Terangsang tengok cucu 'merintih'

on 06 Ogos 2010



Atok 'setan' yang bersubahat dengan isterinya merogol cucu tirinya yang berumur 13 tahun telah berjaya di tangkap selepas 36 jam laporan polis dibuat.Taniah kepada pihak polis atas tertangkapnya Atok 'setan' itu.


Dia mengaku telah merogol cucunya itu dan yang lebih mengejutkan dia dengan selamba mengaku nafsunya lebih terangsang ketika mendengar 'rintihan' cucunya itu.


Dia  dan isterinya yang berusia 40-an ditangkap ketika menikmati makanan di sebuah kedai.Mereka kelihatan 'selamba' ketika ditahan dan mengaku merogol cucunya ketika disoal siasat.-harian metro



Otak Kunci Kenikmatan Suami Isteri



Banyak orang tertanya-tanya kenapa kehidupan seks tiap-tiap pasangan berbeza.Ada pasanagan yang kehidupan seksnya selalu hangat,ada juga yang membosankan.
Dr.Daniel Amen,doktor pakar saraf di Newport Beach California,Ameriak Syarikat menjelaskan bahawa rahsia dari hubungan seks yang menyenangkan adalah otak.


Otak yang sihat adalah kunci utama kehidupan seks seseorang.Otak juga menentukan,apakah seks tersebut berkembang menjadi hubungan yang nikmat atau sebaliknya.


Menurut Doktor Amen lagi,seks yang luarbiasa bukan hanya merupakan fenomena sesaat,melainkan sebuah gaya hidup.Layaknya sebuah gaya hidup,dalam seks juga perlu pemikiran matang,bukan hanya sekadar pelampisan nafsu belaka.


Otak yang berfungsi secara baik dapat membantu seseorang untuk menyayangi,berkomitmen,bersikap romantis dan menjadi penyayang.Dengan berfungsinya otak,secara automatik memberi pengaruh yang baik pada kehidupan seks dengan pasangan.


Kerosakan atau disfungsi otak akan menyebabkan gangguan perilaku seperti ketidaksetiaan,kecemasan dan gangguan keperibadian.Seseorang yang terganggu keperibadiannya dan perilaku,tidak akan dapat menjalin sebuah hubungan yang baik dengan pasangannya termasuk hubungan seks.



Video Betina Kejam (pijak kucing sampai mati)

Maaf tajuk agak kasar sikit tapi lihat video ini betapa kejamya wanita ini ,membunuh kucing tanpa ada rasa peri kemanusian.Cuba dengar suara kucing ini seolah-olah merayu tidak diperlakukan sedemikian......







Menjejaki nafsu curang



CURANG merupakan kata 'haram' bagi pasangan berkahwin.Namun kadang -kadang perkara ini tidak dapat dihindari,banyak dilakukan suami atau isteri dengan berbagai alasan.
Jangan disangka curang lebih banyak dilakukan oleh kaum adam kerana wanita tak kurang banyaknya yang suak berlaku curang,mulai tahap ringan hingga ke tahap berat yang boleh mengancam perkahwinan.


Ada beberapa penyebab yang membuat seseorang itu curang ke tahap yang berat sehingga menjurus kepada hubungan seksual :



  • Tidak mendapat kepuasan dari pasangan yang sah
  • Tidak mendapat apa yang diinginkan dari pasangan berkaitan aktiviti seksual
  • Merasa kesepian kerana pasangan selalu tiada dirumah 
  • Bosan atau jemu dengan pasangan
  • Ingin mencuba dengan lain variasi
Agar tidak menjadi perselingkuhan ,hindarilah perkara yang diatas.Selain itu kehidupan bercinta jiga hendaklah terus dipupuk dan dibina agar keharmonian suami isteri berkekalan.



KASI DAN KAHWIN



Dari Sa'ad bin Abi Waqas r.a katanya : "Rasulullah SAW pernah melarang 'Usman bin Mazh'un untuk membujang selamanya kerana semata-mata hendak melakukan ibadah kepada Allah.Andaikan Rasulullah SAW mengizinkan tentunya kami sudah mengebiri ( mengkasikan) diri kami." (HR Muslim)


HURAIAN :


Dewasa ini banyak sekali timbul gaya hidup baru yang tidak Islamik.Antaranya ialah mengelak daripada berkahwin hingga mendapat gelaran andartu (bagi wanita) dan bujang terlajak (bagi lelaki).Tetapi jika diteliti sebenarnya banyak  faktor  yang membuatkan seseorang itu terperangkap dalam situasi begini.Masing -masing mempunyai alasan yang tersendiri mengapa mereka tidak berkahwin.


Katanya "Mahu kahwin tapi tiada jodoh" atau " Mahu kahwin tetapi tidak mampu kerana hantaran mahal " atau juga " Mahu kahwin tetapi bimbang akan didera atau dianiaya.". Inilah merupakan jawapan yang dikemukakan apabila isu ini ditimbulkan kepada mereka yang berkenaan.


Hakikatnya masyarakat sekarang ada yang menganggap perkahwinan itu adalah semata-mata untuk tujuan seks semata.Jesteru itu ada yang memilih jalan yang salah untuk melepaskan nafsu syahwat tanpa memilih jalan perkahwinan yang halal.Akibatnya timbullah pelbagai penyakit sosial seperti zina,lesbian dan homoseks yang menghalalkan seks secara bebas.


Bukan sahaja golongan dewasa yang terlibat malahan anak remaja hingga lahirnya gelaran bohsia dan bohjan.Kemunculan bahan-bahan lucah disana sini pula semakin membiakkan lagi virus ini yang ternyata amat menggerunkan.Apa nak jadi dengan keadaan masyarakat sekarang?


Pada zaman Rasulullah perkahwinan mahu dielakkan kerana bimbang akan menjejaskan masa untuk beramal ibadah hingga timbul keinginan untuk mengkasikan diri sendiri agar nafsu syahwat dapat dikekang selamanya.Namun hal ini dilarang dan sebaliknya Rasulullah SAW telah memberikan berbagai panduan supaya umatnya terhindar daripada perangkap nafsu yang menjadi senjata utama syaitan dalam merosakkan manusia.


Jesteru sama ada berkahwin atau tidak,apa yang penting ialah kehidupan ini harus berjalan selari dengan kehendak syariat kerana kebahagian yang sebenar bukan bertunjangkan nafsu tetapi keimanan yang jitu.


sumber : JAKIM



Bagaimana cicak melekat pada dinding?



Kemampuan cicak melekat pada dinding bukanlah disebabkan oleh bahan kimia tetapi sebenarnya ia disokong faktor geometri.Penemuan para saintis mendapati kaki cicak memainkan peranan besar dalam memastikan haiwan tersebut mampu melekat pada dinding atau siling bangunan.


Ia disebabkan oleh helaian bulu-bulu halus pada tapak kaki cicak berfungsi untuk menghasilkan kuasa tarikan diantara molekul-molekul.Di bahagian tapak kaki cicak terdapat berjuta-juta mikroskopik helaian bulu yang lebih halus daripada rambut manusia.


Setiap bulu pula terbahagi kepada 1000 bahagian kecil dimana ia hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop elektron.Bentuk helaian rambut nipis itu turut memainkan peranan penting dalam menetukan kemampuan cicak untuk memanjat dinding dan bergayut di siling.


Cicak akan menggunakan tumit untuk melekat dan mencengkam kakinya pada dinding.



Ibu tikam tiga anak



Seorang ibu Theresa Riggi 46 tahun dipercayai menikam ketiga -tiga anaknya sebelum terjun dari beranda sebuah rumah teres setinghgi 40 kaki di Edinburgh.

Ketiga -tiga anaknya dipercayai dilarikan daripada kediaman mereka di timur laut Aberdeen.Anak-anaknya dikatakan menjadi pereputan penjagaan hak memelihara mereka oleh kedua ibubapanya.
Theresa dikatan bertindak membuka paip gas dan bau gas itu di hidu oleh tetangganya yang kemudian menghubungi pihak terbabit.

Anggota bomba itu menjumpai mayat tiga beradik itu berlumur darah dilantai ruang tamu dan ibunya pula pengsan serta cedera parah dan dirawat di Hospital Di Raja Edinburgh.Ibunya akan di soal siasat jika sudah pulih nanti.(link)







Motosikal Polis Selaju Porsche



Polis Britain kini sedang menguji sebuah motosikal berkuasa tinggi beroda tiga yang boleh memecut 96 kilometer sejam dalam masa 4.5 saat.Pecutan ini menyamai kereta Porsche Carrera.


Motosikal Can-Am Spyder Roadster berupaya dipandu pada kelajuan mencecah 201 kilometer sejam itu kini dalam tempoh percubaan oleh polis trafik di Sussex selama sebulan.






Harga sebuah motosikal itu 20,939 paun (RM104,842) sebuah dan dikatakan lebih selamat daripada motosikal biasa.Idea asas untuk motosikal ini diambil daripada mesin pemotong rumput.(link)



'Bas Kangkang' di China



Sebuah firma kejuruteraan China,Shenzhen Huashi Future Parking Equipment memperkenalkan 'bas kangkang' yang membolehkan kenderaan lain melalui bahagian dibawah penumpang sekaligus mengatasi kesesakan jalanraya akibat bas.


Bas berkuasa solar di kenali sebagai 3D Express Coach dengan ketinggian 4.6 meter dan mampu bergerak sehingga 60 kilometer sejam serta mampu menampung kapasiti muatan 1400 penumpang.


Harga sebuah bas yang lengkap dengan sistem laluan khas dianggarkan 500 juta yuan (RM234JUTA).(link)



Cat Girl

Li Xiaoyuan berusia 7 tahun pada tahun ini. Kanak-kanak perempuan ini mengalami satu penyakit yang sangat ganjil .


Semasa kelahirannya, Li mempunyai tanda lahir kecil di belakangnya. Kisah penyakitnya bermula apabila bulu tumbuh pada tompok tanda lahirnya itu. (seperti tahi lalat yang tumbuh bulu)


Namun bulu-bulu ini merebak dengan pantasnya sehingga meliputi bahagian belakangnya malah turut merebak ke bahagian tangan dan juga muka.


Doktor tidak dapat mengenal pasti apakah jenis penyakit yang dihidapi oleh Li dan masih mengatakan itu hanyalah tanda lahir.






Walaupun apa yang dialami oleh Li ini tidak memberi kesan kepada kesihatannya, tetapi cukup mengganggu emosinya apabila kanak-kanak sebaya dengan mulai takut untuk bermain bersamanya dan menggelarkan Li sebagai “Cat Girl”.


Kini agak terlambat untuk doktor merawati penyakit yang dialami oleh Li. Menurut doktor jika penyakit ini masih kecil ia boleh di rawat dengan rawatan laser tetapi dengan keadaan sekarang hanya pembedahan jalan penyelesaian tetapi risikonya Li mungkin akan mengalami pendarahan yang teruk.(link)



Gadis Avatar



Wu Xiaoyan,22 menderita menghidap penyakit Fibrous Dysplasia. Penyakit ketumbuhan pada mukanya ini telah meliputi 2/3 dari keseluruhan wajahnya.


Disebabkan ketumbuhan yang besar ini wajahnya membengkak dan seakan-akan dengan watak dalam filem avatar. Jadi tidak hairanlah Wu lebih popular dengan panggilan “Avatar Girl”.






Ketumbuhan pada mukanya ini juga membuatkan Wu tidak dapat melihat dengan jelas dan deria hidu juga tidak dapat berfungsi dengan baik.


Tiada jalan lain untuk menyelamatkan Wu selain dari pembedahan. Pembedahan ini memerlukan kos 20,000paun


Ibubapanya yang hanya bekerja sebagai petani pastinya tidak mampu untuk menanggung kos untuk pembedahan ini.Orang ramai yang simpati kepada Wu telah menyumbang agar dia dapat  menjalani pembedahan .





Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved