Kecantikkan Lelaki,Kegagahan Wanita

on 17 Ogos 2010

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.Lelaki yang cantik adalah :

  • Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
  • Lelaki yang sedia menerima segala teguran
  • Lelaki yang memberi madu selepas menerima racun
  • Lelaki yang baik sangka
  • Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikkan lelaki berdiri diatas kemuliaan hatinya.Seluruh kecantikkan yang ada pada Nabi Muhammad SAW adalah kecantikkan lelaki yang sempurna.

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan tetapi pada kekuatan perasaan.Perempuan yang gagah adalah :
  • Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
  • Perempuan yang tidak takut kepada kemiskinan
  • Perempuan yang tabah menanggung rindu setelah ditinggalkan
  • Perempuan yang tidak meminta agar dipenuhi segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri teguh di atas iman.Seluruh kegagahan yang ada pada Siti Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


Mengumpan cinta ibarat memancing ikan

Ada kawan? Rasanya tiada manusia tanpa kawan. Kawan mudah dicari.Dengan sebentuk senyuman, kawan sudah boleh diperoleh. Dengan teh secawan di warung, kawan sudah boleh dibentuk.


Nilai kawan dan sahabat jauh berbeza.Jika anda ada teman lelaki,dia mungkin bergelar kawan, buka pasangan kekasih. Kena pandai bezakan dengan kawan, sahabat dan kekasih. Sesetengah orang selesa sebagai kawan, sesetengah orang ingin dianggap sahabat, sesetengah orang mahu akhirnya digelar kekasih. Perlu lihat tutur kata pada awal perkenalan, kadang-kadang pada awalnya lagi sudah dapat diduga
apakah dia ingin jadi kawan, sahabat mahupun kekasih.


Ramai gadis bertanya saya soal ini. Dia sudah berhubung dengan saya selama setahun, mengapa dia tidak faham apa yang ada dalam hati saya? Perlukah saya memberitahunya bahawa saya menyayanginya lebih dari seorang kawan?


Nah! Inilah bahananya jika anda tidak cuba memahami riak wajahnya,tutur katanya dan sikapnya sepanjang berkawan dengannya. Dia mungkin menganggap anda sekadar kawan, tetapi anda tidak. Anda menganggap dia lebih daripada itu. Anda mengharapkan cinta tetapi tidak pernah memberikan gambaran sedemikian. Maka dia tidak memahaminya. Diam-diam tanpa pengetahuan anda dia menjalin perhubungan dengan orang lain. Dan orang itu telah pun bergelar kekasih hatinya.


Ramai gadis kecewa direndam perasaan sendiri. Dia memikirkan lain dan mengharapkan lain tetapi lain pula yang ada pada diri seseorang lelaki itu. Kena berikan dia sedikit gambaran bahawa anda tidak sekadar menganggapnya kawan, tetapi kawan yang istimewa, kawan yang lebih daripada kawan, dan kawan yang ingin dijadikan kekasih.


Bagaimana melakukannya? Anda boleh hantar SMS berbau kasih. Ia ibarat melemparkan umpan sewaktu memancing. Jika umpan serasi, akan mengena. Jika tidak, umpan akan terbiar dibawa arus.


Memancing cinta juga begitu. Kena lemparkan umpan dan lihat apakah umpan disambar. Anda akan menerima balasan yang hampir serupa. Jikaayat-ayat power yang diberi, ayat-ayat power juga yang sampai kembali, itu antara lain tandanya kasih bersahut. Jika kata-kata berbau kasih, sayang dan cinta yang diberikan, yang diterima kembal iadalah kata-kata yang hampir serupa tandanya umpan anda serasi dengan selera ikan. Boleh terus memancing, boleh terus menghulurkan umpan. Hingga akhirnya ikan tersangkut di mata kail, ketika itu bolehlah tarik joran, pegang dan tangkaplah hasil. Tika itu tidak perlu berselindung lagi untuk mengatakan bahawa anda menganggapnya lebih dari seorang kawan. Dia adalah kekasih hati dan orang pujaan.


Ramai gadis menjadi mangsa keadaan. Dia tidak pernah tahu dia tidak dicintai. Dan tidak pernah tahu dia tidak pernah berada dalam senarai calon untuk dijadikan isteri. Dia berbaik dengan seorang lelaki dan membiarkan perhubungan itu berjalan dengan baik, sedangkan dia menyimpan hati, tetapi si lelaki tidak. Setelah berkawan hampir sepuluh tahun, usia telah lanjut baru tahu dia tidak sampai ke situ. Dia hanya berbaik, seorang yang baik dan mahu berbaik-baik.


Kenapa tidak memberikan gambaran awal supaya mudah mengambil keputusan, samada meneruskan atau beralih arah.


Bercinta adalah seni. Maka anda perlu menggunakan daya kreativiti dalam meniti di atasnya. Setiap cinta melalui jalan cerita yang serupa namun tidak pernah sama. Setiap watak yang melaksanakannya adalah berbeza maka anda perlu memahaminya. Bacalah peribadinya seawal perkenalan anda dengannnya.


Oleh Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj



Rahsia Disebalik Warna Bunga Ros

Hati sering tertanya-tanya apakah maksud warna bunga ros yang pernah diterima. Apakah ia melambangkan rasa kasih, cinta, simpati ataupun sekadar teman biasa? Sebenarnya bunga ros mempunyai pelbagai warna yg mengandungi maksud tersirat. Takut nanti tersalah andaian diri sendiri yang malu. Di sini adalah andaian banyak pihak tentang maksud tersirat di sebalik warna bunga ros.


Bunga Ros Merah 





  • Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya.



Bunga Ros Kuning 





  • Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu



Bunga Ros Putih 





  • Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.



Bunga Ros Merah Jambu





  •  Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.

Bapa Singa,Ibu Harimau (Ligers)



Huang  Kuo-nan yang memiliki zoo persendirian yang diberi nama Ladang Pendidikan Raja Ular telah didenda AS$1,600 (RM5,094) kerana seekor harimau betina melahirkan tiga ekor anak hasil kacukan dengan singa tetapi seekor daripadanya telah mati.


Dia di denda kerana melanggar peraturan membiakkan hidupan liar tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.(link)



Kerana Cemburu Toreh Isteri

Cemburu melihat isteri berborak dengan sepupu lelaki,seorang buruh sanggup bertindak menoreh muka,bahu dan mulut wanita itu sehingga cedera parah.Mangsa beruasia 25 tahun terpaksa merangkak keluar untuk meminta bantuan jiran sebelum dikejarkan ke hospital.


Sepupu lelaki mangsa turut cedera ditoreh ketika cuba menyelamatkan mangsa.Semasa kejadian mangsa bersama sepupunya berbual-bual diruang tamu  sementara menanti kepulangan suaminya.Suspek yang tiba dirumah terus menegking mangsa sebelum kedapur mengambil pisau pemotong ikan dan kemudian menoreh mangsa.Suspek telah melarikan diri bila melihat mangsa dan sepupunya tidak bermaya.-harian metro



Kenali Sifat Lelaki Melalui Rambut



RAMBUT LURUS 
  • bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpontisi dalam bidang kesenian.

 RAMBUT KERINTING TEBAL
  • kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri.tidak suka termenung,

RAMBUT KERINTING NEGRO
  • bijak, ego, cemburu buta, romantik, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah.

RAMBUT IKAL MAYANG
  • bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

 RAMBUT HALUS/LEMBUT
  • bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

 RAMBUT SIKIT
  • bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

 RAMBUT PERANG
  • kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

 RAMBUT TEBAL
  •  bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

RAMBUT KUSUT



  •  sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.


RAMBUT BERUBAN



  • kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri


Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved