Dolphine pun dah pandai

on 23 Ogos 2010

Dolpine sekarang semakin pandai...mana dia belajar buat aksi sebegini.Video..cikgu..atau pengajarnya.Dunia-dunia semakin pelik.Cuba saksikan video di bawah..




Murid darjah satu tertua di dunia



Ma Xiuxian yang berusia 102 tahun telah memasuki sekolah rendah.Dia merupakan pelajar kelas satu yang tertua didunia.Ma Xiuxian membuktikan yang usia tua masih mampu untuk belajar.Semasa kecilnya dia tidak berkesempatan untuk bersekolah.Dia telah belajar di Weshan Road Elementary School di China. (link)



Rahsia ' Buang Angin' (kentut)

kentut Pictures, Images and Photos

1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.


2. Orang BINGUNG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.


3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.


4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.


5. Orang MISTERI
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.


6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.


7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang


8. Orang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.


9. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.


10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.


11. Orang b*d*h
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.


12. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh


13. Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.


14. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.


15. Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.


16. Orang AKUATIK
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air


17. Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.


18. Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut


19. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.


20. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil kentut


21. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating


22. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut


23. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri


24. Orang yang PELUPA
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut


Gadis 12 tahun dicekup berzina

Usia baru 12 tahun,namun gelora nafsu murid perempuan tahun enam tidak dapat dibendung hingga dicekup ketika berzina dengan seorang daripada dua lelaki yang berkurung bersamanya dalam sebuah rumah.Ketika diintip remaja ini sedang melakukan persetubuhan dengan seorang lelaki berumur 23tahun.
Kejadian ini telah dilaporkan oleh orang ramai mengenai perbuatan terkutuk remaja itu-harian metro

Hargai Anugerah Cinta

Cinta Pictures, Images and Photos

Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada
seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai
seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan
seseorang yang anda cintai.


Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak
sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa.
Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan
mengetahui betapa berharganya anugerah itu.


Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis
dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil
berat mengenai si dia.


Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang
yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa
membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain
terbuka.


Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup
itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.


Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi,
berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-
apa selain tetap menyokong anda dari belakang.


Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka
akan mencintai anda.


Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta
itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia
tumbuh dalam hatimu.


Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda
dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda
menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.


Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin
mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan.
Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak
sanggup membiarkan dia pergi.


Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun
sering dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih
mempercayai, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri
mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti
dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk
membina kembali kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa.


Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat
kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat
membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang
gelap menjadi cerah.


Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda
tersenyum. Ada saat dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan
seseorang, ingin menemui dan memeluknya.


Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda
ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda
hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa
diinginkan.


Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat
anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yang
tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu berbahagia.


Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu
menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.


Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala
hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan
bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang
mencari, mereka yang mencuba.


Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir
dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu
yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam
kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.


Ketika lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum.
Hiduplah dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda
satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis.


harian metro


GREEN,GREEN,GREEN...



Ali pegi interview kerja sebagai setiausaha. Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan emas, dalam hati dia mula membentak; "Argghhh! Orang macam ni pun ada!". 


Tapi apa-apapun dia kena interview juga si Ali ni. Jadi dia pun tanyalah Ali, "Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni! Perkataan-perkataannya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!". 


Jadi Ali pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab... "I hear the phone GREEN, GREEN... GREEN..., then I go and PINK up the phone, I say YELLOW...BLUE's that? WHITE did you say? Aiya...! wrong number la... Don't PURPLEy disturb people and don't call BLACK, ok? Thank you." 


Lepas tu pengurus tu terus pengsan!!



Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved