Video enam orang yang ditangkap kerana membakar Al Quran

on 24 September 2010

Gila...mereka ini sebenarnya yang pengganas..yang menghasut orang membenci umat Islam..Apa kena menggena Al Quran dengan keganasan....





Bapa,anak macam setan

Petikan daripada myMetro ini menunjukkan betapa teruknya moral anak dan bapa yang bekerja sama menjahanamkan masa depan darah daging mereka sendiri.Binatang pun sanggup memberi kasih sayang kepada anaknya.Yang memang lebih teruk daripada binatang....

Rompin : Dua beranak ini layak digelar iblis bertopeng manusia apabila tergamak menjadikan lima ahli keluarga mereka sebagai pemuas nafsu sejak setahun lalu dalam kejadian di sebuah kampung di Pulau Tioman, dekat sini.
Kejadian pertama membabitkan anak perempuan sulung berusia 15 tahun dan masih bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, yang dicabul kehormatan oleh bapanya berusia lingkungan 30-an pada 2008.


Tidak cukup dengan perbuatan terkutuk itu, bapa durjana terbabit menjadikan anak keempatnya yang masih bersekolah di tingkatan satu berusia 13 tahun sebagai tempat memuaskan nafsu pada tahun lalu.


Perbuatan keji itu berlarutan apabila bapa bernafsukan haiwan terbabit merogol anak ketiganya, seorang pelajar tingkatan dua berusia 14 tahun sebelum mangsa seterusnya adalah anak kelima berusia 10 tahun.


Lebih mengejutkan lagi, abang mangsa berusia 17 tahun turut bersengkongkol dengan bapanya apabila merogol dan mencabul adiknya berusia sembilan tahun.


Difahamkan, semua kejadian terbabit berlaku di rumah mereka ketika isteri lelaki durjana itu tiada di rumah. Kejadian rogol itu juga dikatakan turut dilakukan di sebuah chalet di pulau berkenaan.


Kejadian terbabit terbongkar selepas anak perempuan mangsa berusia 15 tahun membuat laporan di Balai Polis Tioman pada jam 12 tengah hari, Selasa lalu, selepas tidak tahan dengan sikap bapa yang sering bergaduh dengan ibunya.


Selepas mangsa mendedahkan semua kejadian terbabit, polis mendapati lelaki itu bersama anaknya menghilangkan diri.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Johari Jahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian terbabit.


Menurutnya, siasatan awal mendapati semua kejadian terbabit dikatakan berlaku sejak 2008 hingga 2009, malah seorang daripada lima beradik berkenaan turut mendakwa dirogol sebanyak dua kali oleh bapanya.


Katanya, polis masih meneruskan siasatan serta akan mengambil keterangan lanjut daripada mangsa bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.

Budak diseret motor


Kegembiraan seorang kanak-kanak yang berusia tiga tahun menyertai marhaban sempena Aidilfitri di rumah sekitar Serom Dua, Bukit Gambi berakhir tragis apabila dia cedera selepas diseret sejauh kira-kira 20 meter oleh motosikal mengangkut susu getah yang ditunggang sepasang suami isteri, jam 9.30 pagi Ahad lalu.
Akibat seretan di jalan berturap itu, Ahmad Hafizulamin Abdul Jalil cedera teruk di muka selain calar di sebahagian besar anggota badan.

Ibunya, Wahana Wagiman, 44, berkata anak bongsunya itu beria-ia untuk menyertai marhaban dan tidak kisah menunggu lama di setiap destinasi dituju.

Ketika kejadian, Ahmad menunggu ibunya di tepi jalan manakala ibunya pula mengalihkan motosikal untuk ke rumah seterusnya. Tiba-tiba, anaknya dirempuh motosikal membawa muatan getah dan diseret sejauh kira-kira 20 meter. Ibunya yang terkejut dengan kejadian menjerit kepada pasangan suami isteri terbabit tetapi mereka tidak berhenti.

 Wahana  berlari mengejar motosikal terbabit dan tidak lama kemudian, barulah penunggangnya memberhentikan kenderaan terbabit.-kosmo online



Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved