Lagu ini buat aku menangis...

on 05 Ogos 2010

Inilah lagu yang  membuat aku menangis apabila pertama aku mendengarnya.Lagu nyanyian Opick,lirik juga olehnya,Apabila mendengar lagu ini aku terasa betapa kerdilnya aku disisi Allah SWT. Adakah taubat aku diterima?Yang pasti Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Dia juga Maha Pengampun dan akan menerima taubat hambanya yang benar-benar ingin bertaubat. 






                              Ini lirik lagu ini cuba kita hayati lagu ini


wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

Ya robbi, ijinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

berilkanlah aku
kesempaatn waktu
aku ingin kembali
kembali…

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku…



Agama Islam dipersenda....

Video ini mungkin sudah lama.Mungkin juga sudah ada yang mengetahuinya tetapi apakah respon kita sebagai umat Islam yang agamanya dipersenda?Apa  pula tindakan pihak yang berwajib terhadap mereka yang terang-terang menghina agama Islam kita ini ?


Adakah kerana perbuatan kita yang terang -terang mempersendakan agama sendiri menyebabkan mereka berani berbuat demikian?Mungkin juga kerana umat Islam sendiri semakin jauh dan tak memperdulikan agamanya membuatkan mereka tidak takut untuk menghina agama Islam kita ini.Agamanya Islam tapi pakaiannya???Agamanya Islam tapi kelakuannya???Agamanya Islam tapi pegangannya???Patutkah kita salahkan mereka???










       video ini diperolehi daripada fb saya yang dihantar oeh seorang kenalan......

Minah Saleh dah pandai goyang Keong Racun....

Keong racun yang heboh diperkatakan kini telah menular dan minah saleh pun dah pandai goyang.Inilah dia penangan dangdut.Bukan yang setakat orang muda,malahan yang yang tua pun boleh tenggelam imannya melihat goyangnya.Takkan sampai ada kelab dangdut yang boleh sampai menyebabkan suami isteri bercerai berai kerana penangan goyangan minah dangdut..sampai tak ingat anak bini kat rumah.....Cuba lihat video dibawah.....





Rasulullah SAW dengan sebiji limau.



"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.


 Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. 


Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


sumber : http://www.al-munir.edu.my/

Tujuh Perkara Ganjil

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." 


" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut. 


Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain," 


Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi. 


" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya." 


" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut. 


" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi. 


" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." 


Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..


p/s sebagai panduan untuk kita yang masih hidup...


sumber : http://www.al-munir.edu.my/

Cicak RM30,000

Laporan Harian Metro menyatakan segelintir penduduk kampung di daerah Pendang Kedah sedang sibuk mencari sejenis haiwan daripada spesis cicak yang dikenali sebagai cicak gekko-gecko @'pok-ke' panggilan kerana bunyi seakan-akan namanya.


Cicak ini dikatakan boleh dijual dengan harga RM30,00 untuk dijadikan ubat tradisional.Spesis dikatakan sukar dijumpai,namun ada seorang penduduk yang telah berjaya menangkap dan menyimpannya.-harian metro



Nenek subahat dengan suami setan rogol cucu

Seorang nenek sanggup merahsiakan perbuatan suaminya yang sering 'meratah' tubuh cucunya yang berusia 13 tahun setiap kali mangsa pulang dari asrama pada hujung minggu. 


Kejadian ini berlaku sejak 5 tahun lalu dan nenek itu bersama suaminya telah melarikan diri setelah perbuatannya terbongkar setelah ibu mangsa membuat laporan polis.


Rahsia ini terbongkar apabila ibu mangsa hairan kenapa mangsa enggan pulang kerumah datiknya lagi dan setelah didesak barulah mangsamenceritakan perkara yang sebenar.Datuk itu ialah datuk tiri kepada si mangsa.-harian metro



Kriteria Lelaki Soleh



Islam menggariskan ketetapan yang jelas kepada golongan lelaki untuk mengejar tahap soleh dalam kehidupan mereka.Kriteria lelaki soleh harapan agama,dambaan wanita :

  • Sentiasa taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW
  • Jihad fisabillillah adalah matlamat dan program hidupnya
  • Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi
  • Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran Allah
  • Ikhlas dalam beramal
  • Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya
  • Sangat takut kepada ujian Allah
  • Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya
  • Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya
  • Solat malam menjadi kebiasaannya
  • Tawakal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah
  • Selalu berinfaq sama ada dalam keadaan lapang mahupun sempit
  • Menerap nilai kasih sayang sesama mukmin dan menjaga ukhwah di antara mereka
  • Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya
  • Sngat kuat memegang amanah ,janji dan kerahsiaan
  • Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia.sentiasa saling ingat mengingati sesama ikhwan dan tawadduk kepada Allah
  • Kasih sayang dan penuh perhatian kepada keluarga
sumber : iluv Islam



Wanita Berkaki Empat



JosephineMyrtle Corbin lahir di Pygus,Lincoln Country,Tennesee Amerika Syarikat sekitar tahun 1868.Dia mempunyai empat kaki dimana dua daripadanya pendek sedikit dari kaki asal.


Kedua-dua kaki kecilnya terletak di baghagian punggung belakang.Untuk bergerak dia terpaksa mengikat kedua belah kaki yang melekat dipunggungnya ke belakang.


Masanya banyak dihabiskan dirumah besama keluarganya yang mempunyai kehidupan mewah.Dia berkahwin dan dikurniakan lima orang anak. Tidak seorang anaknya yang mengalami nasib sepertinya.



Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved