Bintik hitam

on 02 September 2010

Ada sorang pompuan ni. Hari-hari dia pergi kedai dan setiap kali dia pergi kedai mesti beli krim penghilang bintik-bintik hitam.Sales girl yang kat situ pun peliklah sebab hari-hari dia beli benda yang sama. So,sales girl tu pun memberanikan diri tanya pompuan tue 


Sales girl: Akak saya nak tanya akak sikit boleh tak? 
Akak: Amendanya? 
Sales girl: Apasal hari-hari akak beli benda yang sama? 
Akak: Sebab tiap-tiap kali akak beli krim penghilang bintik-bintik hitam tak pernah bintik hitam dekat muka akak hilang. 
Sales girl: Akak letak krim tue dekat mana? 
Akak: OOooo...akak letak krim nie dekat sini (sambil menunjukkan tahi lalatnya).



Harta tujuh keturunan



Ada seorang Ibu sedang bercerita pada anaknya. 
Ibu :"Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 turunan". 
Anak :"Tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?" 
Ibu :(tersipu malu)"Kerana kita ini keturunan yang ke 8".



Tempah patung seks kerana marah



Seorang ahli perniagaan menempah patung seks seperti bekas kekasihnya kerana marah kekasihnya memutuskan hubungan dengannya.Ekoran dengan kekecewaannya ahli perniagaan yang berusia 50 tahun sanggup membelanjakan RM72,673 kepada pembuat patung Diego Bortolin untuk mencipta patung seks.


Dia mencipta patung itu di belakang kedainya.Patung yang dibuatnya amat mahal kerana ia perlu dibuat seperti badan bekas kekasih ahli perniagaan itu seperti kuku dan gigi.(link)



Di jual kenalan suami

Padah minyak dagu wanita mati dibunuh,seorang wanita dilarikan kenalan suaminya dan dilacurkan kepada pemandu lori selama hampir sebulan sebelum ditemui dalam keadaan kebingungan.Dia yang bekerja sebagai pembantu klinik ditemui dalam keadaan tidak terurus dan terdapat kesan kecederaan di badan.


Mangsa dikatakan kononnya di tugaskan mengikuti kursus disebuah hospital swasta di Melaka sebelum menghilangkan diri.Suaminya mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku kepada isterinya apabila panggilan telefonnya tidak dijawab.-harian metro



Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved