Cara manusia menyeludup

on 25 September 2010

Berbagai cara digunakan oleh mereka yang hendak menyeludup keluar negara.Walupun cara itu amat menyakitkan tetapi demi hajat tercapai mereka sanggup mengharungi juga....















Wanita tunjuk isyarat lucah marah polis

Hati kering begitulah yang boleh dikatakan kepada wanita ini kerana berani menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis  yang cuba menahannya kerana memandu secara melulu......(myMetro)


KOTA TINGGI: Bukan saja dia bersalah kerana memandu secara melulu, malah seorang wanita berusia lingkungan 30-an turut menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis yang cuba menahannya dalam kejadian di Jalan Abdullah di sini, jam 11.50 tengah hari semalam.
Kereta jenis Honca Accord terbabit dikesan dipandu secara melulu dari Jalan Niaga Utama sebelum polis mengerahkan dua kereta peronda memintasnya.


Ketua Polis Kota Tinggi, Superintendan Muhammad Osman Sebot berkata, wanita terbabit diarahkan menyerah diri tetapi selain menunjukkan isyarat lucah, dia turut nyaris melanggar seorang pegawai polis.


“Sampai di Jalan Tun Seri Lanang, wanita yang memandu sendirian itu membuat beberapa pusingan ‘U’ dan polis terpaksa berhati-hati mengekorinya bagi memastikan dia tidak mengancam keselamatan orang awam.


“Akhirnya, kereta itu dikepung dari arah depan dan belakang oleh kereta peronda polis tetapi pemandunya masih nekad dengan mengundurkan kereta sebelum merempuh dan menyeret sebuah daripada kereta peronda sejauh kira-kira 12 meter,” katanya.


Beliau berkata, selepas gagal melarikan diri, polis memintanya supaya keluar dari kereta berkenaan tetapi dia enggan berbuat demikian.


“Akhirnya, keluarga wanita berkenaan tiba dan selepas 20 minit memujuk, barulah dia keluar dan setuju untuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.


“Keretanya pula dipandu abangnya ke IPD berkenaan. Wanita terbabit turut dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya.


Polis sudah membuka kertas siasatan dan akan mendakwa wanita itu kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas.

Sosilawati tidak dirogol

Inilah yang kenyataan yang di keluarkan oleh pihak polis mengenai spekulasi yang Datuk Sosilawati dirogol sebelum dibunuh.....



KUALA LUMPUR: “Sosilawati tidak dirogol!” tegas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin ketika menafikan laporan beberapa akhbar tempatan kelmarin yang mendakwa polis menyiasat kemungkinan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang dibunuh dan dibakar bersama tiga rakannya bulan lalu, turut dirogol.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Mohd Bakri berkata, laporan mengatakan polis sedang menyiasat kemungkinan jutawan kosmetik itu dirogol tidak benar sama sekali.

Bacaan lanjut sila ke myMetro

Di penjara 14,400 tahun sebab rogol anak

Kejadian ini berlaku di Filipina dan bapanya dikatakan merogol anaknya hampir setiap hari...Gila betul bapak dia nie..hari-hari pulak tu...(berita di petik dari kosmo online)



MANILA - Seorang lelaki Filipina dihukum penjara oleh seorang hakim sebuah mahkamah di sini semalam sehingga 14,400 tahun kerana merogol seorang anak perempuannya hampir setiap hari selama lebih setahun.

Hakim Mahkamah Rayuan, Mario Guarina berkata, tertuduh seorang pemandu beca didakwa memperkosa mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun semasa ibunya berada Hong Kong kerana bekerja sebagai pembantu rumah.

"Inilah kes penderaan seksual terhadap seorang mangsa bawah umur yang paling teruk dalam rekod perundangan kita," kata Guarina dalam penghakimannya yang diputuskan pada awal minggu ini.

Pada mulanya, lelaki itu dihukum mati dengan cara suntikan maut namun dia bernasib baik apabila Filipina memansuhkan hukuman tersebut.

Mahkamah diberitahu, lelaki yang mempunyai tiga orang anak itu mula merogol mangsa di rumahnya selepas isterinya itu berlepas ke Hong Kong pada Januari 2001 dan kejadian tersebut berterusan selama 386 hari.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved