Hobi Spiderman bila tak ada tugas

on 28 September 2010

20 bulan setelah kematian Suami, Lahirkan Bayi kembar

Seorang perempuan yang suaminya meninggal dunia kerana kanser dua hari setelah perkawinan mereka telah melahirkan anak kembar mereka hampir dua tahun kematian suaminya.

Kelly Bowen, 25, mengatakan anak-anaknya adalah sebuah 'keajaiban'.Bayi kembar ini lahir pada malam Tahun Baru setelah menggunakan rawatan IVF menggunakan sperma beku suaminya, Gavin.Sperma ini mula di bekukan sebelum suaminya menjalani rawatan kanser.

Pasangan ini berkahwin pada bulan April 2008, hanya dua hari sebelum  Bowen meninggal.Dia menganggap inilah pemberian ajaib yang di tinggalkan suaminya.

Doktar meningati pasangan itu risiko tidak mempunyai anak kerana rawatan yang di berikan kepada Bowen  dan atas  nasihat inilah pasangan memutuskan untuk membekukan sperma suaminya.

Kehamilan menyebabkan kehidupannya bertambah ceria walaupun kematian suaminya.

Jutawan skuter mati naiki skuter

LONDON - Pemilik firma skuter futuristik Segway, Jimi Heselden meninggal dunia selepas kenderaan beroda dua yang dinaikinya itu terjatuh dari sebuah gaung ke dalam sungai, kata polis semalam.

Heselden, 62, merupakan seorang jutawan warga Britain.

Seorang jurucakap polis Yorkshire Barat memberitahu, mayatnya ditemui di dalam Sungai Wharfe berhampiran kediamannya di bandar Boston Spa, utara England kelmarin.

"Sebuah kenderaan Segway ditemui di tempat kejadian," kata jurucakap berkenaan yang turut menyatakan polis dihantar ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima laporan bahawa seorang lelaki terjatuh dari sebuah gaung.

"Kemalangan itu dipercayai bukan akibat perbuatan yang mencurigakan," jelasnya.

Heselden mengetuai sepasukan pelabur Britain yang membeli Segway Inc yang beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS) pada Disember tahun lalu. Firma berkenaan mengeluarkan dan mengedar skuter itu.

selanjutnya > kosmo online

'Saya tak mahu adik menangis'

KUALA LUMPUR: “Kalau saya menangis, adik saya lagi akan menangis. Saya perlu tabah dan kental untuk bersama-sama (adik-beradik) menerajui syarikat,” kata anak sulung jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari ketika menjawab persoalan kenapa dia tidak pernah dilihat bersedih selepas kes pembunuhan kejam ibunya.

TENANG...Rita kelihatan tenang ketika menjawab soalan yang dikemukakan Azlan Idris dalam temubual program Kerusi Panas Radio di Bernama, semalam.
Erni Dekritawati yang lebih dikenali sebagai Rita, 25, berkata, dia perlu kuat dan bersemangat meneruskan legasi perniagaan peninggalan ibunya selain memberi kekuatan kepada lima lagi adiknya.

“Kami sekeluarga sekarang sedang menerima kenyataan, bukan tak sedih, tapi saya mesti pandang ke hadapan dan meneruskan niat ibu saya yang mungkin hanya separuh jalan, saya akan habiskan kemahuannya,” katanya dalam temubual menerusi program Kerusi Panas di Radio 24 di frekuansi 93.9 FM di Bernama di sini, semalam.

Dalam temubual lebih sejam itu, Rita turut ditanya sama ada dia mampu menerajui perniagaan ibunya di usia masih muda, berdepan dengan persaingan syarikat lain, saman terhadap bapa tiri yang juga penyanyi, Nash termasuk status keakrabannya dengan penyampai berita Bernama-TV, Zulkifli Bujang.

selanjutnya >myMetro

bk-tabik pada anak Arwah Datuk Sosilawati kerana tabah menghadapi dugaan...

Gadis mangsa pakar motivasi

KUALA LUMPUR – Seorang pakar motivasi bergelar doktor didakwa memperdaya seorang wanita muda yang merupakan pekerjanya menggunakan ilmu pukau.

Mangsa yang dikenali sebagai Ima dan berusia awal 20-an itu juga mendakwa dia dirogol oleh majikannya itu sebelum dilarikan ke Thailand untuk dikahwinkan melalui sindiket nikah.

Menurut Ima, segalanya bermula kira-kira dua tahun lalu ketika dia mula bekerja dengan sebuah syarikat motivasi di Bukit Bintang di sini.

“Saya ditawarkan untuk bekerja sebagai pembantu koordinasi program tetapi peliknya dalam pejabat yang begitu besar, hanya saya seorang pekerja,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Menurut Ima, dia mengesyaki majikannya itu menggunakan pukau kerana dia sering memintanya memandang tepat ke matanya setiap kali memujuk dan bertanya sama ada dia menyayanginya.

Selain itu, pakar motivasi itu juga sering memberinya minum air yang dicampur madu.

Selepas itu, menurut Ima, dia telah dirogol oleh majikannya sebelum dibawa ke Kedah dan kemudian ke Danok, Thailand untuk dikahwinkan secara sindiket di sebuah kedai.-kosmo online

bk-Amat malang jika perkara ini benar-benar berlaku keran orang yang selalu memberi nasihat untuk kebaikan rupanya bertopengkan setan....

Permintaan terakhir lembu sebelum di sembelih

Lembu nie pun pandai meminta sebelum di sembelih..tapi apa permintaannya...saksikan gambar

Spoiler:

Photobucket

bukan bermaksud apa-apa...cuma untuk lawak sahaja

Arkib Blog

© borak kosong All Rights Reserved