Pelupa

on 28 Ogos 2010

Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala 
hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara 
fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan 
diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala 
perkara. 


Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV... 
Tiba-tiba si atuk berdiri.. 


Nenek : "Mahu kemana?" 


Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air" 


Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA" 


Atuk : "OK .." 


Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa" 


Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?" 


Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya" 


Atuk : "Beres .. !!" 


Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan 
lupa semuanya" 


Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila.. strawberry 
dan krimnya bukan?" 


Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek 
sepiring daging dan beberapa biji telur rebus. 


Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata..abang akan lupa 
pesananku... sepatutnya ditulis dulu" 


Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?" 


Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."

AYIE KENTUT



Sudah!... bila pulak si Ayie ni kentut.Kenapa pulak dia kentut kat blog aku? Ini buat aku jadi tak karuan.Apa salah aku tiba-tiba dia gi kentut kat blog aku?


Ini sebenarnya antara keyword kat blog aku hari ini 'Ayie Kentut'.Kenapa dia kentut itu kena tanya si Ayie.Selidik punya selidik rupanya kat blog Ayie ada cerita pasal wanita yang ada masalah kesihatan.Tak caya gi sini.



Makanan sihat



Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim. 


Doktor : "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang" 


Setelah tiga hari berlalu  Doktor menalefon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi kerumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang. 


Mendengar itu Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu bersukan untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Doktor terus menuju ke kolam renang dimana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang? 
"Salim berada di dalam air melatih kambing berenang"



Bermain piano dengan jari kaki



Liu Wei 23 tahun kudung kedua belah tangan selepas terkena kejutan elektrik semasa bermain sembunyi-sembunyi ketika berusia 10 tahun.Kini dia mengunakan jari kakinya bermain piano.


Dia yang mendapat perhatian apabila melakukan persembahan dalam program China's Got Talent versi China."Sekiranya orang lain melakukan  apa sahaja menggunakan tangan,saya pula melakukkannya dengan kaki.Begitulah keadaan saya,"kata Wei.(link)


Tengok rumah dipecah guna iPhone



Vince Hunter yang sedang bercuti 2,253 kilometer dari rumahnya menghubungi talian kecemasan 911 setelah dia melihat skrin pada telefon bimbitnya iPhone yang menunjukkan dua perompak memecah masuk kekediamannya.


Dia menggunakan peralatan iCam yang berharga RM8.17 menyebabkan dia boleh memantau penceroboh walaupun di tiada dirumah.Perompak itu melarikan diri tanpa sempat melarikan barang setelah beberapa polis tiba.(link)




Kepala pengacara wanita terkena bola

Seorang pengacara sukan sebuah stesen televisyen di Jerman Jessica Kastrop menjadi sensasi apabila imejnya terkena bola disiarkan di You Tube.Kejadian itu berlaku ketika dia sedang menemuramah seorang pemain sebelum perlawanan.


Pada waktu yang sama bola tendangan bekas pemain Chelsea Khalid Boulahrouz tersasar menyebabkan ia terkena kepala pengacara wanita itu.Khalid kemudiannya meminta maaf.-Agensi



Neraka Lima Beradik



Tiga beradik berusia 5,14 dan 16 tahun yang sedang berpuasa ditemui lesu berhampiran masjid ketika lari dari rumah.Mereka mendakwa menjadi mangsa rogol abang kandung,manakala bapa pula penagih dadah dan arak.Nasib dua adik mereka yang berusia 9 dan 12 tahun tidak diketahui.


Abang mereka yang berusia 18 tahun juga seorang penagih dadah.Mereka adaik beradik telah kematian ibu sejak lima tahun yang lalu.-harian metro



Melintas jalan



Radhi dan Khalid, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. tengah syok berborak tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan. lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi. 


"Fasal apa adik menangis", tanya Radhi. 
"Bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong",pujuk Khalid pulak. 


Sambil teresak-esak budak tu berkata "Tadi sebelum saya keluar mak dah pesan. kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pon yang lalu. Motor buruk ada laa..". 


Mendengar penjelasan budak tadi,Radhi dan Khalid hanya menggelengkan kepala. tak tau aper nak explain kat budak tue...

Lelaki Miskin

Di sebuah kampung yang terpencil tinggallah seorang lelaki miskin bersama-sama dengan ibunya. Lelaki miskin tersebut ingin melangsungkan pekahwinannya tetapi malang, kesemua 
seluar dalamnya telah berlubang-lubang kerana terlalu lusuh. 


Kasihan melihatkan keadaan anaknya, si ibu membuatkan seluar dalam lelaki tersebut dengan menggunakan guni beras. Di malam pertamanya, isteri lelaki tersebut telah mati 
terkejut. Cubateka kenapa? 


Jeng... jeng... jeng.... 


sebab kat seluar dalam tu ada tulis 
"Berat Bersih: 50kg"

Pesanan nenek moyang

Pesanan nenek moyang.... 


Kalau kamu marah, keluarkanlah amarahmu sepuas-puasnya 
agar tidak menyakitkan mindamu.... 


Kalau kamu sedih, keluarkanlah air matamu jika itu dapat 
melegakan kesedihanmu.... 


Kalau kamu benci, keluarkanlah kebencianmu agar tiada 
lagi rasa kebencian itu.... 


Kalau kamu gembira, keluarkanlah kegembiraanmu dan ketawalah 
sepuas-puas hatimu.... 


TAPI INGAT........................!!!!!!!!!! 


Kalau kamu malu....JANGAN SEKALI-KALI MENGELUARKAN KEMALUANMU...!! 
KELAK BINASA DIRI!!!



Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved