10 Kebenaran Tentang Lelaki

on 21 Ogos 2010

1. Bila awak cakap dengan lembut, saya tak mampu mengelak dari memberikan perhatian.


2. Kadangkala awak perlu katakan “tidak” kepada saya. Bukanlah selalu, tetapi ini akan mengingatkan kepada saya bahawa awak ni seorang yang “mahal dan berharga”.


3. Tolonglah jangan tanya saya bagaimana rupa awak, kecuali bila awak benar-benar akan percaya jawapan saya nanti.


4. Bila awak rasa suka dan bahagia bersama saya, saya akan rasa lebih banyak lagi ingin membahagiakan awak.


5. Kalau saya rasa tidak dapat membuatkan awak suka dan bahagia, saya rasa seolah-olah bukan lelaki sebenar dan sejati.


6. Saya harap sangat awak dah bersiap dan bersedia bila saya tiba untuk menjemput awak.


7. Saya takut sekiranya saya membenarkan wanita berada di dalam hati saya, kemungkinan dia akan mengambil kesempatan.


8. Mungkin awak arif tentang fesyen, tetapi saya sangat berharap awak berpakaian untuk mengambil hati saya, bukan untuk menunjuk kepada wanita lain.


9. Kalau saya bercakap tentang golf dan awak nampaknya macam “boring” jer, kan elok kalau awak cuba ingat pada setiap masa awak bercakap, saya sentiasa mendengar dan beri perhatian tentang perkara yang penting pada awak.


10. Kalau awak sendiri tak percaya yang awak ni cantik, awak takkan percaya bila saya cakap perkara yang sama, tak kiralah berapa banyak pun saya katakan.



Rahsia Lelaki Setiap Wanita Mesti Tau!



Ada beberapa rahsia lelaki yang perlu setiap wanita ketahui :



 Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?



  • Bila dia ‘call’ maksudnya dia ambil berat, dia cintakan anda, inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni. 

Definisi lelaki pulak, bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.


Kalau dia tak ‘call’ pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!


 Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

  • Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.



Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.


 Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.


Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun ‘boring’ la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu ‘signal’ yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!



Cinta bukan untuk pengecut



Anda berkenalan dengan si dia dah dua tiga bulan.


Seorang yang menepati janji.Kalau dia kata akan telefon…dia pasti telefon.Kalau time ‘dating’ dia selalu datang awal dari anda,lewat mesti dia cakap dan alasannya amat munasabah.


Amat menghormati anda.Kawan-kawan anda pun suka kat dia,selesa.Keluarga anda pun suka.Segala ciri kekasih impian anda ada padanya.Anda memang rasa dialah lelaki pilihan dan idaman anda.


Tapi anda selalu juga tidur tak lena.Tangan kadang-kadang sejuk je.Kerja atau pelajaran tak dapat tumpuan sepenuh dari anda.Bila orang tanya, “Kekasih apa khabar? Bila nak kahwin?”


Anda Takut! Risau! Apa kena dengan anda ni?


Tak ada apa pun sebenarnya.Anda berada di peringkat dalam sesuatu perhubungan di mana semuanya berjalan dengan baik, tapi sebahagian dari perasaan anda takut ia berakhir.Takut kalau tiba-tiba si dia terus berhenti dari telefon anda.Takut dan risau si dia “jumpa” kekasih hati lain.


Apa yang anda sedang lalui,perasaan takut ini adalah normal.Setiap kali si dia buat sesuatu yang anda suka,anda akan lebih sayang padanya.Setiap kali sayang ni bertambah...takut dan risau pun bertambah juga.


Anda takut kerana anda baru mengenali si dia,tak begitu kenal dia betul-betul…hati budinya…dan si dia sedang memegang “hati” anda di tangannya!


Macam-macam soalan ada dalam kepala anda.Dia ni memang hebat,idaman ramai wanita,bila-bila boleh dapat ‘girlfriend’…tapi kenapa tak kawin lagi? Macam-macam lagilah soalan timbul..


Anda rasa diri anda sedang menahan keinginan nak telefon ‘parents’ dia,adik-beradik,kawan-kawannya dari bertanya soalan tentang karektor si dia.


Tolong sedar dan Faham! Jatuh cinta bukan untuk mereka yang Pengecut!


Ia perlukan kekuatan,keyakinan diri dan sikap yang positif.


Anda akan ‘berminat’ untuk mendengar setiap patah perkataan dari rakan-rakan anda yang sangat teruja untuk memberi nasihat terhadap perhubungan anda.


Tapi JANGAN buat begitu.


Fikirkan perhubungan anda ini sebagai benih yang anda semai.Ia perlukan masa untuk tumbuh dan bergerak keluar dari dalam tanah ke atas bila bercambah,tapi setiap kali anda berbincang dengan pihak ketiga tentang perhubungan anda,anda sendiri yang mengorek benih tersebut keluar dari tanah,mengganggu proses semulajadinya.


Perhubungan anda tidak akan menjadi sesuatu yang berharga di antara anda berdua tetapi tajuk perbincangan dan spekulasi orang lain.Anda sendiri telah meragut misteri dan keindahannya.


Elakkan keinginan bertanya rakan-rakan, “Dia cakap macam ni la,apa kau fikir maksudnya ya?”.. Sebaliknya tanya si dia sendiri! Kalau si dia melakukan sesuatu yang buat anda tidak selesa, cakap padanya,maklumkan perasaan tidak selesa anda itu pada si dia. Simpan perhubungan hanya di antara anda dan dia.


Terima sikap “tengok apa akan jadi seterusnya”.


Ini pasti perlukan keberanian…tapi amat berbaloi. Berilah perhubungan anda ini cahaya matahari dan air serta baja yang layak baginya.


Hanya anda sahaja yang boleh menentukan si dia layak dan sesuai untuk anda.


Tolong percayakan diri anda untuk melakukannya.



AIS DAN JAM TANGAN


Ini gambar air batu yang dikeluarkan dari peti sejuk. Tak kira walau mahal macam mana sekalipun, walau beli di kedai mana sekalipun, hakikatnya air batu kalau dikeluarkan dari peti ais akan tetap cair.

Tetapi kalau kita pandai memanafaatkan air batu tersebut, sebelum ianya cair, maka air batu yang kosong itu boleh jadi macam ni...


                          Ya, ini dia Air Batu Campur @ Ais Kacang.

Kalau pandai dimanafaatkan air batu yang kosong tadi ia boleh juga jadi macam ni...



Tapi kalau tak dimanafaatkan air batu tersebut... jadilah satu pembaziran yang macam ni...


                                                                  
                                                       dan




Jam ni, walau semahal mana sekalipun atau semurah mana sekalipun, fungsinya hanya satu.... iaitu untuk menunjukkan MASA....

Dan MASA yang kita lalui adalah sama seperti air batu. Kalau duduk-duduk dirumah...masa akan tetap berjalan, kalau bersembang-sembang masa akan tetap berjalan, kalau shopping  masa akan tetap berjalan meninggalkan kita.

Kalau kita pandai manafaatkan masa yang ada.... kitalah yang akan beroleh keuntungan
.



Siapa lelaki yang berbahaya?



Siapa lelaki yang berbahaya?


Lelaki yang boleh dikategorikan sebagai berbahaya kepada anda wanita ialah:


“Lelaki yang merosakkan/mengganggu/menyakitkan dan mendera pasangannya secara percakapan, emosi, fizikal, seksual, spiritual, undang-undang dan juga kewangan.”


Secara Percakapan termasuk mengugut anda, memaki-hamun, meninggikan suara seperti selalu menengking dan menghina maruah anda dengan perkataan.


Penderaan emosi pula termasuk mengawal dan mendominasi dengan tidak membenarkan atau memberi anda peluang untuk membuat pilihan. Contohnya, anda nak berpakaian pun nak kena ikut sedap mata dia saja malah cara anda berpakaian perlahan-lahan ditentukan olehnya.


Dia kerap mengkritik anda yang akhirnya membuatkan anda berasa terlalu rendah diri. Cemburu buta yang melampau sampai anda nak berkawan pun tak boleh. Segala yang anda buat mesti bagi tau dia dan mendapat izin darinya. Pendek kata putih kata dia maka putih la anda ikut.


Memalukan anda dan merendahkan anda di hadapan orang lain juga antara bentuk deraan emosi. Kadang-kala memandang anda macam “nak makan” supaya anda sentiasa patuh dan takut padanya.


Secara Seksual boleh dikatakan seperti memaksa pasangan/isteri melakukan hubungan seks di luar tabii, memaksa menonton filem lucah, dan memaksa pasangan/isteri melakukan seks di luar kehendak isteri sebagai contoh memaksa isteri melakukan seks sewaktu isteri dalam haid sedangkan isteri menolak.


Secara Kewangan pula faham-faham je la ya. Memang ada wanita malah ramai wanita yang membantu pasangannya dalam bentuk kewangan. Yelah, bukan apa, sesekali ‘top-up’kan ‘handphone’ contohnya, lagi pun bukannya orang lain..’boyfriend sendiri jugak.


Bagi wanita yang dah berumahtangga, membantu suami dalam bentuk kewangan sekiranya mampu dapat juga meringankan bebanan kewangan suami dan keluarga. Apatah lagi sekiranya suami mengalami masalah kewangan.


Sesekali itu biasa. Luar biasa jika sanggup berhabis untuk pasangan sampai hidup sendiri nak makan pun takde sedangkan lelaki itu terus-menerus “menyedut” anda sampai tinggal rangka! 


Bagi wanita yang dah berkahwin pula, suami menghabiskan wang ringgit isteri sehingga tahap duit isteri duit dia, duit dia duit dia sedangkan dalam masa yang sama suami mampu berhibur dan berfoya-foya tanpa menghulur sesen pun nafkah untuk isterinya.


Antara tujuan lelaki seperti ini ialah supaya anda menjadi papa dan bergantung hanya kepada dia. Secara tak langsung anda dapat dikawal supaya tidak meninggalkannya kerana sumber kewangan anda hanya kepada dia. Situasi ini banyak terjadi kepada wanita yang telah berkahwin dan hanya sedar selepas keadaan menjadi parah.


Penderaan Fizikal seperti yang anda sedia maklum adalah tindakan ganas seperti memukul, menampar, menumbuk, menolak, menggunakan senjata, kunci anda dalam bilik, menarik rambut dan sebagainya yang berbentuk fizikal.


Secara Spiritual pula selalu menyatakan kepada isterinya bahawa isteri akan jadi derhaka sekiranya menentang atau melawan suami. Kebanyakan lelaki seperti ini menggunakan ayat ini untuk menakutkan dan melemahkan wanita. Dalam masa yang sama dia melayan isterinya dengan buruk dan tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami.


Suka juga saya tambah di sini, bagi yang sedang ‘bercouple’ tu, sekiranya ‘boyfriend’ anda merajuk atau marah kerana anda tolak kehendaknya, seperti mencium anda atau lebih jauh lagi melakukan hubungan sex sebelum kahwin, ini bermakna dia tidak menghormati anda sebagai wanita dan mempermainkan hak anda untuk mempertahankan kesucian diri seperti yang dituntut oleh agama.


Secara undang-undang pula berlaku sekiranya telah bercerai, lelaki tidak memberi nafkah kepada anak yang telah ditentukan oleh pihak mahkamah. Atau sengaja tidak hadir ke mahkamah dengan sengaja untuk melambat-lambatkan proses mahkamah dengan niat supaya isteri terpaksa menunggu lama untuk mendapat pembelaan dan sebagainya.



Mayat bayi di pondok bas

Mayat seorang bayi yang berumur 1 tahun yang penuh dengan kesan lebam di jumpai di sebuah pondok menunggu bas.Sekumpulan pelajar yang dalam keadaan cemas telah memaklumkan kepada seorang pengawal keselamatan yang hendak pergi ketempat kerja.Pengawal keselamatan mendapati kanak-kanak itu sudah tidak bernyawa ketika ditemui dan kemudiannya menghubungi polis.-harian metro



Curah petrol nak bakar keluarga



Bagai dirasuk setan,seorang anak durjana menyimbah petrol kepada ibu,ayah dan kakaknya hanya kerana permintaan untuk mendapatkan RM100 tidak dipenuhi.Malahan dia juga mengugut untuk merogol kakaknya jika mereka masih enggan memberinya duit.


Lelaki ini dipercayai penagih dadah turut mencekik bapanya sambil menjerit untuk membunuhnya.Lelaki ini juga bertindak menolak ibunya sebelum melarikan barang kemas yang dipakainya bernilai RM1000.Dia kemudiannya melarikan diri dan sedang diburu polis.-harian metro



Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved