Berapa jari budak nie?

on 27 September 2010




Macamni mana nak gol











Dulu perdana menteri kini seperti mayat hidup


Keadaan Ariel Sharon seorang bekas perdana menteri Israel yang dulunya membelasah umat Islam Palestin ketika ini, ibarat "mayat hidup", dirinya masih bernafas tapi dalam keadaan koma dan tidak boleh  berbuat apa-apa. Mungkin ini sebahagian azab Allah yang diturunkan kepada Sharon, yang selama hidupnya selalu membunuh dan menyiksa umat Islam Palestin.

Sharon, sekarang berusia 82 tahun, telah terbaring koma sejak Januari tahun 2006, pertama kali dirinya dirawat di Rumah Sakit Hadassah Ein Kerem di Yerusalem dan kemudian di Chaim Sheba Medical Center di Tel Hashomer.

Keadannya sampai saat ini tidak berubah, tetapi dia diharapkan akan dipindahkan ke Ranch Sycamore miliknya di Negev dalam waktu segera, bersama dengan aalt perubatan yang diperlukan untuk menyokong kehidupannya, surat khabar Yedioth Ahronoth melaporkan Rabu ini (22/9).

bk-pengajaran agar tidak menyalahgunakan kuasa ketika sedang berkuasa.





Domain sendiri

Bila Ben Ashaari linkkan blog ini pasal domain sendiri,ramai juga yang bertanya.Thanks Bro.....Tukar domain nie  Ben yang bagi idea kat aku....Mula-mula risau jugak takut traffik lari...enti lama hilang..followers kurang..macam-macam tapi semua tu salah belaka.Sama saja tak ada beza....cuma Alexa ada lari sikit...sebelum tukar Alexa blog nie 215,000 lebih kurang tapi tak payah risau...yang penting rajin update blog alexa turun dengan sendirinya.

Macan Ben tulis sebelum orang kebas nama blog kita baik kita beli domain,dah jadi hak kita .Aku beli domain nie murah aje RM 30 setahun. Kat mana aku beli ...boleh link kat sini

Aku rasa nie yang paling murah.Dah nak masuk 2 bulan tukar domain nie tak ada beza tapi yang nyata nampak lagi bersemangat nak berblog (glamour  ..pasal domain sendiri hehehe...)Traffik semakin tinggi...yang pasti nie semua tunjuk ajar BEN ASHAARI..

'Bra ajaib' penyelamat manusia


Bra berfungsi sebagai penutup payudara agar wanita bebas untuk beraktiviti. Namun kini bra boleh menjadi penyelamat menusia daripada radiasi nuklear.

Idea 'bra ajaib' ini datang dari Elena Bodnar, seorang doktor yang tinggal di Hinsdale, Illinois, AS, yang memiliki pengalaman terselamat daripada kebocoran rektor nuklear di Chernobyl Rusia pada 1986 lalu.

Tidak hanya berfungsi untuk mengukuhkan posisi payudara wanita, bra ciptaan Elena juga boleh menjadi topeng yang mampu menapis partikel-partikel radiasi berbahaya seperti partikel Iodine-131 seperti peristiwa Chernobyl.

Di AS, wanita yang berasal dari Ukraine ini, terlibat pada beberapa kajian di Electrical Trauma Research Program pada University of Chicago. Diaa juga bekerja sama dengan World Health Organization dan International Atomic Energy Agency pada beberapa projekberkaitan dengan tragedi nuklear Chernobyl. Idea Bra ciptaan Elena ini berhasil mendapat penghargaan Ig Nobel 2009 untuk kategori kesihatan orang awam.

Elena telah mematenkan hasil ciptaannya  itu, dan kini bra itu telah siap dipasarkan secara komersial mulai 28 September, di Museum MIT Cambridge, Massachussets, AS.Walaupun besar atau kecil saiz bra itu tidak menjadi masalah.(link)








Penjaga gol yang di cap paling bodoh buat hal lagi

Khaled Askary yang di cap sebagi penjaga gol paling bodoh di dunia buat hal lagi .Kali ini dia yang malu dengan kesalahannya terus meninggalkan padang tanpa memperdulikan jurulatih
 dan rakan -rakannya.(klik Khaled Askary untuk mengetahui kisahnya)(link)






Bapa tak kesah Pinkan murtad

JAKARTA: Penyanyi Pinkan Mambo sebelum ini dikatakan bertukar agama kerana terpengaruh dengan kekasihnya. Bapa Pinkan, Youke Mambo pula menafikan khabar itu.
“Berita mengenai Pinkan keluar Islam kerana terpengaruh dengan kekasihnya itu tidak benar,” ujar Youke ketika dihubungi melalui telefon, semalam.


Youke memberitahu dia sempat berbual dengan anaknya dan Pinkan memang ada memaklumkan yang dia sudah bertukar ke agama lain. Bagaimanapun, Pinkan juga meminta bapanya tidak mempercayai berita yang dipaparkan di media.


“Papa, Pinkan sudah berpegang kepada keyakinan baru dan berita mengenai Pinkan memeluk agama lain kerana terpengaruh dengan kekasih Pinkan itu tidak benar.


“Pinkan memang rela hati mahu memeluk agama baru ini,” jelas Pinkan kepada bapanya sebagaimana dituturkan Youke.


Youke berkata, dia tidak kesah dengan keputusan Pinkan itu. Menurutnya, penyanyi lagu ‘Kekasih yang tak dianggap’ itu sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan dalam hidupnya.


“Saya hormati keputusan anak saya,” kata Youke.

sumber : myMetro

bk-sedih semudah itu jawapan seorang bapa yang anaknya telah murtad.Menukar agama semudah menukar baju.





Buku komik wira super Muslim

NEW YORK - Peminat-peminat komik akan dapat membeli sebuah buku komik, Sliver Scorpion yang menampilkan seorang wira super Muslim yang duduk di atas kerusi roda tetapi mempunyai kuasa ajaib.

Seorang dermawan dan ahli perniagaan Amerika Syarikat (AS), Jay T, Snyder menyatakan dia mendapat ilham daripada usaha Presiden AS, Barack Obama untuk mendekati dunia Islam yang dinyatakan menerusi ucapan pelantikannya sebagai pemimpin pada Januari tahun lalu untuk menerbitkan komik berkenaan.

Pada bulan lalu, Snyder membawa 12 rakyat AS yang yang cacat untuk menemui sekumpulan pemuda Syria yang mengalami nasib sama di Damsyik.

Salah satu daripada matlamat utama golongan tersebut bertemu adalah untuk melahirkan idea dan cerita mengenai wira super itu.

"Halangan utama adalah imaginasi yang dimiliki oleh kanak-kanak itu iaitu peluang untuk menghasilkan cerita yang hebat," kata Snyder.

Snyder merupakan seorang pengumpul buku komik dan dia mengetuai pertubuhan bukan kerajaan, HBJ Investments LLC.

sumber : kosmo online


bk-ada jugak pihak yang mahu Islam lebih di kenali.





Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved