Hukman paling mengerikan untuk murid sekolah

on 23 September 2010

Agaknya inilah hukuman yang paling dahsyat yang dikenakan kepada murid-murid yang tak buat kerja sekolah...



Bila haiwan kahwin campur

Agaknya inilah wajah bila haiwan kahwin campur......


BERUANG + SOTONG + JERUNG = BERSOJER


PIPIT + ANJING = PIPAN


KUDA + ANJING = KUDAN

BK-cuma untuk lawak ....

'Saya tetap sayang dia'

Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya.


 “Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim.

Begitulah kata-kata seorang wanita yang juga seorang ibu,anaknya di bunuh walaupun yang membunuh anaknya hanya teman lelaki.Teman lelakinya menutup pintu teksi sehingga terkena kepala mangsa,memijak perut mangsa dengan but bola dan menendang mangsa.Adakah itu yang di katakan terlampau sayang?Anak anugerah tuhan yang tiada nilainya.Mana satu yang dia lebih sayang anaknya atau teman lelakinya?

Bacaan lanjut-myMetro

SHAHIR AF8 KEMALANGAN

Kejadian yang berlaku jam 6.30 petang itu membabitkan kereta jenis Nissan Fairlady berwarna putih milik Shahir yang berharga sekitar RM180,000 dan baru dibelinya Ramadan lalu. Kereta itu dikatakan berpusing sebanyak lima kali sebelum merempuh pembahagi jalan.


Sekalipun kereta dinaikinya remuk, tetapi Shahir cuma mengadu sakit-sakit badan dan bengkak sedikit di bahagian kepalanya akibat terhantuk. Justeru, dia kini masih mendapatkan rawatan doktor dan Sahahir juga mengalami demam kerana penat bekerja.


Ketika kejadian itu berlaku, Shahir dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di Kampar, Perak ke Kuala Lumpur. Diharapkan Shahir cepat sembuh kerana jadual seninya padat. - myMetro

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut

Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.


Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. kosmo online

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved