Salah Pak Mudhin

on 08 Ogos 2010

Letter with Picture Pictures, Images and Photos


Nenek Ani dirawat di hospital kerana penyakit asma.Menurut doktor penyakitnya semakin teruk dan perlu dipasangkan salur oksigen.Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma.


Kerana sakitnya semakin teruk anaknya telah memanggil seorang alim Pak Mudhin untuk r membacakan doa suapya penyakitnya sembuh.Sedang asyik membaca doa,tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas.Tangannya menggigil.


Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan pensel.Dengan sisa tenaga yang ada nenek Ani menulis sesuatu dan memberikan kertas itu kepada Pak Mudhin.Pak Mudhin terus membaca doa tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut di depan nenek Ani yang sedang nazak.Setelah beberapa minit nenek Ani pun meninggal dunia.


Pada hari ketujuh pemergian nenek Ani,Pak Mudhin dipanggil untuk datang kerumah nenek Ani untuk membaca surat wasiat dan doa tahlil.Selesai majlis,anak  nenek Ani menyuruh Pak Mudhin membaca surat yang dibrikan kepadanya oleh nenek Ani...


"Saudara-saudara sekalian,ini ada surat wasiat dari Almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sammpaikan yang saya pasti nasihat untuk anak cucunya semua,Mari kita sama-sama membaca suratnya."


Pak Mudhin membaca surat tersebut yang  berbunyi :


"MUDHIN JANGAN BERDIRI DISITU...JANGAN PIJAK SALURAN OKSIGEN AKU....!!!



TUGAS SEORANG LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya, kalau buat tak baik, dosanya ditanggung oleh suaminya.

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. 



Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang perlu ditanggungnya.Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.



Oh! Lembu



PART ONE..


Seorang pemuda miskin tinggal bersama lembu peninggalan arwah bapanya.Kehidupannya amat daif sehinngakan nak makan pun susah.Pada suatu hari dia mendapat idea macamana nak cari duit dengan jalan mudah.


Keesokan harinya dia pun membawa lembu kebandar..lalu dia menjerit....
"Sesiapa yang membuat lembu ini duduk aku bagi RM1 juta tetapi sesiapa gagal akan didenda RM 100!!!"


Ramai orang berpusu-pusu menyahut cabaran pemuda itu dari yang kecik sampailah ke panglima.Tetapi tidak seorang pun yang berjaya.Makin hari pendapatan pemuda semakin bertambah sehingga berjaya mengumpul duit sebanyak RM1 juta sehingga datang seorang pangliam yang gagah perkasa cuba menundukkan lembu itu.Disepak ,diterjang,ditumbuk ,ditarik tetapi lembu itu masih tak nak duduk.Kecewa sungguh panglima itu.
Lepas itu datang pula seorang budak nak mencuba nasib.Pemuda itu berkata "Panglima yang gagah pun tak boleh nak dudukkan lembu ini ,inikan pula kau..hahaha...!!"


Budak kecik pun pusing keliling lembu mencari sesuatu.Kemudian tiba-tiba lembu itupun terduduk dengan keempat-empat kaki terlipat.Terperanjat pemuda ,panglima dan orang ramai.Mereka merasa hairan kenapa budak kecik boleh mendudukkan lembu yang sebesar itu?.Pemuda itu bertanya "Macam mana lu buat...???!!!"


Budak itu menjawab "Lembu inikan lembu jantan,jadi saya jentiklah telurnya sampai dia senak.Tu yang buat lembu tu terduduk''.Dia berlalu pergi sambil membawa wang sebanyak satu juta....(nantikan sambungannya)



Patutkah cinta diuji?

Love gif Pictures, Images and Photos


Berhati-hati jika kita menguji kekasih anda sama ada  dia betul-betul cinta atau main-main.Cukup hanya sekali,jangan banyak kali...BAHAYA!


Mungkin kekasih anda akan 'fedup' atau boring kerana diuji.Sebelum anda menyesal nanti atau terjadi apa-apa permasalahan antara anda dan kekasih anda nanti.Berhati-hatilah jika mahu menguji kekasih anda.


Pada pandangan saya cinta itu tak perlu diuji.Rasakan sendiri atau fikirkan sendiri tahap cintanya kepada kita.Jika kita gembira kerana cinta maknanya cinta kita bahagia.


Tetapi jika termenung panjang,sugul atau kurang gembira maknanya cinta kita tak bahagia ,kemungkinannya cinta kita ada masalah kerana bergaduh atau salah faham.


Cinta bukan untuk diuji sejauh mana dan seteguh mana cinta dia kepada kita tetapi cinta sepatutunya dinikmati serta dijadikan satu batu lompatan untuk kita maju dalam hidup seperti kerjaya ,pelajaran atau perniagaan. Cinta yang paling agung ialah cinta hamba kepada penciptaNya iaitu Allah SWT.


Lima perkara aneh



"Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."


Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku  diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.


Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.


Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."


Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. 


Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."


Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."


Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar."


sumber : http://www.al-munir.edu.my/



Siapakah sita chubby?

Keywords yang tersesat kat blog aku ialah "sita chubby".Siapakah 'sita chubby'?Apakah kaitan 'sita chubby " dengan borak kosong???Apapun kadang-kadang keywords sesat ini boleh memperkenalkan blog kepada orang lain.



Ayah ajak masuk kelambu



"Ayah suruh saya masuk kelambu sebelum menarik tangan saya.Saya cuba melawan namun dimarahi serta akan dipukul jika bersuara,menyebabkan saya terpaksa berdiam." kata seorang anak yang dinodai oleh bapanya sendiri.Ayahnya kan merogolnya setelah mabuk minum air'setan'dirumah kawannya.Buakn setakat satu malah dua orang adik beradiknya juga menjadi mangsa.-harian metro


Begitulah apabila nafsu menguasai diri.Akal yang diberikan tuhan sudah menjadi tak berguna.Bila arak yang menjadi ibu segala kejahatan di minum maka hilanglah pertimbangan.Anak yang tak berdosa menjadi mangsa.Bagaimanakanh masa depan mereka nanti?



Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved