Pemuda Dua Alat Kelamin

on 04 Ogos 2010



Keunikan Baptista do Santos atau Jean @Juan pelik kerana mempunyai sebelah kaki di punggungnya dan dua alat kelamin.Kedua-dua alat kelaminnya berfungsi manakala kaki pula tidak aktif.Untuk bergerak,dia terpaksa mengikat kaki ketiganya di pinggang ke belakang bagi memudahkan pergerakannya.Dia merupakan lelaki pertama yang memilki dua alat kelamin.


Dia dilahirkan di sebuah kampung pendalaman di Faro,Portugal sekitar tahun 1843.Walaupun dianggap cacat,Jean mempunyai seorang isteri dan dua orang anak yang normal.


Dia menyara keluarganya melalui hasil pertunjukkan sarkas dengan mendapat bayaran yang lumayan.Keunikkan fizikalnya menjadi tarikan penonton.Dia juga ditawar mengadakan persembahan selama 2 tahun dengan sebuah sarkas di Peranchis.Di situ namanya menjadi masyhur.


Walaupun tidak menunjukkan kedua-dua alat kelaminnya di pentas,reaksi dan gaya lucunya berjaya memukau ramai penonton.





Muhasabah Diri Di Pagi Ramadan

Alhamdulillah Pictures, Images and Photos


x
Antara yang boleh kita lakukan untuk muhasabah diri di pagi Ramadan ialah...


SOLAT SUNAT SUBUH DAN FARDU SUBUH

  • kemudian wirid biasa serta doa sesudah
ZIKIR


  • La Ilahaillallah (sebanyak-banyaknya)
  • Allahu Akbar (100 kali sebelum matahari terbit)
TASBIH


  • 100 kali dikurniakan sepuluh ribu kebajikan,dihapuskan sepuluh ribu kejahatan,diangkat sepuluh ribu darjat
SELAWAT


  • Sekurang-kurangnya 10 atau 100kali
SOLAT SUNAT


  • Solat sunat Isyraq
  • Solat sunat Dhuha
  • Solat sunat Tasbih
MEMBACA AL-QURAN


MEMBACA DOA TAUBAT 'AKASYAH
(memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)


sumber : iluv Islam



pooodaah....



Menyakiti  hati orang lain memang mudah dan berkata maaf juga sangat senang.Kerana kedua -dua boleh di ucap dengan lidah.Tidak pernah mengambil kira soal perasaan dan maruah orang yang telah dicalarkan dengan kata-kata atau tulisan yang sangat pedas sehingga menghiris kalbu.


Sesudah ucapan maaf perkara yang sama akan berulang lagi.Apa makna ikatan kasih sayang jika sering dicalarkan dengan perbuatan yang menyakitkan hati.


Mengaku engkaulah sahabat baik aku tetapi sering kali dilakukan seperti tidak bererti lansung ikatan itu.Inikah yang dikatakan sahabat?Sahabat sejati...pooodaah.



Rahsia di sebalik warna pakaian

Tahukah warna pakaian yang sering di pakai mampu mewakili diri sendiri dan menunjukkan siapakah kita sebenarnya.Mungkin kita sering memilih warna pakaian yang sama tanpa disedari sehingga warna itu mampu menjadi penunjuk keperibadian kita!


MERAH-Bersemangat,bercita-cita tinggi dan bertenaga


MERAH MUDA (PINK)-Hangat,romantik,mudah simpati dan mudah memahami


KUNING-Aktif dan bijak berkomunikasi


HIJAU-Berhati-hati dan sensitif


BIRU MUDA-Kreatif,berfikiran tajam dan penuh imaginasi


BIRU TUA-Cergas,bertanggungjawab dan bijak membuat keputusan


UNGU-Peka dan selalu ingin mendapatkan yang terbaik


COKLAT-Jujur dan bersifat pencinta alam


HITAM-Memiliki kemahuan yang kuat,bersifat lebih terbuka dan berdisiplin


PUTIH-Penuh perhatian dan sukakan kedamaian


sumber : iluv Islam



Gertak Ustaz Guna Cangkul



Seorang bekas pelajar tahfiz yang berusia 15 tahun mengamuk dan mengacukan cangkul kepada seorang ustaz selain mengugut untuk membelasahnya di sebuah sekolah pondok di Kampung Kemesah.Pelajar yang mempunyai masalah disiplin ini telah berhenti.Dia juga dikatakan enggan mengikut peraturan sekolah yang sudah ditetapkan.


Dia juga cuba menghasut pelajar lain supaya berhenti daripada meneruskan pengajian dengan mendakwa semua tenaga pengajar tidak pandai menguruskan mereka.Dia juga cuba menakbur fitnah dan menghasut seorang bapa kepada pelajar lain yang kebetulan berada di sekolah itu.


Dendam dengan ustaz yang didakwanya sering mengadu kepada pihak atasan menjadi punca pelajar itu bertindak demikian.-harian metro



Kebas Duit Isteri Yang Sedang Koma

Bagai jatuh ditimpa tangga.Begitulah nasib kakitangan Pejabat Pos yang berusia 30 tahun yang bukan saja terlantar tapi diabaikan suaminya.Lebih menyedihkan lagi duit gajinya yang diperlukan untuk menampung kos perubatan turut dikiks suaminya.Wanita yang terlantar lebih setahun ini tidak pernah dijenguk oleh suaminya.-harian metro



Wanita Gergasi



Mary Ann Webster dilahir di pinggir kota London.Sepanjang remaja dia aktif serta riang dan berkecimpung dalam kegiatan sosial.Dia mempunyai tujuh orang adik -beradik.






Bagaimanapun ketika berusia 24 tahun dia menghidapi sindrom acromegaly iaitu pembesaran akibat pertumbuhan genetik menyebabkan anggota badan terutama mukanya membesar dan lonjong seperti gergasi.Dia juga kerap menghadapi gangguan kesihatan seperti sakit kepala,penglihatan kabur,sakit sendi dan otot.






Dia juga sempat berkahwin dan mempunyai empat orang anak sebelum terkena sindrom ini.Semasa mudanya dia menjadi jururawat dan terpaksa menyara anaknya selepas kematian suaminya.Dia meninggal dunia selepas 15 tahun kematian suaminya.





Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved