LUCU YA

on 16 September 2010


Lucu ya, uang Rp 20,000an kelihatan begitu besar bila
dibawa ke kotak amal mesjid, tapi begitu kecil bila kita
bawa ke supermarket.



Lucu ya, 45 menit terasa terlalu lama untuk berzikir,
tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
sepakbola.



Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi
betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menikmati pemutaran
film di bioskop.



Lucu ya, susah merangkai kata untuk dipanjatkan saat
berdoa atau sholat, tapi betapa mudahnya cari bahan
obrolan bila ketemu teman.



Lucu ya, betapa serunya perpanjangan waktu dipertandingan
bola favorit kita, tapi betapa bosannya bila imam sholat
Tarawih bulan Ramadhan kelamaan bacaannya.



Lucu ya, susah banget baca Al-Quran 1 lembar saja, tapi novel best-seller
1000 halaman pun habis dilalap.



Lucu ya, orang-orang pada berebut paling depan untuk
nonton bola atau konser tapi berebut cari shaf paling
belakang bila Jumatan agar bisa cepat keluar.



Lucu ya, kita perlu undangan pengajian 3-4 minggu
sebelumnya agar bisa disiapkan di agenda kita, tapi untuk
acara lain jadwal kita gampang diubah seketika.



Lucu ya, susahnya orang mengajak partisipasi untuk dakwah,
tapi mudahnya orang berpartisipasi menyebar gossip. 



Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan koran,
tapi kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan Al
Quran. 



Lucu ya, semua orang penginnya masuk surga tanpa harus
beriman, berpikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa. 



Lucu ya, kita bisa ngirim ribuan jokes lewat email, tapi
bila ngirim yang berkaitan dengan ibadah / pengetahuan
ke-Islaman sering mesti berpikir dua-kali. 




Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin
bahwa sesungguhnya bagi mereka karunia yang besar dari
Allah.” (QS. 33:47)

sumber :http://www.kaskus.us/showthread.php?t=3177392

BK-aku ambil petikan agar aku dapat memuhasabahkan diri kerana apa yang di tulis begitu memberikan kesan untuk memperbaiki kehidupan

Jalan yang mengerikan di China

Jalan yang penuh onak dan berliku......

















Lebih banyak gambar di Twitter

Pihak pengurusan Twitter kini mengubahsuai laman web mesej itu supaya lebih banyak gambar dapat disiarkan.

Penambahan tersebut yang diumumkan kelmarin akan memudahkan 160 juta penggunanya melihat gambar dan menonton video.

Kemudahan itu dijangka menarik orang ramai supaya berada lebih lama di laman web berkenaan sekali gus mereka akan lebih kerap melayarinya di samping menarik lebih banyak kemasukan iklan.

"Kami masih memikirkan kemungkinan baru (untuk laman web berkenaan)," kata pengasas bersama Twitter, Biz Stone dalam satu wawancara.

Apabila laman baru Twitter itu beroperasi dalam tempoh beberapa hari lagi, ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu jendela mesej yang dikenali sebagai tweets dan jendela khusus untuk imej dan video.-kosmo online

Wanita bogel larikan teksi

Polis Louisiana melaporkan seorang wanita melucutkan pakaiannya di tempat duduk penumpang belakang dalam sebuah teksi, semalam.
Wanita terbabit yang meminta pemandu teksi itu membawanya pulang mencuri teksi berkenaan apabila permintaannya ditolak pemandu teksi itu.


Sumber polis, Kapten Jack West, pemandu teksi itu mengambil Jennifer Gille, 29, dari St. Clair Shores di Michigan kira-kira jam 1 pagi. West berkata, Jennifer enggan turun sebaik tiba di rumahnya sebaliknya dia melucutkan pakaian dan meminta pemandu teksi itu membawanya pulang ke kediaman pemandu teksi berkenaan. Pemandu teksi itu lalu memecut ke balai polis berhampiran dan sebaik dia memasuki balai polis, Jennifer melarikan diri bersama teksinya. - Agensi

Isteri kurung suami hilang ingatan

 Seorang isteri terpaksa 'memenjarakan' suaminya di dalam sebuah kurungan selepas doktor-doktor enggan meneruskan pemberian ubat kepada lelaki berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.


Lelaki tersebut, Wu Han, 43, terpaksa dikurung selepas dia hilang ingatan dan kerap merayau dari rumah selepas terbabit dalam satu kemalangan kereta. 


Sebuah hospital tempatan di sini, timur China menyekat pemberian ubat-ubatan bagi membantu lelaki itu selepas isterinya, Mingmei tiada wang untuk membayar kos ubat-ubatan.


"Sejak kemalangan itu, dia mudah menjadi bingung dan gemar marayau-rayau," kata wanita itu.


"Ubat-ubatan tersebut banyak membantu kerana ia boleh menenangkan suami saya," tambahnya.


Menurut wanita tersebut, dia berharap pihak pengurusan hospital berkenaan akan menyambung rawatan suaminya selepas berita bahawa dia terpaksa mengurung lelaki itu tersiar di media tempatan.-kosmo online

Bercakap loghat Peranchis selepas sakit kepala

Seorang wanita dari sebuah kampung di barat daya England menyatakan dia mula bercakap dalam loghat Perancis selepas berulang kali diserang sakit kepala yang teruk.


Keadaan yang menimpa wanita itu dipercayai berlaku akibat sejenis sindrom ganjil yang menurut pakar-pakar saraf akan menyebabkan penduduk tempatan bertutur dalam loghat asing. 


Wanita berkenaan, Kay Russell  berkata, suaranya menjadi semakin serak dan gaya pertuturannya berubah menyebabkan dia dipinggirkan orang ramai.


Wanita berusia 49 tahun itu memberitahu bahawa perubahan yang menimpa dirinya bukan sahaja pertuturannya berubah tetapi turut menjejaskan kehidupannya-kosmo online



Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved