Kerang rebus biasa...kucing rebus?

on 17 September 2010



Di Guangdong China ada makanan yang namanya kucing rebus, atau "water boiled live cat". Di restoran tersebut pelanggan boleh memilih jenis kucing yang akan disantap, ada yang kucing biasa (kucing liar) atau kucing highclass seperti kucing persia dan lain-lain.







Harganya pun bermacam untuk setiap bahagian tubuh kucing, misalnya

* Cat meat¥10 ($1.25)/lb
* Cat's brain ¥30 ($3.5)/lb
* Cat's intestine ¥50 ($6.4)/lb



Kucing  dipukul, lalu kucing tersebut akan di celur kedalam yang air mendidih hidup - hidup, kemudian kucing tersebut akan dibuang kulitnya agar dapat dimasak kembali. Tukang masaknya berkata "semakin hebat siksaan yang diterima si kucing, maka rasanya akan semakin nikmat !!" ( gila betul chefnya)


Lembu terkecil di dunia



Seekor lembu kerdil yang meminati muzik kontemporari dinamakan sebagai lembu terkecil di dunia oleh Guinness World Records.


Pihak pengurusan Guinness menyatakan, lembu sebesar seekor biri-biri itu berasal dari kawasan Yorkshire Barat, utara England dan berukuran 84 sentimeter panjang.


Lembu tersebut berusia 11 tahun dan dinamakan Swallow.


Pemiliknya, Caroline Ryder berkata, Swallow kerap menghabiskan masa dengan memakan rumput atau mendengar radio Perbadanan Penyiaran British (BBC) di bangsalnya.


Swallow berasal dari baka lembu Dexter yang terkenal kerana saiznya yang kerdil tetapi haiwan tersebut jauh lebih kecil berbanding kebanyakan lembu Dexter lain.-kosmo online



Ibu buang bayi kerana dirogol majikan

MANILA - Seorang wanita Filipina mengaku melahirkan seorang bayi di dalam sebuah pesawat sebelum dia membuang anaknya itu ke dalam beg sampah di dalam tandas pesawat yang mendarat di Lapangan Terbang Antarbangsa Ninoy Aqiono di sini pada Ahad lalu, kata seorang Ahli Dewan Perwakilan Rakyat, Lani Mercado semalam.

Menurutnya, wanita Filipina itu hamil selepas dia dirogol oleh majikannya semasa dia bekerja sebagai pembantu rumah di Qatar.

GAMBAR fail menunjukkan seorang jururawat mendukung bayi yang ditemui dalam beg sampah di dalam pesawat Gulf Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila pada Ahad lalu.

"Dia berasa sakit untuk melahirkan anak," kata Mercado yang menemui wanita berkenaan di sebuah ibu pejabat siasatan polis di sini.

Menurutnya, wanita itu terpaksa membuang anaknya kerana dia berasa bimbang akan mendapat tanggapan buruk daripada keluarganya sendiri.

Mercado berkata, wanita itu menjelaskan isteri majikannya memaksanya kembali ke Filipina sekali gus menyebabkan dia terpaksa menyembunyikan kehamilannya.

Pada Ahad lalu, seorang pengawal keselamatan lapangan terbang itu menemui bayi seberat tiga kilogram yang masih mempunyai tali pusat dan dibalut dengan kertas tisu di dalam sebuah beg sampah dari pesawat yang tiba dari Bahrain.

Pihak berkuasa berjaya mengesan wanita itu di Apayao kelmarin sebelum menahannya untuk disoal siasat di sebuah ibu pejabat siasatan polis di Manila.

Identiti wanita itu diketahui selepas para penyiasat mencari nama penumpang yang duduk di sebuah kerusi yang didapati mempunyai kesan darah.-kosmo online

bk-memang betul-betul nekad pembantu rumah ini.Kenapa majikan selalu mengambil kesempatan keatas orang yang cuma mahu mencari rezeki yang tak seberapa ini?



Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved