Paul si sotong gurita mati

on 26 Oktober 2010

Ingat  lagi dengan Paul sotong Gurita yang meramalkan dengan tepat keputusan piala dunia telah didapati mati di Oberhausen Sea Life Centre di German.Mereka akan mengadakan majlis pengebumian si Paul.

selanjutnya > (link)

Dr Death nak jual tubuh manusia melalui internet

Seorang ahli anatomi kontroversi Jerman Gunther von Hagens yang dikenal dengan Dr Death, merancang untuk menjual bahagian tubuh manusia yang sudah dikemas melalui internet.



Dia menawarkan kepada pelanggannya nanti bahagian tubuh manusia yang segar dan telah ia suntikan dengan bahan pengawet. Doktor maut ini juga mahu menjual bahagian tubuh ini kepada ilmuwan dan pekerja medik di Jerman.


Bahagian tubuh manusia ini akan dijual pada 3 November.Bagian tubuh manusia lengkap dijual seharga 61,733 poundsterling.



Kepala manusia di jual dengan harga 19,495 poundsterling. Selain tubuh manusia, doktor ini juga melayani kliennya yang ingin membeli baghaian tubuh haiwan.

Penjualan ini mengundang kecaman dari banyak pihak. Uskup Agung Jerman Robert Zollitsch mendesak ahli politik Jermanuntuk melarang penjualan  ini di internet. Menurut Uskup Agung Zollitsch menilai penjualan tersebut tidak menghormati orang yang telah meninggal.

Jururawat cuai matikan alat sokongan hayat

Kecuaian seorang jururawat mematikan alat sokongan hayat pesakitnya berjaya dirakamkan melalui kamera tersembunyi dan membolehkan siasatan ke atasnya dijalankan.

Melalui rakaman berkenaan, jururawat itu, Violetta Aylward, dilihat mematikan suis alat yang disambung kepada Jamie Merrett dan lelaki terbabit terpaksa bertarung nyawa sebelum pasukan paramedik tiba membantu.

Mengalami lumpuh dari leher ke bawah, Merrett, 37, memasang kamera itu kerana bimbang terhadap layanan diberikan ke atasnya.


Insiden itu berlaku hanya beberapa hari selepas kamera itu dipasang tanpa pengetahuan Violetta.


Rakaman itu menunjukkan Violetta mengusik-usik alat sokongan hayat itu beberapa ketika sebelum terdengar bunyi amaran kuat menandakan ia dimatikan kedengaran.

Merrett kemudian kelihatan tercungap-cungap sebelum keadaan itu disedari Violetta.

Melihat keadaan itu, jururawat dari Reading itu segera cuba memulihkannya sebelum pasukan paramedik tiba untuk membantunya dan menghidupkan semula mesin berkenaan.

Bagaimanapun, bantuan itu hanya tiba 21 minit selepas mesin sokongan hayat itu dimatikan, menyebabkan Merrett mengalami kerosakan otak.


Kakak Merrett, Karren Reynolds, berkata sejak insiden itu hidup lelaki terbabit berubah sama sekali.

Sebelum kejadian pada Januari 2009 itu, katanya, Merrett boleh bergerak menggunakan kerusi roda serta berkomunikasi menggunakan komputer yang dikawal melalui suara.

“Kini Merrett tidak mempunyai kehidupan sepatutnya dan dia seperti seorang kanak-kanak,” katanya.

Untuk berkomunikasi dengan Merrett kini, kata Karren, ahli keluarga terpaksa menggunakan bahasa mudah bagi membantu pemahamannya.

Sementara itu, peguam Merrett, Seamus Edney, berkata setakat ini kes kecuaian itu adalah paling serius membabitkan jururawat.

“Tetapi tiada siapa tampil mengaku salah walaupun selepas dua tahun kejadian berlaku,” katanya, semalam.

Sementara siasatan dijalankan oleh Majlis Jururawat dan Bidan Britain, Violetta kini digantung tugas.-myMetro



Aksi kucing




Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved