Rahsia hubungan mengikut struktur (urutan) kelahiran

on 12 Ogos 2010



Orang tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.


Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.


Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.


Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.


Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.


Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.


Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?


Kepercayaan sekadar satu panduan


Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.


Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:


Sulung dengan sulung



  • Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.



Sulung - Tengah



  • Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.



Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.


Sulung - Bongsu



  • Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.



Tengah - Tengah



  • Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.




  • Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.



Tengah - Bongsu



  • Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.



Bongsu - Bongsu



  • Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

Kenali Lelaki Melalui Hadiah Yang Anda Berikan



Lelaki ialah golongan yang sukar untuk diselami hati dan perasaannya. Sebenarnya lelaki boleh digolongkan dalam beberapa kumpulan antaranya lelaki manja, macho, aktif, romantik dan sensitif.


JIKA lelaki meminati barangan seperti patung, kad-kad muzikal berbaur cinta atau baju-T dan seluar, bermakna lelaki ini tergolong dalam lelaki yang manja.


 Bagi lelaki macho, mereka pula lebih menggemari hadiah daripada wanita yang berupa jaket kulit, tali pinggang kulit, topi keledar atau yang melibatkan motosikal berkuasa besar dan kereta sport.


Lelaki romantik pula akan menggemari hadiah berupa ungkapan I Love You, cakera padat lagu-lagu romantik, foto atau barangan yang melibatkan mesej dan makna simbolik.


Untuk lelaki sensitif pula, mereka ini lebih menyukai hadiah seperti buku, sajak atau diari agar mereka dapat menghabiskan masa bersendirian.


Akhir sekali, lelaki aktif yang menggemari hadiah berupa barangan seperti kasut, seluar dan baju sukan, topi, jam tangan atau pil vitamin.


Justeru, sebagai wanita, adalah penting untuk anda mengetahui jenis apakah kekasih anda. Hakikatnya, memang susah menjaga hati lelaki. Apatah lagi memikirkan apakah yang hadiah sesuai untuk lelaki kesayangan anda.



Disanjung kerana letak jawatan



Steven Slater seorang pramugara pesawat penerbangan JetBlue di sanjung sebagai 'hero' oleh puluhan ribu orang termasuk di laman Facebook kerana tindakannya mengumumkan meletak jawatan selepas dia berbalah dengan seorang penumpang.Slater mengambil sebotol bir dan turun dari pesawat menggunakan pintu kecemasan.


Dia membuat tindakan tersebut apabila seorang penumpang wanita yang marah melemparkan kata-kata kesat kepadanya dan beberapa orang lagi.Perempuan itu ditegur  mengambil beg di atas ruang simpanan atas kepalanya sebelum dia dibenarkan melakukannya kerana pesawat masih belum berhenti lagi.


Namun dia ditahan atas dakwaan menceroboh di landasan,tidak menghiraukan bahaya dan membuat kacau.(link)








'Perang Bantal' dalam kapalterbang

Sebahagian penumpang yang menaiki  pesawat Lufthansa ke Frankfrut,Jerman saling membaling bantal.Kejadian ini bermula apabila seorang pramugari membaling bantal kearah sekumpulan pelancong Peranchis yang kemudiannya menjadi 'perang bantal'.


Penumpang lain turut mengambil bahagian dengan membaling bantal kearah penumpang lain sambil gelak ketawa.'Perang' itu berakhir apabila pramugari itu beredar dan penumpang-penumpang itu bertepuk tangan.



Suami Pakai Buang



Dikikis selepas kahwin .Itulah nasib enam lelaki  yang menjadi mangsa penipuan dan peras ugut seorang wanita licik.Wanita yang berusia 25 tahun itu menggunakan taktik 'jerat ranjang' untuk memaksa mangsa mengahwininya dengan alasan dia hamil akibat perbuatan terlanjur mereka.

Wanita 'pisau cukur' ini telah berkahwin dengan enam lelaki dan melarikan wang lebih RM500,000.Kegiatannya terbongkar apabila suaminya yang terbaru menesan kegiatannya dan membawanya kebalai polis.Suspek dikenalinya melalui laman Facebook.-harian metro


Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved