Caboodle Ranch perkampungan untuk kucing

on 20 Ogos 2010



Craig Grant, seorang penduduk di Florida telah menghabiskan banyak masa, harta dan tenaganya untuk membangun tanah seluas 10 hektar dan ditukar menjadi sebuah perkampungan mini  khusus untuk kucing. 






Tempat ini dinamakannya Caboodle Ranch. Ada rumah-rumah kecil, balai kota, dan bahkan kolam dengan air yang mengalir. Hingga saat ini tempat itu telah menjadi rumah bagi lebih dari 500 kucing yang hidup seperti keluarga yang besar.




SUMBANGAN

Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya.


Tok Penghulu: Selamat pagi En. Lamin.


En Lamin: Selamat pagi, ada apa Tok .. pagi-pagi datang ke mari....?


Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya En. Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. En. Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya raya tiada masaalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil.. bagi kemajuan kampung ini.


En Lamin: Aduh tok adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?


Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu...saya tak tau plak..


En Lamin: Apa Tok tau juga kalau saudara saya itu seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perawatan?


Tok Penghulu: Kalau begitu.. saya minta maaf.
(sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan menambah)


En Lamin: Apa tok juga tau kalau suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anak nya tanpa harta dan warisan?


Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf).


En Lamin: Jadi,...pendek kata... mereka ajer tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.

Lembu mengamuk ,40 orang cedera (video)



Seekor lembu yang seberat 1000 paun telah melompat mengatasi pagar pemisah untuk menyerang penonton yang sedang menyaksikan satu pertunjukkan laga lembu di Tafalla, Spain.


Seramai 40 orang telah mengalami kecederaan termasuk seorang budak lelaki yang mengalami kecederaan teruk di perut dan seorang lelaki tua yang  telah di tanduk dibahagian belakang badan.Mangsa-mangsa telah diberikan rawatan dan yang cedera teruk telah dibawa ke hospital.(link)





Teknik melipat baju dengan pantas

Perhatikan video ini cara-cara melipat baju dengan pantas .Tak sampai seminit pun.Boleh di pratikkan dan tidak membuang masa.Berguna bagi mereka yang bekerja dan surirumahtangga.Masa itu emas.



Badan ada magnet



Brendan Allison 50 tahun mendakwa banyak objek logam melekat pada tubuh badannya selama beberapa minit.Tarikan magnet badannya turut menyebabkan dia boleh menyalakan mentol lampu,membunyikan penggera kereta dan membuka mesin tunai kedai.


Doktor yang melakukan pemeriksaan terhadapnya mengatakan kuasa magnet yang ada padanya disebabkan tekanan tinggi pada  dirinya sendiri dan menasihatkan supaya dia mengurangkan tekanan.(link)







Bayi baru 10 bulan dah berat 20kg

Lei Lei 10 bulan tetapi beratnya sudah mencecah 20 kg.Berat badannya bersamaan dengan berat budak normal yang berusia 6 tahun.Bayi ini di gelar "Michelin Baby" merujuk kepada moskot pengeluar tayar terbesar di dunia dari Jerman.




Menurut ibunya Lei Lei mempunyai berat yang normal ketika dilahirkan tetapi disebabkan selera makan yang tinggi menyebabkan berat badannya bertambah.Bayi ini kini sedang menjalani pemeriksaan untuk mengenal punca berat badannya bertambah secara mendadak.(link)



Batik Berdarah

Sepasang kekasih disoal siasat polis berhubung penemuan bungkusan plastik mngandungi kain batik dengan kesan darah yang di jumpai ditanam berhampiran sebuah rumah.


Penemuan ini menggemparkan penduduk kampung berkenaan yang menyangka pasangan itu menanam janin atau bayi.Pasangan ini disoalsiasat selepas menerima laporan daripada seorang jiran.Sebenarnya remaja wanita itu mengalami keguguran dan teman lelakinya membantu menanam kain batik itu.-harian metro



Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved