Muntah

on 27 Ogos 2010

muntah.gif Pictures, Images and Photos

Seorang gadis kecil merasa badannya lemah dan sakit ketika dia berada di pasaraya bersama ibunya. 


"Mama," kata gadis kecil itu.. 
"Bolehkan kita balik sekarang?" 


"Tidak," jawab ibunya. 


"Ma, saya rasa hendak muntah!" kata gadis kecil itu. 


"Keluarlah, pergi ke tandas di tingkat atas..." 


Setelah kira-kira 20 saat, gadis kecil itu kembali ke tempat duduknya. 


"Sudah selesai?" tanya ibunya. 


"Ya." 


"cepatnya?" 


"Saya tidak pergi ke tingkat atas.. Ma," kata anaknya lalu menyambung.. 
"Kat tepi tu ada sebuah kotak derma... disitu tertulis "UNTUK ORANG YANG SAKIT’"

FAQ ( Soalan Yang Kerap di Tanya )

* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya: 
"Tunggu bas ke?" 
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu 
helikopter, lambat plak ari nie ye" 


* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya: 
"Ko nak mandi ke?" 
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang 
kejap, ko nak join?" 


* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur: 
"Aik? tulis surat nampak?" 
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan 
aku bergerak sendiri" 


* Anda sedang makan nasik dan orang tegur: 
"Makan nasik?" 
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku 
tengah minum teh ais nie?" 


* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer: 
"Baru balik dari keje?" 
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi 
keje lah nie...opis saya dah pindah kat 
rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis" 


* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: 
"Eh kau sibuk ke?" 
Jawab : Takyah jawab, perhatikan muker dia 
pastu kompang siket pipi dia. 


* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer: 
"Eh citer melayu ke?" 
Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro 
menentang Raksaser dari Planet X...ko 
tunggu jap nanti otromen kuar".



Rahsia Keperibadian Melalui Bentuk Hidung



Rahsia Keperibadian Melalui Bentuk Hidung IALAH


Hidung agak besar 
-mencerminkan seseorang itu cepat tersinggung, nafsunya besar dan agak pemalas. 


Hidung agak besar dan bulat
-mencerminkan dia seseorang yang bergaya dan tidak suka dianggap remeh. 


Hidung agak besar bagian bawah 
-mencerminkan seseorang itu tidak cermat dan tidak pandai menyimpan wang, selalu berfikir yang baik2 sahaja.


Hidung agak besar tapi mancung 
-mencerminkan dia seorang yang angkuh dan suka mementingkan diri sediri.


Hidung agak besar tapi penyek
-mencerminkan dia seseorang yang tidak punya inisiatif.


Hidung agak kecil 
-mencerminkan dia seoarang yang cerdas namun hidupnya selalu menderita.


Hidung agak sederhana
-mencerminkan dia seseorang yang berhati tulus dan suka menolong.


Hidung agak mancung agak runcing 
-mencerminkan dia seorang yang sportif dan begitu pandai berbicara.


Hidung dengan lubang hidung agak lebar
-mencerminkan dia seorang yang suka menginginkan milik orang lain.


Hidung dengan lubang hidung agak kecil 
-mencerminkan dia seorang yang tidak teguh pendirian, fikiran tidak tetap dan mudah tergoda.

Cerita orang sakit

hospital Pictures, Images and Photos

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasangkan tiub getah kiri dan kanan. 


Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata: "United Kingdom..." 


Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: "Malaysian..." 


Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi. 


Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...". Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat...". 


Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya. "Birmingham..." kata si Mat Saleh. 


Dijawab Mamat: "Kuala Kangsar...". Pengsan lagi. 


Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual. Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..." 


Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn...!"


Buah Mangga

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual mangga,


PEMBELI : "Bang berapa sekilo harga mangga nie?"


PENJUAL : "RM7 sekilo!"


PEMBELI : "Amboi mahalnya...RM5 sudah la!"


PENJUAL : "Tak boleh lah dik,haraganya dah cukup murah tu!"


PEMBELI : "Kalau tak manis macam mana bang?"


PENJUAL: "Kalau tak manis tak payah bayar!"


PEMBELI : "Kalau macam tu bagi saya yang tak manis 10 kilo!''


PENJUAL : @#$^^*%&???



Panjang gilo...

Panjang gilo ular niee...kat mano nie?





Perjanjian setan (jual tunang bayar hutang)



Jual tunang untuk bayar hutang.Itulah tindakan seorang lelaki yang tergamak menyerahkan tunangnya untuk diperkosa rakan sendiri sebagai cara untuk melangsaikan hutang selepas kalah judi.Perbuatan itu dilakukan dirumah nenek lelaki terbabit.


Lelaki itu mempelawa mangsa untuk bermalam di rumah neneknya dan kemudian dia berpura-pura hendak keluar berjumpa rakan .Rakan itu kemudian datang dari belakang sebelum menolak pintu bilik dan mengarah gadis berkenaan mengunci pintu sebelum merogol.


Semasa kejadian mangsa merintih meminta tolong daripada nenek lelaki tersebut,namun dia tidak mampu berbuat apa-apa berikutan pintu di kunci.-harian metro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved