Sosilawati, tiga lagi mati disah dibunuh

on 12 September 2010

BANTING – Polis mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini hari ini.

Tiga lagi orang ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. – Bernama

sumber : kosmo online

Mereka dipukul sehingga mati sebelum di bakar

BANTING – Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, kesemua suspek dipercayai terlibat membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd. Bakri berkata, polis membuat tangkapan pertama pada 10 September melibatkan lima orang.

Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan, manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini.

Beliau berkata, hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa-. bernama

bacaan lanjut sila ke kosmo online untuk berita terkini

Beberapa Helaian Al-Quran Dibakar Demonstrasi Anti Masjid WTC (Video)

Walaupun penggasas acara bakar Quran, paderi Terry Jones sudah membuat pernyataan membatalkan acara yang dikecam banyak pihak tersebut, namun masih ada pihak yang ingin merealisasikan rencana gila yang tersebut.  The New York Post menyebutkan seorang pendemonstri yang namanya dirahsiakan berjalan dengan membawa Quran serta merobek beberapa bahagian dari kitab suci umat Islam tersebut di penempatan Murray hanya beberapa jengkal dari Zero Ground lalu lelaki tadi membakarnya. Kejadian tersebut memeranjatkan para pendemotrasi yang lain.






SUMBER : ruanghati.com

Video singa menyerang pelatihnya di MGM Grand Hotel Las Vegas

Drama singa menyerang pelatih mereka di sebuah hotel di MGM Grand Hotel Las Vegas tertangkap dan dirakam kamera video Titus yang sedang berbulan madu disana. Sebahagian besar pengunjung adalah pasangan yang menikmati bulan madu mereka dan tentunya mereka ingin kegembiraan, demikian juga untuk pasangan Titus dan Drew Ellis.Namun sebaliknya berlaku apabila singa itu menyerang pelatihnya.




Susu atasi bau nafas busuk



Sekiranya anda mempunyai masalah nafas berbau busuk,segelas susu dipercayai mampi mengatasi maslah tersebut.Dalam  satu ujian menggunakan bawang putih yang dimasak dengan susu,didapati tahap sulfur dalam bawang putih tersebut menurun sekaligus mengurangkan bau busuk.


Penemuan oleh Sheryl Barringer dan Aeerat Hansanugaran dari Universiti Ohio itu di muatkan dalam Journal of Food Science.Jelas mereka,bagi kesan optimum,minum susu tersebut bersama bawang putih.


Campurkan kedua-dua bahan tersebut dalam mulut sebelum tersebut ditelan mampu meneutralkan bau busuk nafas berbanding minum susu selepas memakan bawang putih.



Sosilawati di bunuh di Morib

KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.


Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.


Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.


Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.


Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.
untuk berita lanjut sila ke kosmo online

Sanggup bogel untuk cipta rekod



Ada-ada saja gelagat manusia yang ingin menjadi popular dan terkenal di seluruh dunia. Di Essex,England ada 102 lelaki dan wanita nekad telanjang bulat.


 Mereka datang kei taman permainan Adventure Island, di Southend untuk menaiki rollercoaster untuk mengukir sejarah dan mencatat nama dalam Guiness world record. 




102 lelaki dan wanita bogel ini berhasil memadamkan rekod lama, yang dicipta oleh 22 lelaki dan wanita bogel, yang bermain rollercoaster di taman permainan Alton Towers, di Staffordshire pada 2004.



Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved