Daging manusia punca rezeki

on 03 Ogos 2010



Kris Valderama 31 tahun ditahan oleh sepasukan polis wilayah Luzon kerana menggunakan organ-organ manusia untuk hidangan di gerai makanannya.Polis telah lama mengesyaki kegiatannya namun tiada bukti untuk mendakwanya.




Kegiatan mula terbongkar apabila dia memanggil kenalan barunya untuk menjamu selera dirumahnya.Ini merupakan satu cara dia mencari mangsa terbarunya.Seorang kenalan barunya telah membuka peti sejuk yang tersembunyi didalam bilik untuk mengambil air batu dan dia terkejut mendapati banyak daging beku yang menyerupai daging manusia.Rakannya tadi percaya mereka telah dihidangkan makanan daging manusia.






Rakannya tadi yang takut menjadi mangsa seterusnya telah melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
Hidangan lauk dikedainya juga mendapat sambutan daripada masyarakat kampung.Ramai penduduk kampung yang hilang dipercayai menjadi mangsa bunuh termasuk suaminya sendiri.Dia akan membunuh sesiapa sahaja yang mengetahui kegiatannya.






Polis yang menggeledah rumahnya terkejut mendapati banyak organ manusia dan hasil siasatan juga menjumpai sebuah lubang kubur serta menjumpai kepala dan tulang manusia.Polis percaya wanita ini menghadapi masalah mental.



Bayi lubang hidung di dahi



Sepasang suami isteri Roby Sugara (30) dan Noor Hasinah (27), dari, Kalimantan Selatan,mempunyai seorang anak yang berusia dua bulan yang mempunyai kelainan. 


Anak mereka Ahmad Fauzan Azimi memiliki lubang hidung terpisah. Satu lubang sebelah kiri berada di tempat normal, sementara lubang hidung sebelah kanan berada di dahi dan lubangnya menghadap ke atas. Kedua matanya juga sedikit tertutup dengan kulit sehingga hampir tertutup..


Bayi yang ketika lahirnya seberat 3.4 kilogram ini pun perlu dibedah untuk kelihatan normal dan kos pembedahannya amat tinggi.Ibunya mengatakan tiada kejadian aneh ketika mengandungkan bayi ini.


Bayi ini juga normal seperti bayi yang biasa.Dia juga bernafas seperti biasa dan pakar menyatakan kejdian ini berlaku kemungkinan daripada genetik atau kekurangan makanan berkhasiat ketika ibunya mengandung.

Kedua ibubapanya berharap kepada dermawan yang sudi menderma untuk menampung kos rawatan pembedahan yang sangat tinggi itu.-kompas online











Muntah-muntah

Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandingan iaitu menahan bau didalam sebuah bilik kecil yang di dalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.


Perserta pertama dari Amerika Syarikat.....
Baru tiga minit dia sudah keluar muntah-muntah.


Peserta kedua dari Jepun....
Baru 10 minit dia sudah pengsan.


Peserta ketiga dari Afrika....
Yang ni lama sikit ,30 minit dia pun keluar dan muntah-muntah.


Peserta yang terakhir dari Bangladesh....( handsome )..
Baru satu minit dia masuk...10 ekor kambing itu keluar dan muntah-muntah.


p/s untuk buat lawak sahaja.Tiada kena mengena dengan sesiapa.







Tangkap 4 juta nyamuk dalam sebulan

Seorang wanita Taiwan mencipta rekod dunia sebagai penangkap nyamuk yang paling banyak iaitu empat juta nyamuk dalam masa sebulan.Wanita itu di berikan hadiah berupa wang tunai sebanyak 1.900 poundsterling.

Huang Yuyen, dari daerah Yunlin di Taiwan Selatan, mengalahkan 72 pesaingnya dalam pertandingan menangkap nyamuk yang dianjurkan Imbictus International, perusahaan pembuat perangkap serangga.  Jumlah berat nyamuk yang ditangkap seberat 1.5 kilogram. Jumlah yang dicapai Huang itu lebih dua kali ganda daripada yang berhasil ditangkap oleh pesaingnya.

Imbictus International telah mengusulkan kepada Guinness World Records untuk meminta agar  Huang diakui sebagai pemegang rekod dunia. (link)






Budak dapat duit RM749,903 dalam 30 minit


Kieron Williamson yang baru berumur 7 tahun mendapat R749,903 dalm tempoh 30 minit dengan hanya menjual lukisannya.Jualan lukisannya telah menarik ramai pembeli sejauh Arizona,New York dan Afrika Selatan.Ada juga pembeli yang membida lukisannya melalui telefon.



Ketika berumur 6 tahun dia telah mengadakan pameran lukisannya yang pertama dan berjaya mejual 19 keping lukisan dengan hasil jualan sebanyak RM70,007.
Pakar lukisan mengatakan Kieron mempunyai bakat  untuk mencampurkan warna semasa melukis.(link)




Perkosa Isteri Rakan



Seorang sahabat sanggup memperkosa isteri rakan sendiri dan turut membelasah mangsa kerana enggan melayan nafsunya.Wanita yang berusia 29 tahun itu terpaksa mengalah kerana suspek mengeluarkan sebilah pisau dan mengugut untuk membunuh mangsa jika kehendaknya tidak dipenuhi.


Kejadian itu berlaku apabila suspek diminta oleh rakan menjemput isterinya itu pulang bekerja kerana dia tidak dapat menjemput.Suspek menjemput mangsa dengan sebuah kereta dan membawa suspek kerumahnya dengan alasan mahu mengambil barang yang tertinggal.Sampai dirumah ibubapa susupek tiada dirumah dan menyuruh mangsa melayan nafsu serakahnya.-harian metro



Jin Urdu lapar



Hari ini muka depan harian metro memaparkan kisah sebuah sekolah terpaksa ditutup kerana pelajar dan gurunya dirasuk.Antara yang dirasuk ialah seorang pelajar bernama Atikah Abdullah berumur 15 tahun.Dia yang tiba-tiba menggelupur dan menjerit dalam bahasa Urdu meminta buah limau,epal hijau dan colok .Beliau di rasuk dirumahnya dan dipercayai berpunca daripada kekecohan di sekolahnya dimana 11 pelajar serta seorang guru diserang histeria.Kejadian disekolah itu berlaku ketika murid-murid menghadirkan diri di perhimpunan sekolah dan Atikah tiba-tiba menjerit kemudian di ikuti oleh pelajar lain.-harian metro



Remaja dipasung jenama




Kalau kita berjalan di  kompleks membeli-belah atau kita singgah di Starbucks atau Coffee Bean,cuba kita lihat sekeliling, kita akan lihat golongan remaja yang rata-rata begitu bergaya baik dari segi pakaian,beg tangan sehingga kepada telefon tangan kebanyakkan daripada barangan berjenama.


Pernah kita terfikir dari mana mereka memperolehi duit  untuk membeli barangan itu?Kerana ada diantara mereka yang masih bersekolah atau menuntut di pusat pengajian tinggi.Tidak menghairankan jika mereka datang daripada keluarga yang berada atau anak orang kaya.


Cuma jika mereka daripada keluarga yang kurang berada tetapi masih mampu bergaya hebat dengan barangan berjenama dan hal ini amat meragukan kita.Kini sesiapa yang ada duit boleh membeli barangan berjenama ,tidak seperti dahulu barangan berjenama dikaitkan dengan status seseorang.


Maka tidak hairanlah bagi mereka yang kurang berada masih dapat bergaya mewah termasuklah golongan remaja yang rata-ratanya masih bergantung kepada wang saku ibu bapa.Ada juga yang menyalahgunakan biasiswa atau pinjaman pelajaran untuk bergaya.


Cita rasa remaja hari ini sudah berubah.Cita rasa mereka bukan setakat barangan berjenama sahaja tetapi dari segi makanan dan makanan juga.Star Bucks,Coffee Bean ,mahupun kopitiam menjadi pilihan untuk bersantai.


Barangan berjenama memainkan peranan begitu penting dalam mencorakkan kehidupan remaja terutama dari segi perbelanjaan.Kadang -kadang topik mengenai barangan berjenama menjadi bualan ketika 'lepak'.



Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved