 tahun itu. Dia tetap rutin menunaikan shalat lima waktu seperti muslim lainnya. Namun dia memiliki bentuk badan seperti seorang pemuda. Gerakannya masih fleksibel. Dia masih tegap, kuat, dengan senyuman lebar yang ramah.

Abu Talal seorang legenda di kawasan selatan Gaza.  kerana “prestasi” lain, iaitu memiliki 30 anak. Datuk ini mengaku memiliki lebih dari 430 cucu. “Saya seorang anak tunggal, jadi saya ingin punya keluarga besar, lagipun ini sudah menjadi semacam hobi (punya anak banyak),” selorohnya. Anak bungsunya kini berusia dua tahun. Adakah dia mengingati semua nama anaknya? Kerana usianya yang sudah tak lagi muda dan daya ingat yang sudah tak terlalu baik, datuk ini perlu bantuan dari beberapa cucunya untuk mengingat nama anaknya yang masih hidup.Dia memiliki 17 putri dan 13 putra.

“Tiap kali ada anak yang lahir di keluarga ini, kami menyembelih kambing sebagai perayaan” kata Abu Talal. Bahkan dia mengaku masih ingin punya anak lagi. “Rasanya, saya masih boleh mempunyai 10-15 anak lagi,” ujarnya diiringi derai tawa.

Tiap tahun, populasi penduduk di Gaza naik lima peratus. Sekitar 1,5 juta orang tinggal  di kawasan sepanjang 40 km dan selebar 6-12 km itu. Banyak orang yang hidup dalam kemiskinan. Menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB), pengangguran di kawasan itu mencapai 40 peratus. Dengan banyak anak dan kondisi di Gaza yang serba susah, apakah Abu Talal tidak khuatir dengan situasi ini? “Tidak, kerana kalau saya kehilangan dua ratus cucu, saya masih punya dua ratus lagi,” katanya.

Di kehendaki haiwan mati kena langgar

Kerana harga makanan yang sangat tinggi sekumpulan pelajar dari universiti
 Bournemouth mencari haiwan yang mati kena langgar untuk di jadikan makanan....


Sekumpulan pelajar Universiti Bournemouth di sini mempunyai satu cara pelik untuk mendapatkan makanan secara percuma ekoran harga makanan yang tinggi dan masalah kewangan

Pelajar-pelajar itu mencari bangkai arnab, burung kuang bayas dan jika bertuah akan mendapat rusa yang baru dilanggar oleh kereta di sebuah sebuah jalan raya. 

Seorang kakitangan universiti itu yang sudah bertugas hampir sepuluh tahun berkata: "Kumpulan itu akan mencari pelbagai jenis haiwan di tepi jalan.

"Mereka sebelum ini menggunakan haiwan itu untuk sesi pengajaran bagi menunjukkan sejarah perkembangan kaedah penyembelihan haiwan.

"Namun, selepas kelas itu, kami mendapat banyak timbunan daging (selepas belajar menyembelihnya). Justeru, kami kemudian memanggang daging itu."

Para pelajar di universiti itu menyatakan pengajaran dalam kelas itu menyebabkan mereka mencari lebih banyak haiwan yang mati mengikut masa kelapangan masing-masing.

Seorang pelajar arkeologi forensik berumur 23 tahun berkata: "Selepas menggunyah beberapa kali, saya terlupa saya memakan daging haiwan yang kepalanya dilanggar sebuah kereta."

Bagaimanapun, seorang pegawai kesihatan Majlis Daerah New Forest berkata, seseorang yang makan haiwan yang dilanggar kereta perlu berjaga-jaga dengan tahap kesihatan haiwan berkenaan yang mungkin membawa penyakit-kosmo online


Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved