Gerak Jari Singkap Rahsia Diri

on 25 Ogos 2010

satu jari Pictures, Images and Photos


Gerak Jari Singkap Rahsia Diri

Memicit Atau Memegang Hidung

Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa juga tindakan yang dilakukan.Seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar degan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayai.

Meletak Tangan Pada Bahu Kawan
Suka ikut kepala sendiri
Pentingkan diri sendiri
Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman-teman rapat 

Bermain Dengan Tangannya
Mempunyai tahap humor yang tinggi
Pandai berjenaka
Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati
Jenis open minded

Mematahkan Jari Jemarinya
Seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara degan orang lain
Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja

Menggigit Kuku
Gugup dan gementar bila berbicara
Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati

Memintal Hujung Rambut
Suka berkhayal
Sukar diperdayakan
Keras kepala

Menongkat Dagu
Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya
Suka mendengar masalah teman-teman
Setia dalam persahabatan

Suka Letakkan Tangan Atas Meja
Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri
Peramah
Suka bergantung pada orang lain

Menggosok-gosokTelapak Tangan
Ramah dan berfikiran matang
Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit-belit
Mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu

Memutar Cincin
Sangat menepati janji
Berhati-hati dalam tutur kata
Gemar hidup yang teratur
 
 

CIRI-CIRI LELAKI MELALUI MINUMAN KEGEMARAN

man swimming in tea Pictures, Images and Photos



LATTE
  • Sofistikated adalah keperibadian paling jelas yang dapat dilihat dalam diri individu yang gemar menikmati minuman ‘Latte’ ini. Selain itu sikapnya yang sentiasa bersifat ingin tahu dan sentiasa ingin belajar secara tidak langsung turut memperlihatkan dirinya yang terpelajar dan berpendidikan.
  • Sekiranya kekasih anda menggemari minuman ini, aduh…beruntunglah anda kerana dia seorang yang romantik dan jiwanya penuh dengan kasih sayang. Si penggemar ‘Latte’ biasanya akan sentiasa dengan pasanggannya dan akan sentiasa cuba melakukan yang terbaik demi mengukuhkan lagi perhubungannya.

KOPI
  • Anda sesuai mengendalikan perniagaan sendiri. Si penggemar kopi biasanya memiliki keperibadian yang menyakinkan. Sikap yakin dengan kebolehan diri sendiri membolehkan mereka maju dalam apa jua bidang yang diceburi. Namun mereka ini juga memiliki sikap berjimat cermat yang teramat sangat sehingga ada yang menganggap mereka ini agak kedekut! Ya, mungkin kedekut kepada orang lain tapi bukan pada dirinya sendiri! Lihat sahaja gaya dan penampilannya. Boleh dikatakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, semuanya barangan berjenama! Opps…dalam subjek mencari pasangan pula, mereka dikatakan terlalu cerewet! Hati-hati, jangan sampai orang lain bosan pula untuk mendekati anda kerana sifat cerewet anda itu.

KOPI SUSU
  • Wah, orangnya sentiasa kelihatan sibuk. gayanya juga bagaikan tak terurus dek kesuntukan masa. Si penggemar kopi susu ini memang tidak boleh duduk diam. Boleh dikatakan setiap waktu yang ada akan dipergunakan sebaik mungkin untuk melakukan kerja-kerja yang dirasakan agak penting. Ingat, anda juga perlu meluangkan masa untuk merehatkan minda. Anda bukannya robot yang mampu melakukan segala-galanya tanpa berehat. Paling tidak pun, kemaskan sikit gaya penampilan anda itu agar orang lain berasa selesa berdampingan dengan anda! Oh ya! Kasihanilah si dia yang sentiasa meginginkan perhatian dari anda. Jangan sampai si dia berasa bosan dengan sikap anda yang boleh dikategorikan dalan lingkungan individu yang ‘gila bekerja’. Belajar menyusun jadual harian anda agar hari anda berjalan lebih lancar dan jangan lupa, selitkan sedikit masa untuk bersama-sama si dia…mungkin dengan menonton wayang bersama!

TEH
  • Tenang dan bersahaja adalah tarikan utama pada kelompok individu ini. Mereka bijak menguasai keadaan dan tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai teman. Selain itu, muzik adalah teman setianya. Mungkin si penggemar teh ini tidak kisah sekiranya dalam satu tempoh waktu tertentu dia tidak ditemani oleh mana-mana teman kerana peluang bersendirian yang ada itu digunakannya untuk menghayati muzik kegemarannya. Faktor kesihatan sentiasa mendapat perhatian anda kerana anda sentiasa inginkan kesihatan yang terbaik untuk diri anda Syabas!

MOCHA
  • Orangnya lincah dan gemarkan cabaran. Si penggemar Mocha mempunyai keperibadian yang agak keanak-anakan dan setiap bual bicara yang meniti di bibirnya pasti mempunyai unsur jenaka. Individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebgai individu yang sukar bersikap serius, boleh dikatakan setiap detik dan saat, tumpuan di dalam mindanya itu lebih kepada unsur-unsur keseronokkan dan mencari hiburan. Mereka juga gemar bersosial dan tidak gemar hidup bersendirian. Tidak hairanlah sekiranya mereka tidak mempunyai sehingga ke hari ini. Mana tidaknya, individu yang cuba untuk mendekatinya sentiasa merasa ragu-ragu untuk serius bercinta dengan si penggemar _Mocha ini. Sikap keanak-anakannya itu tentu sekali tidak menyakinkan pasangan bahawa individu itu telah bersedia untuk serius dalam percintaan. Mungkin penggemar _Mocha boleh cuba melakukan pembaharuan dalam hidupnya mulai hari ini.

MINUMAN SEJUK
  • Sekiranya anda lebih gemar menikmati apa saja minuman asalkan ’sejuk’ menunjukkan bahawa anda tergolong dalam kategori yang gemar bersosial dan berhibur bersama teman-teman. Anda lebih gemar berkumpul dengan teman-teman akrab anda dan boleh bersantai bersama mereka hingga berjam-jam lamanya. Selain itu anda juga memiliki daya pemikiran yang kreatif dan sentiasa ingin cuba tampil denga idea-idea baru dalam melaksanakan tugasan anda. Namun awas, minuman sejuk ini tidak baik untuk kesihatan.

MINUMAN PANAS
  • Penampilan anda kelihatan penuh menyakinkan dan matang. Mungkin ramai yang memperkatakan bahawa penampilan anda kelihatan lebih matang dari usia sebenar anda. Namun anda tidak pernah menghiraukan apa jua tanggapan orang lain yang diberikan kepada anda. Anda memiliki matlamat hidup yang tersendiri dan sentiasa berusaha untuk hidup merealisasikannya biarpun terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam rintangan. Teruskan usaha anda itu.
 
 
  •  

Bot berbentuk zip



Yauhiro Suzuki seorang seniman Jepun telah menghasilkan sebuah bot yang menyerupai zip seluar gergasi.


Dia memulakan rekaannya pada tahun 2004 dan memperkenalkan bot uniknya itu pada Festival Seni Antarabangsa Setouchi baru-baru ini.Bot ini sedang menjalani ujian dan kelulusan pihak berkuasa sebelum boleh digunakan.








Ayah Sembelih Anak



Seorang ibu hanya mampu menjerit melihat anak terkulai berlumuran darah kerana di sembelih oleh bapanya sendiri.Suaminya juga cuba untuk mengelar lehernya sendiri.Anaknya yang berusia 3 tahun itu mati dalm keadaan mengerikan.


Sebelum  kejadian dia dan suaminya yang mengalami sakit mental berbual-bual sebelum mengadu kepanasan dan berjalan kearah dapur .Kemudian dia terdengar jeritan anak lelakinya dan berlari kearah dapur .Dia mendapati anaknya telah terkulai berlumuran darah akibat disembelih.-harian metro



Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved