Rahsia disebalik alamat e-mail

on 11 Ogos 2010



Boleh dikatakan setiap kita mempunyai e-mail.Bermacam-macam gaya alamat e-mail direka.Tahukah kita boleh menilai perwatakan seseorang melalui alamat e-mailnya.....


Gunakan Nama Penuh 



  • Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya abuzahrin_alias@yahoo.com .Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya.Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.



Nama Depan Dan Tengah 



  • Contoh: Amir Hamzah Abdullah. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai amirhamzah@yahoo.com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.



Nama Dan Tahun 



  • Contoh: FaraH2003@yahoo.com .Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.



Nama Samaran 



  • Ramai yg suka buat email begini..Contohnya crazy_girlz@yahoo.com .Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.



Nombor Dan Abjad 



  • Contoh: dai1208@yahoo.com. Nama diwakili dengan nombor +abjad sahaja.Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu “membuka” dirinya kepada seseorang .Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. 

Kenali Mereka Melalui T-Shirt Yang Di Pakai

Tahukah kamu bahawa lukisan pada baju T yang kamu pakai sehari-hari mengandungi pelbagai rahsia di sebaliknya? Pada kamu biasa atau untuk suka-suka. Tetapi bagi yang melihatnya, ia secara tidak langsung menterjemahkan imej atau peribadi sebenar kamu. Namun ini semua tidaklah seratus peratus betul. Kalau betul pun, anggaplah ia sebagai kebetulan sahaja.


Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan Unik 


Kamu gemar memakai baju T yang mengambarkan tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang, Kuala Terengganu. Ini menunjukkan kamu sukakan kegiatan pengembaraan yang adventure. Di samping itu kamu juga diterjemahkan mempunyai peribadi yang berani dan tegas. Bersesuaian dengan kegemaran yang suka mengembara, kamu memang tidak suka mendiami sesuatu tempat dalam masa yang lama. Kamu juga seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam.


Gambar Personaliti Yang Disanjungi Atau Kumpulan Rock


Sudah menjad perkara biasa bagi remaja memakai baju T dengan gambar personality atau artis popular sama ada dari dalam atau luar negara seperti Limp Bizkit,Nsync, XPDC dan sebagainya. Kamu digambarkan sebagai seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang tertentu sahaja. Kamu juga tidak pernah gentar atau peduli apa orang lain fikir mengenai kamu. Kalau kamu gemar memakai baju T dengan gambar heavymetal, kamu merupakan seorang yang nakal dan degil. Kamu megah dengan sikap demikian. Kalau kamu suka gambar kumpulan baru yang popular, ia menggambarkan kamu sukakan sesuatu yang baru. Lain pula kalau kamu suka gambar personaliti yang terkenal menunjukkan kamu seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.






Gambar Iklan


Ini menggambarkan kamu seorang yang mudah mesra dan peramah. Dalam kehidupan seharian pula, kamu seorang yang terlalu cerewet dan behati-hati terutama dalam soal kewangan dan perbelanjaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kamu seorang yang kedekut. Dalam soal berfesyen, kamu merupakan seorang yang simple dan tidak suka warna-warna kilat yang gemerlapan. Jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan kamu sebagai seorang yang ketinggalan zaman.


Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan


Seseorang yang memakai baju yang mengandungi logo atau lambing perniagaan, kamu dianggap seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain dalam pelbagai hal. Kamu juga sangat mementingkan status dan sangat pemilih terutama dalam memilih rakan untuk bergaul. Namun tertanam juga sifat positif iaitu kamu juga sebenarnya sangat berbudi bahasa dan suka tolong menolong, tetapi sesama lingkungan kamu sahaja.


Gambar Kolej Atau Universiti


Jika kamu seorang pelajar di kolej tersebut, menunjukkan kamu benar-benar menghargai kolej kamu. Sesuailah sekiranya kamu menjadi pelajar kolej tersebut kerana ia menandakan kamu seorang yang sangat menghargai ilmu pengetahuan. Kamu juga sangat menghargai status dan taraf sosial.




Lukisan Tangan


Kamu digambarkan sebagai tergolong dalam masyarakat yang sangat mementingkan rumah dan keluarga. Kamu juga seorang yang sangat artistik, peramah dan suka mendapat perhatian. Malah kamu mempunyai citarasa yang tinggi dan tidak suka berahsia.


Gambar Dengan Warna Neon


Kamu sebenarnya ingin menjadi tumpuan. Kamu mahu masyarakat di sekeliling sentiasa mengambil berat tentang diri kamu. Individu yang gemar memakai baju T seperti ini digambarkan seorang yang banyak bercakap, periang, popular dan sentiasa mahu menjadi tumpuan. Rakan-rakan sekeliling kamu juga begitu memerlukan kamu. Tapi berhati-hati. Jangan sampai ada yang cuba mengambil kesempatan dari kamu


Tertulis Dengan Kata-kata Jenama Atau Kartun


Kamu digambarkan sebagai seorang yang murah hati dan sentiasa bersedia menolong mereka yang amat memerlukan. Kamu tidak pandai menyimpan rahsia dan sering bersikap terbuka. Kamu juga sangat menggemari dunia hiburan, sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka mengkaji kehidupan yang penuh kegembiraan. Dari segi pergaulan, kamu senang diajak bergurau dan berjenaka. Tak mudah ambil hati atau merajuk.


Kemeja T Yang Ketat 


Jika kamu suka memakai kemeja T jenis ini, kamu digambarkan sebagai seorang yang sentiasa dahagakan pujian dari orang lain, seorang yang out-going dan sukakan kehidupan yang happy go lucky. Kamu jarang menunjukkan imej kamu yang sebenarnya. Walaupun demikian, dalam urusan kerja kamu lebih suka untuk melakukan dengan sempurna.




Kemeja T Kamu Longgar Dan Koyak


Kamu benci sikap hipokrit. Kamu seorang yang emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa pun. Apa yang dilihat itu yang sebenarnya mementingkan keselesaan dan kesejahteraan dalam hidup kamu.


Baju T Kosong


Jika kamu sukakan kemeja T kosong tanpa sebarang gambar hiasan atau berwarna lembut, ia menunjukkan kamu suka bersendiri dan berahsia. Apa sahaja rahsia yang kamu terima, hanya kamu sahaja yang mengetahuinya. Walaupun demikian, sikap kamu sangat terbuka dan sentiasa menerima teguran dari sesiapa sahaja. Kamu bersikap agak ketinggalan dan lebih suka memerap di rumah



Tulis apa saja bila anda stress

Salah satu cara untuk anda menangani stress adalah dengan menulis apa yang membuat anda stress di atas sehelai kertas putih.Tulis kesemuanya,sehingga sudah tidak ada satu pun yang tertinggal.Asal stress tulis,asal stress ,tulis.


Pastikan ketika anda menulis apa yang membuat anda stress,tak ada orang lain di sekeliling untuk mengelakkan mereka komplen perbuatan anda atau mentertawakan anda ketika menulis senarai perkara-perkara yang membuat anda stress.


Kita menulis samalah macam kita meluahkan apa yang ada difikiran kita.Tak payah cakap ,tulis saja.Asal kita menulis,macam kita meluahkan perasaan kepada seseorang.Sebab itulah mengapa ada orang yang suka menulis diari,jurnal ataupun blog peribadi.


Mereka jenis tidak suka meluah sesuatu secara berdepan tapi suka meluahkan secara diam-diam.Kadang-kadang mereka sudah tidak baca balik apa yang mereka tulis tu,terbiar begitu sahaja.Ada juga yang membaca tepai lebih lega jika tidak membaca.


Bagi yang stress cubalah menulis apa yang membuat anda stress agr segalanya boleh membuat anda tenang.Tekadkan dalam hati,niatkan supaya dengan cara itu anda boleh bersemangat balik.



HADIAH MALAM JUMAAT






Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke
Masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat
Awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ
Salih Duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi
ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.
Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur
masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil
berbual-bual sesama mereka.
Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur
memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengatn ahli-ahli kubur yang
lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah
kerana sedih.
Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam
yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang
gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa
talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam
kuburnya. Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si
pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.
Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam
kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya
untuk bertanyakan keadaannya. “Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau
terlalu sedih mengapa ?” tanya Salih Al Mazy. “Wahai Salih, adakah
engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?”
tanya pemuda itu. “Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam
itu?” tanya Al Mazy lagi.
Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi
hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati
yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan
doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari
Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.
Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah
berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk
anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang
mengingati si pemuda.
Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila
melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak
menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu
ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya.
Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya.
Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda
tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar
keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.
Kemudian ia berkata :”Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku.
Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum
susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur
ketika kecilnya.”
Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis
penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama
ini. “Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu.” kata Al maizy lalu bangun
meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si
ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya
lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. “Wahai Salih,
ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku
tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku
masih hidup.”
Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir
miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal.
Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya
oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy
Berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan
sebagaimana Biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan
bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya
kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai
pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira.
Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata : “Wahai tuan Salih,
aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. ”
“Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat.” katanya lagi. “Eh,
Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?” tanya Al Maizy. “Ya, Tahu.” “Apa
tandanya?”
“Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata “Selamat
selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat.” Salih Al Maizy
terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana
sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa
dari ibunya.


(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).


“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW)
Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu.
"Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya
ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (Surah Al-Ahzab:71) 



Gajah cerah diberi sambutan khas



Junta tentera Myanmar telah menganjurkan majlis sambutan besar-besaran untuk meraikan penemuan seekor gajah berwarna amat cerah.Gajah betina yang diberi nama Bhaddavati berusia 38 tahun ditangkap di hutan barat laut negara itu.




Gajah berkulit cerah setinggi 2.2 meter dianggap simbol kuasa raja dan kemakmuran.Mereka merinjis haiwan tersebut dengan air wangi dan diarak bersama gajah lain.Gajah ini akan ditempatkan di kaki Pagoda Uppastasanti.Gajah ini tidaklah berwarnaputih tapi kulitnya lebih cerah daripada gajah lain.(link)



Ditembak 21 kali tapi masih hidup



Angel Alvarez 23 tahun telah mencipta rekod dunia apabila dia masih hidup walaupun ditembak 21 kali dalam satu pertempuran dengan polis.Dia yang menjdai suspek pembunuhan ,ditembak di lengan,kaki,perut dan rahang tetapi dia masih boleh bercakap.Doktor menyatakan semua tembakan itu tidak mengenai organ-organ penting.


Semasa kejadian ramai orang menghadiri satu parti jalanan apabila dia menembak mati Luis Sato pesaingannya dalam merebut cinta.50 das tembakan dilepaskan dan 46 daripadanya di buat oleh pihak polis.(link)



Ibu biar anak berzina



Seorang ibu tergamak berkongsi dosa dengan anak kesayangannya apabila membiarkan pemuda itu bersekedudukan dengan teman wanita di rumahnya lebih tiga tahun sehingga menghasilkan empat zuriat haram.


Mereka memberi alasan tiada masa untuk menikah.Perbuatan ini terbongkar setelah pihak JAIS mendapat maklumat dan menyerbu  sebuah rumah di Serdang.-harian metro



Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved