10 ekor harimau kejar 1 ekor ayam

on 19 Oktober 2010

Kira hebat juga ayam nie 10 ekor kejar dia
tapi tak dapat..







Berus gigi boleh berdiri

Banyak penemuan unik dan berguna,Salah satu penemuan unik kali ini adalah  berus gigi yang boleh berdiri sendiri. Kita tentu sering merasa jijik kalau berus gigi yang kita guna untuk menggosok gigi terjatuh dan inilah yang membuat Ryan dan Harc mencipta berus gigi yang boleh berdiri jika terjatuh.



Prinsip berus gigi unik adalah dengan menempatkan pusat titik berat berus pada bahagian dasar, sehingga bahagian dasar ini mempunyai titik graviti yang terbesar di beberapa bahagian berus gigi. Jadi pada prinsipnya jika berus gigi ini terjatuh dia akan berdiri semula dan kita tidak perlu risau jika berus gigi kita terjatuh.



Design unik yang kemudian dipatenkan menjadi berus gigi Dews Tootbrush ini akan cuba dipsarkan tidak lama lagi.

rujukan : http://www.techgeeze.com

Cara baru untuk mengelakkan password di ketahui orang

Ada beberapa cara untuk mengelakkan password di ketahui orang.
Dan cara ini juga mengelakkan orang lain dari mengetahui 
apa yang nada sedang lakukan.....




 bagus tak idea ini.......???


Hidup 78 tahun tanpa minum air

Dalam penelitian ilmiah, Manusia dalam keadaan dan ketahanan tubuh terkuat akan hanya mampu bertahan hidup 7 hari tanpa makanan, tapi hanya mampu bertahan hidup 3 hari tanpa minuman. Tapi hasil kajian ini tak berlaku untuk Narasamma, seorang wanita 92 tahun dari Bangalore, India. Dia mengatakan dia telah menghabiskan hidup selama 78 tahun tanpa minum air.


Dia tidak meminum air sejak ia berusia 14 tahun. Sebelum berusia 14 tahun, ia termasuk wanita yang mudah mengalami kekeringan tekak, sehingga setiap hari dia boleh menghabiskan sampai 10 liter air, hal itu menyebabkan tubuhnya menjadi besar. Orang tuanya kemudian membawanya berjumpa doktor dan  doktor mengatakan bahawa Narasama harus menjalani terapi wap.

Setelah sembuh dari penyakitnya, ia kemudian bersumpah untuk tidak meminum air. Untuk dapat bertahan hidup tanpa minum air, ia mengaku bergantung pada obat suplemen bernama obat Ayurvedic, selain itu,dia juga selalu memakai pakaian basah, Dia juga hanya makan nasi, buah-buahan kering dan kacang-kacangan, menghabiskan lima jam sehari untuk berdoa, dan puasa minima 10 hari dalam sebulan.

sumber: sekadar-tahu blogspot.com

Sehari,dapat dua bini

Azhar Haidri, pria Pakistan berusia 23 tahun, menikahi dua wanita dalam waktu 24 jam. Kejadian ini mendapat perhatian umum di Pakistan.

Pada awalnya pemuda ini berada dalam keadaan dilema. Dia ingin menikahi wanita yang  dicintainya, sementara itu dia juga harus mengawini wanita yang telah ditentukan keluarga bagi dirinya sejak mereka masih kanak-kanak.Undang-undang Pakistan membolehkan poligami berdasarkan konsep Islam,

Azhar Haidri pada awalnya menolak mengawini Humaira Qasim yang berusia 28 tahun—wanita yang telah menjadi tunangannya sejak kanak-kanak—kerana dia ingin mengawini Rumana Aslam, wanita berusia 21 tahun yang dia cintai.

Keinginan Haidri untuk mengawini kekasihnya dan hendak meninggalkan wanita yang menjadi tunang sejak kanak-kanak itu pun mengancam perpecahan keluarga. "Saya memberikan penawaran bahawa saya hendak menikahi keduanya," kata Haidri menjelang pernikahan pertamanya dengan Humaira Qasim pada Ahad di kota Multan, Pakistan tengah.

"Kedua wanita itu telah sepakat untuk saya nikahi," katanya.Pada akhirnya, Haidri pun menikahi Rumana Aslam keesokan harinya.Beberapa stesen televisyen telah menyiarkan kedua-dua perkahwinan itu.

Haidri seorang pengamal perubatan herba berbahagia keran kedua-dua isterinya bersepekat untuk berkahwin dengannya dan ini merupakan satu pengalaman yamg unik.-kompas online

bk-rezekinya!!!!

Hakim putuskan suami boleh pukul isteri


ABU DHABI - Mahkamah tertinggi Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menyatakan seorang lelaki boleh memukul isteri dan anak kecilnya asalkan pukulan itu tidak meninggalkan tanda fizikal pada tubuh mereka.

Keputusan Mahkamah Agung Persekutuan tersebut menunjukkan pengaruh kuat undang-undang Islam di UAE selain tarikannya dalam kalangan komuniti antarabangsa ekoran bilangan rakyat asing jauh melebihi penduduk tempatan di negara berkenaan.

Mahkamah berkenaan membuat keputusan itu pada awal bulan ini dalam kes seorang lelaki yang memukul isteri dan anak perempuannya yang telah dewasa sehingga tubuh mereka luka dan berparut.

Ia memutuskan bahawa lelaki itu bersalah kerana mencederakan kedua-dua wanita terbabit tetapi menyatakan, undang-undang Islam membenarkannya untuk tujuan mendisiplin selagi pukulan itu tidak meninggalkan tanda atau parut.

Hakim mahkamah itu turut melarang kanak-kanak yang mencapai usia akil baligh daripada dipukul.-kosmo online

bk-pukul sebagai pengajaran bukan pukul sebagai penderaan.Setuju kalau untuk mendisiplinkan tetapi jika digunakan untuk penderaan itu yang menjadi masalah.Kadang-kadang ada orang yang menjadikan kelonggaran untuk memukul ini sebagai jaminan untuk mendera.Kaedah memukul anak ini yang sepatutnya diajar kepada ibubapa terutama yang baru kahwin.Kalau boleh di ajarkan masa kursus perkahwinan dan juga diajarkan cara mendidik anak.Ramai ustaz @ustazah yang mahir dengan undang-umdang Islam ni.....Yang penting ajarkan pasangan ini cara hidup selepas perkahwinan....







Nenek 107 tahun masih perawan ingin kahwin,ada siapa yang mahu?


Di China seorang nenek yang berumur 107 tahun akhirnya memutuskan akan berkahwin untuk pertama kali dalam hidupnya. Padahal ketika ia masih muda, ia menolak  untuk berkahwin kerana tidak bersiap sedia. Kini ketika usianya semakin senja, barulah ia menyatakan siap untuk membina rumah tangga.

Wang Guiying, begitu nama nenek unik ini, kini mencari seorang laki-laki yang berminat menikahinya.Dia berharap mendapatkan seorang suami lebih muda darinya, antara 90 atau awal 100 tahun. Selain sekarang ia merasa telah siap sedia kerana tidak mahu menyusahkan anak saudaranya apalagi sejak kakinya patah ketika berusia 102 tahun, sehingga membuatnya berhenti mengerjakan tugas-tugas rumah tangga.

 Wang Guiying berkata,” Apa yang akan terjadi jika saya tidak segera menemukan seorang suami?”
Wang yang lahir di daerah selatan Guizhou , sewaktu mudanya sangat takut menikah kerana ia trauma melihat pak ciknya memperlakukan isteri dengan kejam. Bukan hanya itu, ia kerap menjumpai kehidupan rumah tangga di daerahnya yang ‘mengerikan’ di mana perlakukan seorang suami pada isterinya.

Di era Wang muda, memang kedudukan social wanita jauh lebih rendah di bandingkan dengan laki-laki, kerana pemandangan suami menyiksa isteri adalah hal biasa pada masa itu. Ini menimbulkan trauma berkepanjangan dalam hidup Wang yang akhirnya menolak utuk berkahwin.

Akibat makan aiskrim tak boleh berjalan dan bercakap

Begitu malang nasib yang menimpa  gadis ini, hanya gara-gara makan ais krim dia harus menjalani kehidupannya di atas kerusi roda dan tidak boleh bercakap. Apa sebenarnya kandungan aiskrim yang dimakannya sehingga dia tidak boleh berjalan dan bercakap?


Rupanya gadis ini alergik terhadap susu kambing. Dan ternyata aiskrim tersebut mengandungi susu kambing.

 Rachel Devine, berasal dari Ireland yang berumur 25 tahun. Ketika itu dia pergi bersama dengan pasangannya bernama Chris Mee (27) pergi ke Turki.

Di Turki Rachel membeli  aiskrim untuk dia dan pasangannya di sebuah kedai  aiskrim. Rahchel tidak tahu jika aiskrim itu terdapat susu kambing padahal sejak kecil dia mengetahui dia alergik susu kambing.

Baru satu suapan tiba-tiba Rachel merasakan ada yang tidak kena pada tubuhnya. Mulutnya mulai membengkak dan menjadi susah bernafas. Inhaler untuk asma yang selalu dibawanya juga tidak membuatnya menjadi lebih baik.

Segala hal dilakukan oleh Rachel termasuk menyuntikan adrenalin Epipen tapi semuanya tidak membawa hasil dan akhirnya dia pengsan ditempat kejadian.

Dia di bawa ke hospital dan doktor yang memeriksanya mengatakan dia terkena serangan jantung dan  otaknya sudah kekurangan oksigen.

Di Izmir, Rachel mendapat perawatan intensif dan ternyata ditemukan adanya pembengkakan otak.Setelah selama 8 hari  di Turki, ia diterbangkan ke Royal Victoria Hospital di Belfast. untung saja semua kos rawatan di tanggung oleh syarikat insurans perjalanan tersebut.

Di Belfast, doktor yang memeriksanya mengatakan kepada keluarganya bersiap menghadapi kemungkinan kerana kebanyakkan pesakit yang koma begini tidak ada harapan.

Tetapi tiba-tiba keajaiban muncul, setelah empat minggu koma Rahcel akhirnya tersedar. Ketika sedar Rachel mengingatkan dia mengalami kecelakaan pesawat dalam perjalan ke Turki.

Meskipun dia selamat ternyata Rachel tidak dapat berjalan dan bercakap. Tapi dia  bersemangat menjalani ujian terapi untuk melawan penyakitnya. Atas usahanya yang gigih Rahcel sudah boleh mengucapkan 5-6 kata dan mulai berlatih berdiri sendiri.

.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved