Kucing yang menjadi fotografer

on 24 Oktober 2010

Cooper adalah seekor kucing biasa berusia 4 tahun yang tinggal di Seattle. Setiap seminggu sekali dia alan di pakaikan dileher sebuah kamera digital dan kemudian kucing ini akan berjalan.Kamera digital ini  akan mengambil gambar secara automatik setiap 2 minit sekali.






dan inilah hasil gambar yang di amabil melalui 
kamera digitalnya.....






Bertarung dengan burung sendiri kena penjara

Jackson, Ann Arbor, Michigan, Amerika Syarikat, berusia 49 tahun terpaksa  duduk di penjara  gara-gara ”bertarung” dengan burung nuri peliharaannya yang diletakkan di dam beg pinggangnya.


Menurut seorang saksi, Jackson menggoncang burung yang berbulu warna-warni itu dengan kuat sehingga bulu-bulunya tercabut.

Polis bertindak kerana aduan yang di buat oleh  tiga orang yang melakukan panggilan kecemasan ke 911 berkaitan dengan ”insiden burung nuri” itu.

 Leftenan Renee Bush, mengatakan, burung nuri itu seperti ”menjerit” ketika polis datang menghampiri pemilik burung itu. Burung itu seperti  melawan tuannya serta melukakan tangan pemiliknya sehingga berdarah.

Burung pun ”cedera”, matanya merah dan ada juga bulu-bulunya yang tercabut. Polis itu pun mengatakan, burung  berada seperti dalam kesakitan.

Ketika ditanya, mengapa ia sampai berbuat sekasar itu pada burung? Pemuda yang terpaksa harus merengkok di penjara wilayah Washtenaw itu mengaku, dia sebenarnya sedang melatih  burung miliknya untuk ”belajar disiplin”.

Di kurung dan tubuh dipakukan ke papan

Seorang perempuan muda dikurung selama bertahun-tahun sebagai budak seks oleh pasangan suami isteri di Missouri. Dia dikunci dalam sangkar dan sebahagain tubuhnya dipakukan ke papan.Hakim Beth Phillips, menyatakan ini kes yang ngeri yang pernah diadilinya di wilayah itu.

Perempuan itu dikurung dan di perlakukan begitu sejak berusia 16 tahun oleh Ed Bagley (43) dan istrinya, Marilyn. Dia hidup di rumah yang dibuat daripada trailer supaya boleh dibawa kemana-mana oleh Bagley-Marylin.Kes itu akhirnya terbongkar pada awal 2009 setelah si perempuan muda, kini 23 tahun.

Apabila kejadian ini disiasat secara teliti makin banyak kejadian yang tak disangka terjadi  diantaranya lain seperti kekerasan seks, bergambar untuk  sebuah majalah porno dan pekerjaannya sebagai penari bogel di kelab malam.



 Ed Bagley, menghadapi 11 tuduhan, termasuk konspirasi perdagangan seks, pencurian dan kekerasan. Ada empat lelaki lain yang juga dituduh bersubahat.

Surat dakwaan setebal 21 halaman dilengkapi gambar menunjukkan, alat-alat seksual seperti dari zaman pertengahan digunakan pada perempuan muda itu dalam rumah bergerak Bagley.

Marilyn, isteri Bagley, mengaku mengenali perempuan itu kerana dia teman wanita anak lelakinya. Hubungan itu berakhir, tetapi si perempuan ingin hidup dengan keluarga Bagley-Marilyn dengan alasan hubungannya dengan keluarga angkatnya buruk.

Marilyn juga mengatakan, perempuan  itu bersama dengan keluarganya ketika berusa 17 tahun, bukan 16 tahun, dan tidak pernah berhubungan seks dengan suaminya hingga setelah berusia 18 tahun.(link)

Budak masukkan kucing kedalam tandas dan mengepamnya

Seekor anak kucing berusia dua hari di Australia diselamatkan lapan anggota bomba dalam operasi selama empat jam selepas pemiliknya, seorang budak perempuan memasukkan haiwan itu ke dalam tandas dan mengepamnya.Alannah Merleto, 3, gemar mengepam barang-barang ke dalam tandas.

Ibunya, Ammie bimbang nasib buruk menimpa anak kucing yang diberi nama Cain itu, selepas menanyakan kepada anaknya di mana haiwan tersebut berada dan Alannah menunjukkan ke dalam tandas.Mereka kemudian mendengar Cain mengiau dari dalam saluran paip tandas di bawah rumah.

Ibunya yang dalam keadaan cemas lalu menghubungi bomba.Pasukan bomba terpaksa meleraikan tandas itu dan memecahkan konkrit sebelum sampai ke saluran tandas di mana Cain terperangkap, seterusnya mengeluarkan anak kucing itu.-kosmo online

BK-NASIB BAIK ADA IBU YANG PRIHATIN TERHADAP BINATANG KALAU TIDAK MATI SIA-SIA JE KUCING TU.......



Berpisah dan bergaduh akhirnya di tepi jalan

Berpisah dan bergaduh di tepi jalan kerana
pemuda itu tidak mahu berpisah dengan kekasihnya
sehingga polis turut masuk campur......








Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved