Tahukah?

on 18 Ogos 2010

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.


2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.


3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.


4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.


5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.


6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.


7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.


8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.


9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.


10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.


11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.


12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.


13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.


14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.


15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.


16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.


17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.


18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.


19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.


20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.


21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.




22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.


23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.


24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk



STAINLESS STEEL!!



Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan di dalam hutan, sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan di dalam perjalanan akan dihukum.


Lalu pelajar senior itu mengambil pisau lipat dan mengumpulkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana pelajar yang telah lalai dan meninggalkan pisau lipatnya.


"Siapa yang kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?!!" tanya pelajar senior itu..
Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..


"Ayuh cepat!! mengaku aje la.. lagi pun sebenarnya aku dah tau siapa pemilik pisau lipat ni sebab namanya terukir kat sini.. Tapi aku nak kejujuran korang semua untuk mengaku!!!"
Masih tidak ada jawapan dari para pelajar lain..


"Kalau tak ada yang jujur nak mengaku salah, aku akan panggil nama pemilik!!!"


Pelajar-pelajar masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...


"STAINLESS STEEL!!cepat keluar...!!!"



Ngaji Quran



Azizan : Zi, ko reti tak ngaji Quran?


Azizi : Reti la sesekit… tapi aku bace merangkak-rangkak lagi la…


Azizan : lerrr nape teruk sangat? Sian nyer…


Azizi : apesal ko nak kesian kat aku lak? Kite bukan sedare pun.. takpe arr.. janji aku reti la jugak membace… pd org lain yang tak tau membace tu…


Azizan : tak la, aku sian la kat ko.. pasal org lain membace elok je duduk.. sesopan lagi…. yang ko lak, bace merangkak2 tu buat ape.. susah sangat ker sampai takleh duduk?


Azizi :(Dalam hati)hampeh nyer budak… aku lempang kang ha…



Peniaga Keranda Berebut Mayat



Pihak pengurusan mayat di ibu negara Guatemala semakin galak sehingga pengendali bisnes itu mendapat gelaran sebagi 'Calaqueros' atau penjual tengkorak.Mereka sanggup mengejar ambulan,menunggu di bilik mayat atau bergegas ke tempat jenayah untuk bertemu dengan anggota keluarga untuk menjual pakej pengebumian.


Bandar yang terkaenal dengan kadar pembunuhan yang tinggi menyebabkan ramai pengusaha merasuah pihak berkuasa bagi mendapatkan mayat.Mereka menawarkan bantuan daripada permohonan sijil kematian ,permit pembakaran mayat kepada jualn keranda dengan harga semurah AS$150 (RM515).






Pengusaha bisnes ini ada di mana-mana.Perang antara kumpulan samseng dan pengedar dadah menjadikan Guatemala City antara 10 bandar raya yang paling merbahaya yang mencatat kadar kematian yang tinggi.



Meluahkan rasa cinta



Manusia mempunyai perasaan pasti pernah jatuh hati.Ia boleh membuatkan seseorg itu gila bayang, takut dimalukan, malah bimbang ditolak terutama jika si dia sudah berpunya.
Bagi yg tak pernah bercinta, pengalaman jatuh cinta ini mungkin sesuatu yg aneh.
Mengungkapkan isi hati pada si dia memang berat apatah lagi jika kita pemalu atau tiada pengalaman.


RANCANG DENGAN MATANG


Kita perlu startegi dan latihan dalam segala aspek apabila mahu mengatakan cinta pada si dia.
Utk mengungkapkan cinta tidak boleh sebarangan sebaliknya,lihat tempat dan waktu yang sesuai. Jangan berbuat demikian jika dia ada tetamu.


Kenali si dia dengan baik.

  • Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang memabara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu2.



Ungkapkan cinta dengan sesuatu.

  • Ungkapkan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya.
  • Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.



Cari waktu dan tempat romantis

  • Waktu paling tepat untuk mengatakan cinta ialah ketika saat terluang atau hari bersantai. Pilih tempat yang romantis.



Ungkapkan cinta secara langsung.

  • Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantaraan seperti teman, telefon, surat atau e-mel.



Jika berani, ungkapkan cinta didepan umum.

  • Ini hanya berlaku untuk mereka yang bermuka tebal atau muka tembok sahaja.



Siapkan mental

  • Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau peluh ketika mengucapkan kata cinta.



Doa sebelum mengungkapkan cinta.

  • Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh.
  • Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda.

Rahsia cinta sejati dan bertoksik


Cinta Sejati

  • Berkompromi, berbincang dan saling bertukar tempat sebagai ketua dalam perbincangan. Bersama-sama menyelesaikan masalah pasangan dan perhubungan.



Cinta Bertoksik

  •  Cuba menguasai dan mengawal, menuduh,memanipulasi secara pasif dan agresif terhadap pasangan.



Cinta Sejati

  • Mempunyai keinginan secara individu selain bersama pasangan. Contohnya mempunyai rakan-rakan; menjaga perhubungan yang bermakna dengan pihak lain seperti keluarga anda dan keluarga pasangan, saudara-mara dan sebagainya.



Cinta Bertoksik

  • Penglibatan secara total dalam perhubungan; mempunyai percampuran yang amat sedikit dengan orang lain; tidak mengendahkan rakan-rakan lama dan sahabat baik malah keluarga sendiri



Cinta Sejati

  •  Menggalakkan perkembangan pasangan dari segi pertambahan ilmu, kematangan, mentaliti dan sikap positif.



Cinta Toksik

  •  Mengongkong sikap dan tindak-tanduk pasangan; takut pasangan berubah. 



Cinta Sejati

  • Kepercayaan yang kukuh dan bersesuaian terhadap pasangan. 



Cinta Toksik

  • Cemburu buta; menguasai dan mengongkong hidup pasangan kerana takut sangat pasangan berubah hati.



 Cinta Sejati

  •  Menerima kekurangan pasangan; menghormati pasangan sebagai seorang individu yang mempunyai kelemahan sebagai manusia biasa.



Cinta Toksik

  •  Cuba mengubah pasangan ke arah acuan dan imejnya sendiri.



Cinta Sejati

  • Bila pasangan tidak ada bersama, mampu menjaga dan mengawal diri serta boleh melakukan aktiviti harian dengan normal; hidup tetap ceria.



Cinta Toksik

  •  Tak boleh berenggang; gelisah bila keseorangan tanpa berjumpa atau pasangan di sisi walaupun untuk masa yang singkat.



Cinta Sejati

  •  Perhubungan berdasarkan kehidupan sebenar dan sentiasa berpijak pada realiti dan bumi nyata.



Cinta Toksik

  •  Perhubungan berdasarkan fantasi dan mengelak dari realiti.



 Cinta Sejati

  • Kedua-dua pasangan faham akan tanggungjawab menjaga diri sendiri dan hubungan secara bersama; tahap emosi individu tidak bergantung pada ‘mood’ pasangannya. Sebagai contoh, bila yang seorang sedang marah, seorang lagi mampu mengawal emosi dan keadaan dengan baik.



Cinta Toksik

  •  Mengharapkan pasangan secara total menjaga perasaan dan dirinya. Harapan pasangan akan menyelamatkannya dalam apa jua keadaan tanpa mengambil inisiatif sendiri.



 Cinta Sejati

  • Sikap sentiasa untuk membangun dan memajukan diri sendiri amat diberi perhatian. Bila ini berlaku, perhubungan akan secara langsung maju dan bahagia.



Cinta Toksik

  •  Terlalu ‘obses’ dengan perhubungan/percintaan sehingga tidak mengendahkan kemajuan dan pembangunan diri. Akhirnya hubungan akan turut hancur.



Cinta Sejati

  •  Sentiasa berada dalam kitaran perhubungan yang selesa dan perasaan dilindungi.



Cinta Toksik

  •  Sentiasa berada dalam kitaran perhubungan yang derita, perasaan takut dan curiga.


Rezeki Ramadan lagi



Baru dua hari lepas satu Buffered Earnings dah jadi  Metered Earnings.Rezeki 
Ramadan hari ini pihak Nuffnang baik hati,aku dapat satu lagi Buffered Earnings.Nampak kena kerja keras lagi.....ALHAMDULILLAH



Isteri hamil kena pijak perut



Hanya kerana isterinya yang hamil enam bulan menguatkan bunyi televisyen,seorang suami sanggup memijak perut isterinya sampai parah.Mangsa hanya mampu meraung,meminta suaminya berhenti memijak perutnya.Suaminya meninggalkan mangsa keseorangan menahan kesakitan.


Mangsa benasib baik kerana tidak keguguran dan mendakwa bayinya dalam kandungannya ada pergerakkan serta dalam keadaan stabil.-harian metro



Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved