Jalanraya tembus bangunan

on 18 September 2010

Jalanraya yang dibina menembusi bangunan.Itulah kemajuan negara seperti Jepun yang mana arkiteknya mempunyai  idea yang sangat kreatif.Idea ini sangat sesuai untuk negara yang padat dengan bangunan dan mempunyai kurang tanah untuk membesar atau membina jalanraya .





Eskalator terpendek di dunia



Eskalator terpendek di dunia terletak di sebuah pusat membeli belah Kawasaki More Department Store di Jepun.


Eskalator ini mempunyai ketinggian hanya 834 mm dan hanya terdiri dari 5 anak tangga saja.


Sampai sekarang masih menjadi tanda tanya untuk apa dibuat eskalator seperti ini, apakah untuk membantu OKU?


Eskalator ini untuk turun dan bukan ntuk naik.Malahan di sebelahnya sudah ada anak tangga. Yang pasti, eskalator ini akan menambah penggunaan tenaga elektrik.


Eskalator ini juga sudah di iktiraf “Guinness Book of Records” sebagai eskalator terpendek di dunia.



Kanak-kanak dua tahun diajar hisap kanabis

Jessica Gamble 21 tahun telah didakwa membekalkan dadah kepada anaknya yang berusia 2 tahun.Dia telah merakamkan imej anaknya menghisap kanabis menerusi telefon bimbit dalam keadaan ketawa.


Jika di sabitkan kesalahan,ibu kepada kanak-kanak boleh dipenjarakan selama 11 tahun.Klip video 97 saat itu menunjukkan kanak-kanak itu sedang menonton televisyen sambil menghisap rokok yang mengandungi kanabis.


Seorang leleki telah menyerahkan klip video itu kepada sebuah jabatan perkhidmatan sosial  di negeri Ohio yang menyebabakan Jessica di tangkap.(link)





Lewis Hamilton ingin tampil hebat di Grand Prix Singapore

 Lewis Hamilton menegas- kan, dia akan tampil lebih hebat pada perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Singapura pada 24 September ini.

Pemandu McLaren itu menyuarakan keyakinan tersebut selepas dia mengalami kekecewaan di Itali, Ahad lalu.


Pada GP Itali itu, Hamilton melaku- kan kesilapan pada awal perlumbaan yang turut diakui ketua pasukan McLaren, Martin Whitmarsh.


Sikapnya yang terlalu agresif menyebabkan juara dunia tahun 2008 itu gagal mengutip sebarang mata selepas terlibat dalam kemalangan dengan pemandu Ferrari, Felipe Massa.

Bos suruh bunuh Sosilawati


KUALA LUMPUR - Taksub kepada majikan dipercayai menjadi punca enam pekerja Ladang Gadong, Tanjong Sepat di Banting sanggup melakukan pembunuhan kejam melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, terdapat di kalangan pekerja itu telah 15 tahun bekerja dengan majikan itu.

Menurut beliau, berdasarkan pengakuan empat daripada enam pekerja itu, mereka menyatakan mangsa-mangsa telah diikat, dipukul, ditikam dan dibakar sebelum abu kesemua mayat itu di buang ke dalam Sungai Panchau.
berita lanjut kunjungi-kosmo online

Pelakon M.Rajoli meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.


"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok," katanya di sini hari ini.



Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.


Harun berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah 'bintang yang sentiasa menyinar'. M Rajoli atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.


Beliau dimasukkan ke HKL pada 10 Oktober 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya.


Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, beliau dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 November 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah.


Allahyarham terkenal dengan lakonan versatilnya dan pernah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Congkak dan Lembing Awang Pulang ke Dayang.-Bernama

bk-Al Fatihah



Basilal pasang siap

Basikal canggih yang dicipta oleh designer yang berasal daripada Mexico bernama Victor M. Aleman ini dapat dilipat sedemikian rupa sehingga dapat menjimatkan ruang untuk menyimpan baik di rumah atau di dalam kereta.Cuba kita lihat gambarnya.....










Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved