Agaknya berapa lama motosikal ni parking situ?

on 18 Oktober 2010

Agaknya berapa lama motosikal ni parking situ?



Turutan seorang pemuda yang gagah berubah menjadi wanita













 Siapa sangkakan???

Pesara maut hospital silap sambung mesin pam darah



Kecuaian seorang kakitangan perubatan menyebabkan seorang pesara kerajaan maut apabila tubuhnya kehilangan darah.

Dr John Baines, 76, baru saja menjalani pembedahan pintasan jantung selama enam jam pada 29 Januari lalu dan terpaksa menggunakan mesin mengepam darah di hospital.


Dalam inkues diadakan itu, mahkamah diberitahu bahawa mesin berkenaan sepatutnya bertindak sebagai jantung dan paru-paru sementara ketika menjalani pembedahan.


Bagaimanapun, seorang kakitangan hospital tersilap menyambung peralatan itu menyebabkan darah Baines disedut dan tidak dipam semula ke badannya.


Walaupun masih bernafas ketika kesilapan itu disedari, pesara itu disahkan meninggal dunia beberapa hari kemudian akibat kerosakan otak.-my merto



'Diracik, dimandi dan dikebumi'


EMPAT tahun lalu, Rahmat Mahdan, 52, sedih apabila melihat taburan kertas yang tertera ayat-ayat suci al-Quran di sebuah pusat pengumpulan barang kitar semula.

Perasaan sayu itu lantas membuatkannya terdetik untuk melakukan sesuatu.

Demi mengelakkan keadaan tersebut daripada terus berulang, dia berazam untuk mendapatkan ruang sempurna bagi mengurus dan menyelamatkan wahyu Allah itu daripada dibiarkan sebegitu.

Nalurinya ternyata gusar apabila memikirkan tentang sikap tidak peduli segelintir umat Islam mengenai perkara itu.

Memang adakalanya, ayat- ayat al-Quran yang sudah terkoyak daripada kitabnya atau daripada petikan bahan bacaan ilmiah lain tidak lagi boleh disimpan atau dimanfaatkan. Namun, membuang dengan sesuka hati bukanlah jawapannya.

“Masyarakat pada hari ini mudah menyerahkan segala urusan kitar semula menggunakan khidmat pengumpul surat khabar lama yang selalu datang ke kawasan kediaman dengan lori.

“Lebih menyayat hati apabila bahan bacaan yang hendak dilupus itu terkandung ayat-ayat suci al-Quran.

“Adakah mereka terfikir tentang ‘nasib’ kesucian wahyu Allah itu?” keluh pemilik dan peneraju syarikat Percetakan Saufi Sdn. Bhd. tersebut.

Dia bagaimanapun tidak menafikan faktor kesibukan urusan kerja menjadikan segolongan orang terlupa akan hal itu.

Rahmat mula berfikir panjang untuk berbakti atas matlamat melindungi kandungan al-Quran dan hadis Rasulullah.
LAMBAKAN al-Quran dan buku ilmiah menunggu waktu dilupuskan. 



Sebagai langkah awal, Rahmat mengumpulkan pandangan daripada beberapa orang tokoh agama seperti Imam Satu masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Moghni Israri dan Pengetua Darul Quran Selangor, Ustaz Azahari Othman.

Untuk bacaan selanjutnya > kosmo online

Seorang blogger berhasrat mencium 100 orang pemuda

Yang Ya-ching, Seorang blogger warganegaraTaiwan memiliki misi untuk mencium 100 pemuda tak dikenalinya di Paris. Dia berumur 27 tahun dan sedang belajar di Paris. Dia berhasrat untuk meniggalkan sesuatu untuk menunjukkan yang dia pernah berada di kota ini. Dia memulakan misinya dengan mencium salah seorang pekerja advertising yang sedang memasang billboard. Tindakannya ini menimbulkan kontroversi sendiri di blog pribadinya. Menurut Taipei Times, para lelaki Taiwan agak cemburu dan menyesalkan kenapa misi ini dilakukan di Paris bukannya di Taiwan sendiri dan ada juga yang mengatakan misi ini hanyalah salah satu alasan untuk dapat mencium pemuda tampan di Paris.
Setelah misi ini tercapai, Yang berniat untuk menuliskan buku tentang penglamannya.




Kolam renang terdalam di dunia

Kolam renang ini nampak seperti biasa tetapi 
ia merupakn kolam renang yang terdalam di dunia....











Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved