Sup kelawar

on 26 September 2010






Ada yang berani nak rasa???

Kaum wanitanya tak mempunyai lubang hidung

Salah satu dari  banyak suku kaum Red Indian adalah kaum Apatani, mempunyai lebih kurang 60 ribu orang dan yang unik dari suku ini adalah tradisi menutup lubang hidung bagi kaum wanitanya dan tradisi ini sudah berlaku sejak dahulu kala. Namun kerana zaman berubah kaum wanita Apatani yang lahir dari tahun 1970 sudah tidak mahu meneruskan tradisi ini.



Eskalator satu tan dikebas

Sampai begitu sekali..eskalator yang di curi bukannya sikit satu tan....gila betul....



DENPASAR - Polis Indonesia berjaya menahan dua lelaki tempatan, Oktadianto Bi, 26, dan Nyoman Mertayasa, 32, kerana mencuri sejumlah eskalator daripada pusat beli-belah tempat mereka bekerja sebagai juruteknik di sini.

Mereka dipercayai mencuri sedikit demi sedikit bahagian kecil tangga bergerak itu sebanyak 24 kali sejak Mei sehingga Ogos lalu. Mencecah berat lebih satu tan, tangga tersebut dipunggah keluar menggunakan sebuah motosikal buruk.

Menurut akhbar Jawa Pos, letua polis tempatan, Gusti Nyoman Wintara dilaporkan berkata, pihak pengurusan Plaza Nikita mengadu kecurian eskalator terbabit pada 6 September lalu apabila menyedari banyak komponen tangga hilang secara misteri.

"Polis mengesyaki dalang kecurian itu ialah pekerja kompleks sendiri kerana kesemua anak tangga diumpil begitu sempurna tanpa meninggalkan kesan rosak yang ketara," katanya.

Dua suspek itu berjaya ditahan pada Selasa lalu. Namun, semua anak tangga tersebut gagal ditemui kerana dipercayai sudah dijual kepada sebuah bengkel besi lusuh yang kemudian didapati telah berpindah alamat. - kosmo online





Cecacing siber paling bahaya



TEHERAN - Selepas berjaya menyerang tujuh buah negara, Iran kelmarin menjadi mangsa terbaru apabila pakar-pakar komputer di republik Islam itu mengesan kemunculan cecacing siber paling berbahaya, Stuxnet.


Agensi berita rasmi ISNA melaporkan, sekumpulan pakar nuklear turut menyertai mesyuarat kecemasan semalam bagi menangani virus maya itu yang dipercayai boleh mengambil alih sistem kawalan tenaga elektrik kawasan industri.


Sehingga kini, cecacing itu yang dikesan di Jerman sejak Jun lalu telah menjangkiti lebih 45,000 sistem kawalan industri di India, Pakistan, Indonesia, Kanada dan Amerika Syarikat (AS) sebelum merebak ke Iran minggu lalu.


sumber : kosmo online


bk-dengar ini yang paling bahaya

Basikal yang di reka untuk golongan dewasa sahaja

Inilah basikal yang direka untuk golongan dewasa sahaja....


Spoiler:


Photobucket


Photobucket




Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved