Cucu atok

on 31 Ogos 2010

Pada suatu petang Ani yang berumur lima tahun sedang berehat di bawah pokok rambuatan bersama dengan datuknya sambil menikmati buah rambutan yang baru dipetik mereka. Dilihatnya begitu payah untuk datuknya memakan buah rambutan itu kerana giginya hanya tinggal dua batang sahaja. Lalu Ani pun bertanya kepada atoknya 


Ani : Atok kenapa gigi atok tinggal dua batang saja? 
Atok: Ani atok kan dah tua jadi orang tua semakin lama semakin sikit je gigi dia. 
Ani : Ooo macamtu ke. Jadi kalau orang yang tiada gigi kira lebih tua dari atok ye 
Atok: kiranya macam tu la. Kenapa Ani tanya atok macam tu? 
Ani : Saje je,tapi atok Ani rasa kan kalau macam itu adik Ani lebih tua la dari atok. 
Atok: Kenapa pulak Ani cakap macam tu? 
Ani : Ye la,kan adik Ani takde gigi kiranya dia lebih tua dari atok la. 
Atok: dalam hati (alahai cucu atok)



Kanak-kanak parah dibaham Rottweiler

Seorang kanak-kanak Rhianna Kidd sedang bermain basikal berhampiran rumah neneknya ketika diserang beberapa anjing Rottweiller.


Anjing berkenaan mengigit lengan dan kaki kanak-kanak itu berulang kali.Dia mengalami cedera seluruh badan dan patah tulang rahang.Dia dikejarkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan plastik.


Neneknya Irene Grady terpaksa memujuk kumpulan anjing supaya melaepaskan cucunya.(link)

Hentak Guna Batu



Seorang lelaki yang berusia 59 tahun terpaksa menerima 26 jahitan di kepala serta patah tangan kanannya ketika cuba mempertahankan dirinya daripada di samun.Dia yang baru pulang daripada kerja dihampiri oleh seorang lelaki yang berusia dalam lingkunga 20 an dari belakang yang memukul kepalanya.


Akibat hentakkan itu dia mengalami luka yang serius.Suspek terus menyerangnya dengan batu-bata danmeminta menyerahkan barangan berharga.Suspek melarikan diri setelah mangsa menyerahkanRM100.Mangsa dibawa ke hospital oleh polis untuk rawatan kecemasan.-harian metro



Cinta



  •  Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.


  • Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

  •  Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.


  • Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.


  • Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.


  •  Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.


  •  Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.


  •  Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.


  •  Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.


  •  Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.


  • Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.


  • Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

Belum sampai ajal

Seorang lelaki sedang meninjau pedalaman Amazon tiba² saja dikepung sekelompok primitif yang kehausan darah. 


"Oo... Tuhan matilah aku..." jeritnya. 


Tiba-tiba dari langit muncul kilauan cahaya.. dan terdengar suara bergema : 


"Tidak anakku... ajalmu masih belum tiba. Ambillah batu dekat kakimu itu dan pukul kepala pemimpin mereka yang berdiri didepanmu itu". 


Si pengembara itupun mengambil batu dan menyerang pemimpin primitif itu, dan memukul batu itu ke kepala pemimpin sekuat tenaganya... lalu pemimpin itu mati.. Dia berdiri diatas mayat pemimpin... 


Ketika itu 100 orang primitif yang mengepungnya sangat marah kerana melihat pemimpinnya terbunuh. 


Kilauan dari langit itu muncul sekali lagi dengan suara bergema : 
"Nah... sekarang... baru ajalmu tiba anakku..."



Risau

Seorang WANITA TUA bertemu dengan pakar kaunseling.. 


"Tuan... saya sangat risau dengan sikap anak saya. Sepanjang hari kerjanya hanya main bola... kemudian balik dengan pakaian berlumpur dan dengan selambanya berjalan diatas karpet dan duduk di Sofa..." cerita wanita tua tersebut.. 


"Saya rasa makcik tak perlu risau... sudah menjadi kebiasaan seorang anak berperangai seperti itu," nasihat kaunselor. 


"Saya tahu. Tapi bukan saya seorang saja yang risau. Isterinya juga bimbang!"



Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved