Gameshow paling 'brutal',85juta orang menyaksikannya

on 10 Oktober 2010

The Intercept, adalah Gameshow yang memiliki rating yang sangat tinggi iaitu 2 kali melebihi rating American Idol.Seramai 85 juta orang Russia yang menonton rancangan ini pada satu masa. Kenapa rancangan ini boleh menarik ramai penonton menyaksikannya.?Ini semua kerana rancangan ini cukup unik.


Si peserta akan diberikan sebiji kereta. Tetapi..Kereta itu akan dilaporkan ke polis sebagai kereta yang telah dicuri..Kemuncak daripada gameshow inilah peserta cuba untuk menghindarkan diri daripada ditangkap oleh polis selama 35 minit dengan cara menggunakan jalan yang sibuk,masuk terowong atau apa-apa sahaja agar tidak tertangkap.

Ramai juga peserta yang  gagal kerana keretanya masuk ke sungai atau rosak setelah melanggar pagar pembahagi jalan. Pihak polis tidak mengetahui tentang gameshow yang sedang berlangsung.. Tidak hairanlah peserta yang ditangkap dilayan seperti penjenayah yang mencuri kereta.(link)

Mati akibat permainan seks

BARLASTON – Seorang ahli perniagaan di Britain mati dijerut kolar besi berpaku ketika dia tergantung pada bumbung bilik permainan seks di rumah sepasang suami isteri, lapor sebuah akhbar semalam.

Mangsa, Lionel Webster memakai sut gaya tahanan Teluk Guantanamo dan but kulit apabila dia sesak nafas dalam permainan seks di kediaman pasangan Colin Richardson, 75 dan isterinya yang berusia 68 tahun, Anne Richardson di sini, England.

Akhbar The Sun melaporkan bahawa inkues kes itu pada Khamis lepas mendapati Webster, 61, merupakan pelanggan tetap sesi seks sadis itu dengan bayaran £150 (RM745) bagi satu sesi.

Dia gemar meminta dirinya ‘diseksa’ seperti seorang tahanan tentera.


Selepas puting dan kemaluan Webster dikapit dan dirantai, Anne menyambungkan rantai pada kolar leherWebter dan menggantungnya.

Mereka cuba membuka kolar itu selepas mendapati dia terjerut dan lemas tetapi gagal kerana mangsa menguncinya dan menyembunyikan kunci di salah satu poket sut tahanannya.

Berdepan situasi cemas, pasangan itu yang berkahwin selama 49 tahun, membuat panggilan kecemasan.

Polis kemudian menemui sejumlah tali, cemeti, alat bantuan seks, seluar dalam kulit dan beberapa buku seks sadis di bilik berkenaan.

Pasangan itu pada awalnya ditangkap, tetapi dibebaskan selepas pihak pendakwa raya berpuas hati kes itu tiada unsur jenayah.-kosmo online


bk-manusia-manusia......



Undang-undang anti gemuk di Jepun

Jepun mungkin adalah satu-satunya negara yang meluluskan Undang-Undang anti obesiti atau anti gemuk di dunia. Undang-undang yang disahkan tahun lalu tersebut melarang masyarakat Jepun untuk gemuk.

Bagi seorang pemuda, pinggang yang melebihi 33.5 inci adalah gemuk. Bagi gadis, 35.4 inci


Apabila anda melepasi batas maksimum tersebut, maka anda mesti mengikuti kaunseling dengan doktor, pergi ke gym sehingga kembali ketahap maksimum tadi..

Disamping itu, boss anda juga akan di denda kerana pekerjanya gemuk, dan boss tersebut akan membayar perbelanjaan untuk anda menguruskan badan.

Alasan undang-undan ini adalah dengan semakin sedikit orang yang gemuk,semakin rendah perbelanjaan kesihatan yang dikeluarkan di negara tersebut.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved