Lelaki pakai lampin mencuri

on 23 Oktober 2010


Mungkin lelaki ini mengalami sakit mental....

Perempuan kecewa nikahkan diri sendiri


Kerana tak ada pemuda yang datang melamar dirinya, wanita dari Taiwan ini berputus asa dan merasa kecewa dan mengambil keputusan menikahi dirinya sendiri.

Chen Wei-Yih melangsungkan pernikahan dengan satu upacara yang agak rumit kerana tidak pasangan lelaki dalam pernikahan itu.


Wei-Yih memakai gaun pengantin berwarna putih. Dia juga bergamabar dengan gaunnya itu. Satu wedding organizer (WO) disewa untuk menguruskan majlis pernikahannya. Dia hanya mengundang 30 orang pada jamuan makan malam resepsi perkawinan itu.

Wei-Yih, yang begiru kecewa kerana tidak bertemu lelaki idaman hatinya. Usianya yang suadah tua dan dia menghadapi tekanan sosial untuk segera berkahwin.


Dia tidak bermain dengan kenyataannya itu. Setelah menikah dia aka berbulan madu ke Australia. Tentu saja seorang diri. "Saya berharap semakin banyak orang yang akan mencintai dirinya sendiri," ujarnya.

Pernikahan yang dilakukan Wei-Yih tidak boleh didaftar dan tak dianggap sah. Tetapi Wei-Yih berjanji jika  menemukan lelaki idamannya, dia akan melangsungkan pernikahan lagi.

Apa yang dilakukan Wei-Yih itu menimbulkan kekhuatiran kepada pemerintah Taiwan. Selama ini Taiwan cemas melihat menurunnya kelahiran penduduk di negara tersebut.Hanya dua perlima perempuan Taiwan yang ingin menikah dan selebih suka hidup bersendirian.(link)

Ritual campak bayi di India

Setiap masyarakat mempunyai adat dan cara tradisi tersendiri..
seperti masyarakat India mempunyai satu ritual yang unik
iaitu mencampak bayi......tujuan untuk memberikan semangat kepada kanak-kanak ini...




10 bulan merayap bersama mayat

Seorang wanita California mendakwa, dia tidak tahu apa perlu dilakukan apabila rakannya - seorang wanita merempat - meninggal dunia dalam keretanya, memaksa dia membiarkan mayat itu berada dalam kenderaannya berbulan-bulan.Untuk mengelak bau, wanita terbabit menyimpan mayat berkenaan bersama sekotak serbuk soda.


Jurucakap polis Costa Mesa berkata, mereka menemui mayat wanita tidak dikenali itu pada Selasa lalu selepas mendapat aduan sebuah kenderaan menghalang laluan.

Katanya, apabila anggota polis menyiasat kereta itu, mereka terhidu bau busuk dan ternampak sebelah kaki manusia terkeluar dari sehelai selimut.

 “Polis kemudian terkejut apabila mendapati ada mayat yang sebahagiannya terawet yang tinggal tulang dan kulit seberat kira-kira 14 kilogram,” katanya, semalam.

Pihak berkuasa menolak kemungkinan ada unsur jenayah berlaku ke atas wanita terbabit apabila meneliti laporan bedah siasat dibuat hospital.Bagaimanapun, kata jurucakap itu, polis masih menyiasat apa peranan dimainkan pemilik kereta itu.

Wanita itu memberitahu polis, dia bertemu wanita merempat itu di kawasan taman berhampiran Fountain Valley dan membenarkannya tidur dalam keretanya.Namun, apabila wanita merempat itu mati 10 bulan lalu, pemilik kereta berkenaan mendakwa takut untuk melaporkannya kepada polis.

Jurucakap polis berkata, pemilik kereta berusia 57 tahun itu juga sebenarnya tidak memiliki rumah dan terpaksa menumpang dengan rakannya.


“Dengan kesukaran hidup dialaminya, wanita terbabit bimbang dituduh bertanggungjawab atas kematian kenalannya itu,” katanya. - myMetro

Pasangan muda yang bertunang di dunia

DUBAI: Dua kanak-kanak Syria yang berusia tiga dan lima tahun mungkin menjadi pasangan termuda di dunia yang ditunangkan atas persetujuan masing-masing. Ibu bapa Hala, 3, dan tunangnya Khalid, 5, mendakwa kanak-kanak terbabit bersetuju untuk dijodohkan.

Kisah mereka disiarkan laman web tempatan Syria, Akes Alser dan menjadi perbualan rakyat. Kedua-dua keluarga kanak-kanak itu yang menetap di Homs, kira-kira 180 kilometer di utara Damsyik turut menerima ucapan tahniah daripada orang ramai.


Bapa Khalid, Juma memberitahu Gulf News, anaknya itu waris tunggal daripada perkahwinannya sejak lebih 25 tahun lalu.

“Saya dan isteri mendapat Khalid selepas 20 tahun berkahwin melalui kehamilan yang rumit. Sekiranya dia anak lelaki, saya berjanji akan mengikat tali pertunangan untuknya ketika dia berusia lima tahun dan akan mengahwinkannya dengan perempuan pilihannya pada usianya mencecah 15 tahun,” kata Juma.


“Hari berlalu hinggalah Khalid terpikat dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang ditemuinya ketika lawatan keluarga ke bandar pinggir laut di Lattakia,” tambah Juma.

Menurut Juma, perkahwinan kedua-duanya mungkin akan menjejaskan persekolahan mereka.

selanjutnya >myMetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved