Sebab lelaki tak kahwin-kahwin

on 26 Ogos 2010


1."Duit lum cukup lagi".
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5."Banyak sangat halangan".
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri".
Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" .
Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Pompuan memang camtu..

17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya".
Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia


Maksud tersirat

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu? 
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu? 


Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum? 
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni! 


Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek. 
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I. 


Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la. 
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala. 


Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi... 
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek. 


Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja. 
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke? 


Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla... 
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je. 


Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu? 
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku. 


Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you. 
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok. 


Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. 
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Pari beranak (live)

Pertama kali tengok ikan pari melahirkan anak.Terpesona seketika.Emapat ekor anak pari dilahirkan.





video dikirimkan oleh seorang kenalan di fb

Beza antara cinta ,sayang,minat dan suka

cinta Pictures, Images and Photos

Beza Cinta, Sayang, Minat Dan Suka


Cinta
 Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. 
(cinta di tujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang 
 Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. 
(sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka 
 Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu.
(suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat 
 Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.
(minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )


TAPI YANG PALING PASTI TANPA MINAT,SUKA DAN SAYANG,KITA PASTI TAKAN CINTA SESEORANG.TIMBUL PERASAAN MINAT,SUKA DAN SAYANG,MAKA TIMBULLAH PERASAAN CINTA


HIDUP AKAN LEBIH INDAH DENGAN.......


HIDUP AKAN LEBIH INDAH DENGAN.......


 CINTA 

  • Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa. 



 RESPECT 

  • Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let’s get do it. 



BERSYUKUR 

  • Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur. 



 BAHAGIA 

  • Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah. 



MEMAAFKAN 

  • Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan. 



 BERBAGI 

  • Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, curhat sama teman, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya. 



 KEJUJURAN 

  • Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan. 



 KETULUSAN 

  • Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap. 



 KEPEKAAN 

  • Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka 



 KEDAMAIAN 

  • Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal

Lima Tahun Baru Sedar Ada Peluru Di Kepala

Robert Chojecki 35 tahun baru menyedari yang dia di tembak lima tahun yang lalu.Lelaki yang berasal dari Jerman ini di percayai di tembak dengan sebutir peluru jenis 22 kaliber.




Ketika kejadian dia sedang berparti dan minum minuman keras sempena sambutan tahun baru di kaki lima sebatang jalan.Dia merasa kepalanya seperti dipukul tetapi mendapatkan rawatan ketika itu.


Dia hanya mendapatkan rawatan baru-baru ini apabila dia merasa sakit dan terdapat ketulan di belakang kepalanya.Gambar x-ray menunjukkan ada satu objek dibawah kulit kepalanya.


Polis menyatakan kejadian itu berpunca daripada sebutir peluru yang dilepaskan keudara sempena sambutan tahun baru.(link)



Terkulai di jejantas



Seorang guru tadika yang berumur 57 tahun sempat menghubungi anaknya di Kedah sebelum menghembus nafas terakhirnya.Guru tadika itu ditikam dalam kejadian samun di jejantas berhampiran Bandar Sunway ketika dalam perjalanan ketempat kerja.


Walaupun dia sempat menghubungi anaknya,mangsa tidak empat memberitahu tentang kejadian itu kepada anaknya.Peragut yang berusia dalam lingkungan 20an itu dikatakan menikam mangsa di rusuk kirinya sebelum melarikan diri kearah stesen minyak berhampiran.Mangsa di jumpai oleh orang ramai dalam keadaan tidak sedar diri dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.-harian metro



Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved