Kamu boleh masuk tapi kalu kena makan Zoo tak bertanggungjawab

on 14 Oktober 2010

Beginilah kenyataan yang di perlu ditandatangani oleh para
pengunjung Zoo Lujan di Buenos Aires.Mereka boleh buat  apa saja dengan binatang buas ini..
menungggang,bergambar ,apa-apa saja tetapi
jika kamu kena makan pihak zoo tidak bertanggungjawab.Kanak-kanak
pun dibenarkan masuk.










Terapi guna api

Pelbagai cara di gunakan untuk mengurut @ massage @ terapi dan salah satunya
menggunakan api...









Akibat suka mengganggu anjing

Beginilag kecederaan yang di alami oleh orang ini 
yang suka mengganggu anjing...



Jika bulu mata anda panjang begini...

Apakah perasaan anda jika bulau mata anda panjang
begini...???







Gadis malang dapat hidung baru

LONDON: Seorang remaja Afghanistan yang cacat pada mukanya selepas dikelar oleh suami tersenyum lebar ketika menunjukkan hidung palsu barunya untuk kali pertama, semalam.


Aisha, 19, memeranjatkan masyarakat dunia apabila muncul kali pertama di muka depan majalah Time tanpa hidung, Ogos lalu.

Semalam, dia dengan berani muncul di depan khalayak ramai dengan memakai hidung palsu, sesuatu yang memberikan idea kepadanya mengenai bagaimana dia akan kelihatan selepas menjalani pembedahan.

Dia muncul depan kamera televisyen untuk menerima anugerah Enduring Heart di satu majlis untuk Yayasan Grosman Burn, sebuah pertubuhan yang berpusat di Los Angeles yang membiayai pembedahannya.

Aisha menerima anugerah itu daripada isteri Gabenor California, Maria Shriver.

Ketika berusia 12 tahun, bapa Aisha mengahwinkannya dengan seorang lelaki yang didakwa pejuang Taliban, kononnya sebagai membayar hutang.


Dia diserahkan kepada keluarga lelaki itu yang kemudian menderanya dan memaksanya tidur di kandang haiwan.

Apabila cuba melarikan diri, dia ditangkap dan hidung dan telinganya dipotong oleh suaminya sebagai hukuman.-myMetro



Bayi tujuh bulan ada 24 jari

PAGARALAM, Indonesia - Berat badan seorang bayi perempuan, Natasya di sini sudah mencecah 15 kilogram (kg) walaupun dia baru berusia tujuh bulan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Namun, Natasya memiliki keunikan lain kerana dia mempunyai 24 jari.

Sekali pandang, anak pasangan Eko dan Ria itu tetap kelihatan normal serta ceria seperti bayi seusianya.

"Sejak lahir lagi, bilangan jarinya memang aneh. Ketika lahir, beratnya nomal iaitu 3.5kg. Namun, beratnya sekarang sudah 15kg, sedangkan dia hanya diberi susu ibu.

"Setiap kali menjalani pemeriksaan, berat badannya bertambah sebanyak dua kg," kata ibunya, Ria.

Ria memberitahu, ketika mengandung, dia sentiasa berasa lapar dan makan dengan banyak.

Dia juga mengaku amat terkejut apabila melihat anaknya mempunyai 12 jari di kaki dan tangan.

Ketua Pusat Perubatan Kota Pagaralam, Dr. Rashidi menyatakan berat badan normal bagi bayi yang berusia tujuh bulan adalah antara tujuh hingga lapan kilogram.

Dr. Rashidi menyarankan supaya Natasya dibawa bertemu dengan pakar kanak-kanak untuk mengetahui punca berat badannya meningkat.

Mengulas tentang jumlah jari yang dimiliki Natasya, Dr. Rashidi memberitahu masalah itu terjadi sewaktu dalam janin lagi.

Namun, ia tidak mengganggu kesihatan bayi tersebut.-kosmo online



Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved