Tembikai 20 kali ganda kecil daripada tembikai biasa

on 09 Ogos 2010



Tembikai yang bersaiz 20 kali ganda lebih kecil daripada biasa diperkenalkan di Britain.Spesies yang jarang ditemui itu dikenali sebagai tembikai Pepquino yang mempunyai panjang 3cm dan memiliki corak serta bentuk seperti tembikai biasa.




Pepquino berasal daripada tembikai liar yang ditemui oleh beberapa pengusaha produk makanan Belanda di Amerika Selatan yang membawanya pulang untuk dibiakkan di dalam rumah hijau.






Walaupun rupanya hampir sama dengan tembikai biasa tetapi rasanya ranggup dan segar seperti timun.



Kopi panas penyelamat

Hot Coffee Pictures, Images and Photos


Malang sungguh nasib pencuri ini. Dia pulang dengan tangan kosong dan luka di wajah. Ketikat dia mencuri di sebuah kedai, pengurus kedai yang datang awal pagi mendapati ada pencuri di kedainyai. Pengurus itu menyiramkan kopi panas ke wajah pencuri bertopeng itu.


Chris Hegnes, pengurus  Englund Marine and Industrial Supply, Crescent City, California, Amerika Syarikat, datang awal ketemapat kerjanya. Dia mendapati seorang lelaki yang mengacukan kayu itu ke arahnya lalu Hegnes menyiram secawan kopi ke wajah  pencuri bertopeng itu lalu melarikan diri.


Hegnes mengatakan, lelaki itu berjaya membongkar kotak menyimpan wang tetapi tidak berjaya melarikan wang tersebut.Namun pencuri itu telah merosakkan beberapa barang di kedainya. Kopi panas itu telah berjaya menghalau pencuri itu.(link)


Perserta Mati Dalam Sauna



Vladimir Lazyzhenskiy seorang lelaki Russia meninggal dunia dalam satu pertandingan akhir Kejuaraan Dunia Sauna selepas menghabiskan masa selama 6 minit dengan berpeluh dalam suhu 110 darjah celcius.Punca kematiannya sedang di siasat.




Seoarang lagi peserta Timo Kaukone telah dihantar kehospital untuk rawatan akibat melecur.Seramai 135 peserta dari 15 buah negara  telah memasuki pertandingan ini.








(link)

Poco-poco,raba-raba



Tarian poco-poco yang popular sebagai tarian senaman kini dieksplotasi pusat hiburan untuk menarik pengunjung . Penari wanita yang berpakaian seksi serta beraksi lucah menggalakkan pengunjung meraba dan menggomol mereka.Kumpulan penari itu dikatakan warga Indonesia.


Pusat hiburan itu telah diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor.Kumpulan itu diupah oleh pemilik hiburan untuk membuat persembahan setiap malam.-harian metro



KEJAP 8


Sabda Rasulullah Saw yang bermaksud :

"Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan 
keredhan Allah,
sedangkan dia mempelajarinya kerana
ingin mendapatkan habuan dunia,
dia tidak akan dapat mencium
bau syurga di akhirat kelak."
(HR Abu Daud)

Tips agar hubungan harmonis

:) Pictures, Images and Photos

Tips yang perlu agar hubungan harmonis adalah :


  • Komunikasi dengan pasangan harus terbina dengan baik,termasuk komunikasi seksual
  • Pengetahuan seksual harus cukup dan benar agar tidak jadi salah pengertian
  • Fungsi seksual harus berfungsi mantap,dalam kata lain misalnya suami tidak mengalami disfungsi ereksi
  • Jika jarak antara pasangan jauh ,siasati secara terperinci dengan banyak mengikuti kegiatan positif bagi fizikal dan mental serta sering mengdakan pertemuan secara teratur
  • Variasikan hubungan bercinta hanya dengan pasangan dengan cara mengeksplorasi berbagai gaya baru yang selaesa bagi keduanya

Ibadah Melatih Pengurusan Masa

Amal ibadah dalam rukun Islam menekankan kepentingan masa.Latihan-latihan yang terdapat di dalamnya mampu mendidik umatnya menguruskan masa dengan baik.Sebagai contoh : 


Melaksanakan solat fardu pada waktu yang ditetapkan adalah sebahagian daripada disiplin Islam yang wajib kita tunaikan.Solat dapat melatih seorang muslim menghargai dan mengurus masa dari segi menjaga ketetapan,tidak menangguh-nangguhkannya dan juga memanfaatkan masa beribadah itu sebaik mungkin dengan khusyuk hanya mengingati Allah dan meninggalkan urusan dunia.


Begitu jga dengan ibadah puasa yang mana puasa itu bermula dari masuknya waktu Subuh hingga masuknya waktu maghrib.Jika kita masih menjamah makanan setelah azan Subuh maka tidak sahlah puasa kita itu dan begitu juga jika kita berbuka seminit lebih awal dengan sengaja maka puasa kita dianggap batal.


Ibadah zakat dan haji juga mempunyai latihan yang berkaitan dengan pengurusan masa.Zakat wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan haulnya.Jesteru untuk mengeluarkan zakat,seseorang itu perlu prihatin dengan masa.Bagi perlaksana ibadah haji pula,ianya hanya sah dilakukan pada bulan dan masa tertentu sahaja.


Oleh itu semua ibadah ini melatih umat Islam menjadi golongan yang memandang penting pengurusan masa dalam kehidupan demi untuk mencapai kebahagian dunia dan akhirat.



Anda Ditahan ?Ketahui hak anda

Apabila anda di tahan dan mahu dibawa kebalai polis,apa yang anda mesti lakukan ketika itu?

PERTAMA- Hak untuk diberitahu sebab di tangkap.Orang yang ditangkap itu adahak asa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk di beritahu secepat yang boleh dalm bahasa yang biasa sebab musabab di tangkap.Kecualilah jika dia dapat di simpulkan daripada hal keadaan sekeliling atau jika dia menyukarkan pihak polis yang membuat tangkapan untuk menjelaskannya.Contohnya Ali di tangkap sedang menghisap dadah.Jadi hal disekelilingnya telah menyimpulkan sebab dia di tangkap. Di bawah Seksyen 28A Kanun Acara Jenayah yang baru,orang yang di tangkap tanpa waran hendaklah di beritahu seberapa kadar segera yng boleh mengenai alasan dia di tangkap oleh pegawai yng menangkap

KEDUA-Hak untuk menghubungi peguam.Perlembagaan Persekutuan juga memberikan orang yang di tangkap hak untuk berunding dan dibela oleh seorang peguam pilihannya sendiri.Tetapi hak untuk menghubungi peguamini boleh di nafikan jika polis berpendapat bahawa dengan membenarkan orang yang di tangkap menghubungi peguam sebelum penyiasatan selesai dijalankan akan;
  • mengganggu keterangan
  • menyedarkan orang yang di syaki yang belum di tangkap
  • menghalang usaha mendapatkan kembali harta curi
Bagaimanapun,selesai saja penyiasatan,orang yang di tahan itu mesti dibenarkan untuk berunding dengan peguamnya dalam tempoh masa yang munasabah . Hak orang yang di tangkap tanpa waran kini lebih terjamin apabila pegawai polis yang membuat tangkapan mesti memberitahu bahawa hak untuk menghubungi peguam ini wujud sebelum memulakan siasatan,.Atau .mencatakan apa -apa penyataandaripadabahawa dia boleh berhubung dan berunding dengan seorang pengamal undang-undang pilihannya sendiri.Sekiranya permohonan tersebut untuk mendapatkan peguam telah dibuat suspek,pegawai polis hendaklah membenarkan satu tempoh masa yang munasabah bagi peguam tersebut untuk datang dan berunding dengan suspek di tempat tahanannya.
Segalanya kemudahan yang berpatutan untuk urusan komunikasi dan rundingan hendahklah disediakan secara percuma.Bagaimanapun,kebenaran untuk berjumpa dengan peguam boleh dinafikan jika ada sebab untuk mempercayai: 
a.dengan membenarkan orang yang ditangkap berjumpa peguamnya akan mengakibatkan: 
i.rakan subahat orang yang ditangkap itu mengambil langkah untuk mengelak tangkapan atau;
ii.penyembunyian,  permalsuan atau permusuhan keterangan atau boleh menakutkan saksi .
b.demi keselamatan orang lain, langkah menyoal dan mencatatkan apa-apa kenyataan itu adalah terlalu penting sehingga ia tidak boleh ditangguhkan lagi .

KETIGA - suspek mempunyai hak ini sebelum polis mula menyoal untuk memberitahu mereka bahawa:
  • dia telah ditangkap
  • masa,tempat, dan sebab di tangkap
  • pengenalan pegawai polis yang menangkapnya
  • polis Pictures, Images and Photos
  • balai polis tempat dia di tahan
  • tempoh tahanannya
walaupun begitu,seekali lagi hak ini boleh dinafikan jika ada sebab-sebab di atas.

KEEMPAT-Hak untuk berdiam diri.Jika anda ditahan dan polis mahu anda menjawab soalan ,jika anda rasa jawapan anda itu menjerat diri anda sendiri dan soalan itu mempunyai kecenderungan untuk mendedahkan anda pada tuduhan jenayah,penalti,atau pelucut hak,jadi anda berhak untuk berdiam diri.Sekalipun percakapan atau soalan itu di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved