Pada suatu petang Ani yang berumur lima tahun sedang berehat di bawah pokok rambuatan bersama dengan datuknya sambil menikmati buah rambutan yang baru dipetik mereka. Dilihatnya begitu payah untuk datuknya memakan buah rambutan itu kerana giginya hanya tinggal dua batangsahaja. Lalu Ani pun bertanya kepada atoknya
Ani : Atok kenapa gigi atok tinggal dua batang saja? Atok: Ani atok kan dah tua jadi orang tua semakin lama semakin sikit je gigi dia. Ani : Ooo macamtu ke. Jadi kalau orang yang tiada gigi kira lebih tua dari atok ye Atok: kiranya macam tu la. Kenapa Ani tanya atok macam tu? Ani : Saje je,tapi atok Ani rasa kan kalau macam itu adik Ani lebih tua la dari atok. Atok: Kenapa pulak Ani cakap macam tu? Ani : Ye la,kan adik Ani takde gigi kiranya dia lebih tua dari atok la. Atok: dalam hati (alahai cucu atok)
Seorang kanak-kanak Rhianna Kidd sedang bermainbasikal berhampiran rumahneneknyaketika diserang beberapa anjing Rottweiller.
Anjing berkenaan mengigit lengan dan kaki kanak-kanak itu berulang kali.Dia mengalami cedera seluruh badan dan patah tulang rahang.Dia dikejarkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan plastik.
Neneknya Irene Grady terpaksa memujuk kumpulan anjing supaya melaepaskan cucunya.(link)
Seorang lelaki yang berusia 59 tahun terpaksa menerima26 jahitan di kepala serta patah tangan kanannya ketika cuba mempertahankan dirinya daripada di samun.Dia yang baru pulang daripada kerja dihampiri oleh seorang lelaki yang berusia dalam lingkunga 20 an dari belakang yang memukul kepalanya.
Akibat hentakkan itu dia mengalami luka yangserius.Suspek terus menyerangnya dengan batu-bata danmeminta menyerahkan barangan berharga.Suspek melarikan diri setelah mangsa menyerahkanRM100.Mangsa dibawa kehospitaloleh polis untuk rawatan kecemasan.-harian metro
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.
Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cintatapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.
Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
Cinta yang di semadikan tidak mungkin layuselagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.
Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.
Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.
Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.
Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.
Seorang lelaki sedang meninjaupedalaman Amazon tiba² saja dikepung sekelompok primitif yang kehausan darah.
"Oo... Tuhan matilah aku..." jeritnya.
Tiba-tiba dari langit muncul kilauan cahaya.. dan terdengar suara bergema :
"Tidak anakku... ajalmu masih belum tiba. Ambillah batu dekat kakimu itu dan pukul kepala pemimpin mereka yang berdiri didepanmu itu".
Si pengembara itupun mengambil batu dan menyerang pemimpin primitif itu, dan memukul batu itu ke kepala pemimpin sekuat tenaganya... lalu pemimpin itu mati.. Dia berdiri diatas mayat pemimpin...
Ketika itu 100 orang primitif yang mengepungnyasangat marah kerana melihat pemimpinnya terbunuh.
Kilauan dari langit itu munculsekali lagi dengan suara bergema : "Nah... sekarang... baru ajalmu tiba anakku..."
Seorang WANITA TUA bertemu dengan pakar kaunseling..
"Tuan... saya sangat risau dengan sikap anak saya. Sepanjang hari kerjanya hanya main bola... kemudian balik dengan pakaian berlumpur dan dengan selambanya berjalan diatas karpet dan duduk di Sofa..." cerita wanita tua tersebut..
"Saya rasa makcik tak perlu risau... sudah menjadi kebiasaan seorang anak berperangai seperti itu," nasihat kaunselor.
"Saya tahu. Tapi bukan saya seorang saja yang risau. Isterinya juga bimbang!"
Cucu: Marilah nenekkita naik ke tingkat dua. Di atas masih ada tempatduduk. Nenek: Eh...sudah-sudah. Nenek tidak mahu naik, nenek takut. Cucu: Mengapa nenek? Nenek: Di tingkat atas tidak ada pemandu!
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikirtentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.
Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku hormati dalam diri mereka?”.
Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerimacinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.
Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.
Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..
Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.
Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang kenapa kamu menunggu?
Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.
Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat..
Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.
Maria Desmone 43 tahun terkejut apabila mendapati sebatang pokok yang mengeluarkan buah zukini dengan panjang lebih 1.6 meter di kebunnya.Dia menanam pokok itu pada bulan Jun dan berbunga pada bulan Julai.Dia mendapati panjang buah yang berbentuk seperti timun itu ialah 1.67m.
Dia berharap panjang buahitu boleh mencecah 1.82m sebelum memetiknya untuk digunakan dalam pembuatan makanan tradisi Itali.Benih asal pokok iniberasaldaripada Itali yang dibawa oleh bapanya pada tahun 1982.(link)
Kejohanan Memasak Kemaluan Haiwan Dunia Kali Ketujuh telah di adakan di sebuah perkampungan di Orzem Serbia. Pada pertandingan ini tukang masak akan memasak kemaluan pelbagai jenis haiawan seperti lembu jantan,unta ,burung unta dan kanggaru.Menurut penganjur Ljubomir Erovic tujuan diadakan pertandingan ini ialah untuk kegembiraan,makanan, dan keberanian.
Di Serbia makanan yang di masak daripada kemaluan haiwan ini digelar buah pinggang putih.Kemaluan haiwan di anggap kaya dengan tertosterone dan berkhasit untuk lelaki.Pengunjung akan menikmati makandariapada kemaluan itu sambil berpesta.(link)
Amat mengejutkan seorang ketua guru disiplin sebuah sekolah bukan saja memiliki laman web menjual ubat perangsang seks malahan dia sanggup mempromosikan produk berbentuk gel terbabit menerusi pengedaran risalah bertajuk 'Abang Best' kepada pelajar.
Dia juga dikatakan berkongsi pengalaman penggunaan produk perangsang seks tersebut bersama pelajar sekolah sebelum kegiatannya terbongkar.Seorang bapamenyedari kegiatan guru tersebut setelah anaknya membawa balik risalah 'Abang Best'.-harian metro
Perkara nie jadi 6 thn lepas, esok tuh nakpuasaler, aku ingat lagi... sebab tuh sampai laa nie aku cukup takut nak berkawan dengan awek yang lawa-lawa. Sehari sebelum puasa, aku ngan kawan aku pergi ler jalan-jalan kat Sungai Wang, biasa ler hari minggu...dah penat berjalan aku pun lepak kat tingkat atas..gi kena teh ngan makan nasik ayam.
Dah makan.. aku pun cakap kat member aku, aku nak gi ker Lot 10, nak buat greeting card untuk member aku..perempuan ler ..hehehe (Greeting card machine..Kalau korang ingat lagi ler, kat tingkat bawah)
Aku pun gerak.member aku semua tunggu kat situ..biasa ler dia orang bukan minat nak ikut.. bosan menunggu aku menulis card cinta..Jadi aku pun pi ler.....
Tunggu punya tunggu sampai ler giliran aku pulak....mesti member aku sound nyer....aku pun start tulis......."HALLOOO" itulah suara yang aku dok dengar..ish awek mana lak nie...sekali aku pun pandang ler... tengok bawah dulu...
Aduh..sikitnyer lawa kaki dia.. slow-slow aku pandang atas..meh... sikit nyer cun ler... aku takleh lah nak kata apa.. aku pun terdiam.. sekali lagi dia kata "HELLO".....Aku tarik nafas aku pun jawab,"HI". Aku ingat dia pun senyum jerlah... sekali dia kata "IM LINA MARLIANA" .. Peh sikit nyer sedap nama dia..dah lah tuh..cantiklak tuh... aku pun senyum.....
LINA : "That is a nice card, untuk siapa?"
AKU : "Its for my friend, Dia nyer birthday tommorow"
LINA : "Boleh tolong I tak, I tak pandai nak pakai machine nie...I hope you can help me"
Inilah chance aku nak tunjuk aku punya skill... aku pun setuju nak tolong.Setelah selesai.. dia pun ajak aku jalan-jalan, dia kata dia dari Singapore datang sini ada shooting untuk modelling, dia pun bagi aku business card dia.
Dalam hati aku, sikitnya happy.. maklumlah kita nie bukan ler handsome pun, boleh kenal ngan model kira okler, dengan bangganyer aku teman dia ! gi shopping. Dah agak agak 40 minit jugak ler aku berjalan, dah puas ler aku dengar cerita dia, dan keluarga dia dan BERTAPA DIA SUKA ORANG MACAM AKU, hehehe..sebab baik katakan.. BAIK BAIK ADA MAKNA NIE..aku pun teringat member aku tunggu kat Sg. Wang.
AKU : "Lina, Not everyday I have the pleasure to meet a woman as beautifull as you and how I admire your softness and your kindness and I really like to stay and try to know you better ,But I have to go now, my friends is waiting for me. Thanks for everything, and maybe I will call you and treat you for dinner someday..I hope you dont mind"
Sikitnyer power ayat aku tuh, aku pun chow.. aku pun tak sabar nak bagi tau member aku, aku jumpa model sikitnyer lawa.. tengah aku berlari nak gi Sq. Wang.. aku pun selisih ngan member-member aku kat Jambatan tengah tuh.... aku senyum dengan bangganya.
Dia orang sikitnyer hot..aku tak kisah.. aku pun dok cerita lah kat dia orang apsal aku lambat.. hehehe..sekali dia orang boleh gelak kat aku.. takpa aku pun cakap kalau tak caya jum aku tunjuk.... so Kita orang piler kat Lot 10 balik... Sampai jer Lot 10, mata aku pun liar mencari gadis cantik manis tuh. Usha punya usha aku nampak dia..aku tgh nak escalator dia tengah turun, aku pun sound member aku
AKU : "Tu dia..yg pakai tang top tuh.. cun huh! aku dah cakap korang tak nak percaya"
MEMBER : "Ko tipu ah... tegur ler, aku nak tengok betul tak betul"
AKU : "Ye.. jap aku tunggu, jap tunggu ler kita dekat sikit"
Sambil escalator bawak aku rapat dengan dia, aku pun tegur ler dia tuh
"HI LINA", sekali...................
Dia tengok aku ngan member aku... dia pun menjeling..PEH SIKIT NYER SOMBONG, Dia tarik muka macam aku tak kenal dia... FUHH aku pun terkejut, tak tau nak cakap apa.. member aku semua gelak bagai nak rak kat situ.....
"KENAL KONON, SETAKAT KO LER...SEPULUH DIA BOLEH CARI", aku pun tak tau nak kata apa.. member aku smeua gelak, aku blur......
Adaker patut satu perempuan buat camtuh kat orang macam aku nie, aku pun tak tau nak kata apa..aku harap korang semua tak lah lalu apa yang aku lalu.. aku betul betul tak paham....... Adakah semua perempuan cantik macam nie????????? Mungkin kot....Aku dah mula berfikiran negatif...tapi aku tetap suka kat dia....sebab aku masih lagi pikir yang dia baik... Bodoh ker aku????
AKu rasa mungkin ada sebab dia buat macam tuh, Aku pun tengok dia, dia pun tengok aku sambil buat muka blur... makin lama aku makin jauh dari pandangan dia....dia tenung aku macam tak puas hati.... aku pulak tak faham...
BEDEBUK!!!!!!! ARGHHHHH!!!!
Nak dijadikan cerita, betapa besarnya kuasa ALLAH tuh.. Dia terjatuh.Habis semua shopping bag dia berterabur dekat lantai, dia tersembab dan menjerit sakit, High heel dia tersangkut kat escalator..aku terdiam,member aku semua pun senyap.........aku tak
tau, tiba tiba aku sedar aku tengah angkat shopping bag dia, cuba nak tolong
Dia..aku pun tengok atas..member aku blur..semua senyap...tengah aku dok tolong tuh..
tiba-tiba......
LINA : "PENCURI!!!! PENCURI!!!! PENCURI!!!"
Security guard datang, orang semua tengok.. ramai yg nampak..aku tgh duk pegang shopping bag dia, aku pun terdiam..UFFF dalam hati aku aku dah risau, aku pencuri ker..atau ada pencuri yg dia nampak.....aku pun senyap"
PAP!!! aku kena pegang.. security tahan aku, aku pun lagi BLUR!! apa nie,aku nak tolong tapi aku kena tangkap..ish apa yag dah jadik nie........
Check punya cek, rupa rupa handbag dia hilang.... aku pun dah takut. Security tanya aku, mana bag dia??
AKu : "Mana saya ambik, saya nampak dia jatuh, saya pun nak tolong dia..mana saya ada ambil beg"
LINA: " Bang, Handbag saya dah hilang, nie mesti dia yg ambik.Passport saya, credit card saya, Handphone semua ada kat dal! am tuh, Bang macam mana nie"
AKU : "I tak ambik handbag you lah, mana ada, I came down here to help you, apsal you kata I curik bag you"
Aku dah panik........
AKU : "Tadi sikit punya baik you, jalan jalan ngan I.. apsal tiba tiba u kata I pencuri...apa masalah nie"
LINA: "Since when I jalan jalan ngan you, I takkan keluar ngan orang macam you, muka pun macam muka pencuri..."
ADUH!!!! AKu dah benggang, aku pun keluar kan business card yang dia bagi..
AKU : "Then what is this???? Macam mana I ada card you kalau bukan you bagi???"
LINA : "Mana you dapat business card I huh! Mesti you ambil dalam bag I, buat apa I nak bagi orang macam you, Bang, see.. I told you yang dia yang amik handbag I"
Sekali, apa yang aku cakap backfire kat aku, aku pun kena bawak ke office... member aku semua ikut aku.. aku pun dah takut giler.. abang aku senyap jer.. dia tak tau nak tolong aku macam mana, member aku semua tak tau nak! buat apa.... Sampai aku kat office, orang tanya aku mana aku letak handbag dia, dia duk memaki hamun aku.. aku diam, aku cakap aku tak ambik.. tapi bukti business card ada kat aku.... aku yang bersalah.. aku tak mengaku..
PAP!! aku kena tampar....aku diam lagi..aku cakap aku tak ambik... office dah kecoh, dia dah mengamok "HEY! ORG MACAM YOU NIE TAK LAYAK JADI MANUSIA TAU, MANA BAG I, I TAK KIRA..ABANG, BAGITAU POLIS, BIAR DIA KENA TAHAN, TAK GUNANYA LAKI",
Itulah kata-kata dia........
Ingat-ingat balik, aku nak nangis pun ada mengenangkan, nasib aku masa tuh... aku dah nekad dah, kalau polis datang, aku nak bagi tau mak aku yang aku tak salah, dan aku sayang kat mak bapak aku.... aku dah sedih giler. AKu pun duduk kat situ, kepala aku dah sakit kena sepak, aku nampak ada orang datang, sikitnyer smart.. pakai jeans ngan slack..rambut panjang ikat belakang..orang tuh cakap
Manager : "A! PA MASALAH NIE??? OK..What your Name?"
LINA : "Lina.. I nyer handbag hilang, Orang nie yang curi"
Manager : "Betul you ada amik ker? Bagi balik, tak perlu bising bising"
AKU : "Saya tak ambil..Dia yang tuduh bukan bukan"
Manager : "Lina, How sure are you, this guy took you handbag"
LINA : "Masa I jatuh tadik, tiba tiba dia ada kat depan I, mesti dia yang ambil...... sapa lagi...muka dia pun muka pencuri"
Aku tetap tak mengaku... aku dah berserah... manager tuh pun dia angkat telefon, dia pun call.. aku sure dia call polis. Aku tak tau nak cakap apa, dia pun keluar..semua senyap jer kat dalam tuh.....selang 10 min, dia pun datang ngan satu orang Indonesia.. dia pun tunjuk satu handbag kat Lina, "Is this your handbag", Lina pun senyap dia pun mengaku... Manager tuh pun suruh ler cek dalam beg tuh ada apa yang hilang.....semua okay...takda yang hilang..
Manager tuh pun cakap yang handbag dia jumpa kat dal! am toilet wanita, so Dia suruh mintak maaf kat aku, sebab menuduh aku yang curi sedangkan apa yang aku nak buat, cuma tolong dia.......
APA YG PATUT AKU LAKUKAN?????
Aku pun senyap, aku pun keluar...Semua member aku tanya aku apa yang jadik,aku cakap bag dia tertinggal kat dalam toilet, org cuci jumpa..so dah settle dah, aku nak balik....
MEMBER : "Ha'ah apsal ko bodoh sangat, ko sound lah dia..Ko cakap ko nak saman malu dia... tak guna nyer pompuan"
ABG AKU : "Ha'ah, ko mintak jer duit kat dia..lantak lah, lawa tak lawa...dia betul tak gunanya orang, ingat cantik boleh buat sesuka hati...."
Aku pun terus masuk pejabat aku pun sound dia direct aku nak saman dia, lantak apa nak jadik jadik.. aku pun benggang dia buat aku camtuh, sedangkan tak pernah dalam hidup aku tak hormat org perempuan...
AKU : "Oi... aku tak kira aku nak saman ko, aku nak ganti rugi.. ko ingat apa, yang ko ni cantik sangat, semua orang suka, kalau dah hati busuk tuh,busuk jugak... sekrang ko tuduh aku mencuri, aku tak buat.. aku malu...mana ko nak aku letak muka aku, aku nak sue ko kat court"
AKU : "Ko pun sama, dengan ko,ko dengan Lot 10 aku nak saman, aku ada saksi member aku, Ko tampar aku, kata aku pencuri, ugut aku..ko ingat apa..aku nie bodoh.. aku dah suruh member aku call police, aku nak buat report kat semua.. camna?? puas hati korang"
LINA : "APa ko ingat ko bagus?? nak report aku..... aku tak takut ler... ko ingat aku boleh masuk penjara.. aku call bapak aku baru ko tau??"
AKU : "baik ko call, nanti ko kena tahan.. padan muka... ko (manager) plak.. apa tunggu sini, gi ler call boss ko, aku nak saman nie"
Manager : "Dah lah tuh, Lina call your father, tell him that you have a problem here, kalau dia report you yang susah, sebab you tuduh dia??"
Lina pun call bapak dia, aku dah makin berani dah..hehehhe, a! ku suka... tapi sambil tuh cuak jugak..takut aku yg kena tangkap ugut dia... hehehe. Lina cakap ngan bapak dia, dia tengok aku.....dia letak telefon.
LINA : "Nah amik nie, aku mintak maaf......."
Dia bagi aku RM300, Dia ingat apa aku boleh kena beli camtuh jer.. aku apa lagi, aku amik duit tuh, aku campakkan kat muka dia.............
Dia tension...
"Setakat RM300, ko ingat aku apa....... budak kecik boleh ler ko buat camni..apa ko nie tak paham lagi ker, aku taknak duit.. aku nak tengok ko kena tahan jer..buat tuduhan palsu.."
Dia pun benggang call bapak dia lagi..kali nie dia bagi aku cek RM1000, aku tak nak tapi member semua sound aku, apa masalahnya amik.. banyak tuh... sapa nak bagi seribu free free..aku pun senyap.......
Aku amik cek tuh aku pun koyak.... aku cakap aku bukan jenis yang boleh dibeli... aku dah buat keputusan aku nak dia kena tahan....
Last, dia bagi aku sekeping cek RM10000, aku pun tergamam....... ban! yak tuh bagi umur orang macam aku, aku tak tau ada ker aku nak berkeras atau aku nak amik, member aku semua suruh amik, manager tuh pun suruh aku amik...
Aku pun nak jugak amik... so aku pun mengalah aku pun amik ler cek tuh.. aku pun nak
bla......tiba tiba aku dengar dia sound aku..
LINA : "Hmm, setakat muka macam tuh, dapat duit senyap ler.. tak malu"
Aku campak cek tuh, aku terus gi kat dia..... aku tak kira aku tak pernah tampar perempuan sebelum nie, tapi untuk dia aku sanggup buat..aku baru nak angkat tangan.. ada orang tahan aku.........
Seorang wanita adalahpelengkapdan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki namun Aurat dan kehidupannya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.Saksinya lebih berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganyaakan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteridan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (kecuali zina).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggung jawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
orang lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Perhatikan gambar-gambar ini ,betapa teruknya generasi anak kecil pada zaman ini.Walaupun kejadian ini tidak berlaku dinegara kita tetapi tidak mustahil perkara ini boleh terjadi.Dengan bahan-bahan lucah senang diperolehi melalui internet,pasar malam dan sebagainya membuatanak-anakkecil mudah mengikut perlakuan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka.Bayangkan apa yang akan terjadi kepada generasikita?
Pernah tak kita menghidubau daripada kaki ataustokin kita? Kadang -kadang boleh menyebabkan seseorang merasa mual dan muntah.Bau itu juga boleh membuat sesiapa yang membaunyapengsan.Cuba lihat gambar ini.Kucing tu sampaipengsan selepas membau.......
Seorang amah dari Sri Lanka beransur pulih selepas doktor berjaya mengeluarkan 19 jarum daripada tubuhnya.
L T Ariyawathi 49 tahun dideraoleh majikannya di Saudi.Jarum itu dicucuk ketika panas dan ada lima lagi jarum yang belum dikeluarakan.Dia didera kerana gagal memahami arahan majikannya.(link)
"Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!", Liana terisak-isak di hadapan bapaknya.
"Menyesal???? Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah tercemar! ... belum pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu tak!" herdik bapak Liana.
"Nak bincang aper lagi? ...anak awak nie dah mengaku...... issshhh......." balas bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar.
Liana betul betul menyesal dgn pengakuannya itu... kalau dia tahu bapaknya jadi camnie dia diam je... toksah mengaku lagi baik. Seluruhhidupnyaseakan-akan runtuh di depan matanya, masa depan dia gelap? ... dia telah mencemarkan nama baik keluarga dan keturunannya. Dia tahu masyarakatnya tidak akan dapat menerima dia lagi. Dia tahu keluarganya dah kecewa. What a letdown? (Sigh).
Di satu pagi yg hening dia keluar berjalan ke arah satu bangunan pencakar langit yg tinggi. Perlahan-lahan dia menaiki tangga sampai ke atas bumbung bangunan itu. Dia memandang ke bawah... dia lihat kereta dan org ramai bersepah kat bawah macam semut-semut yg baru kena spray dgn Baygon. Liana dah nekad apa terjadi.... jadilah..... Dia dah memalukan keluarganya, dia mencemarkan keturunannya, bapanya tidak mahu menerima atas kelemahannya itu.
Liana tebayangkan wajah maknya, air matanya menitis. Emaknya lah tempat dia bermanja, emaknya la yg akan meyelimutkan dikala sejuk, menyuapkan dikala lapar, wajah adik-beradik kembarnya juga terbayang dimata. Sambil mengesat airmatanya, dia menarik nafas panjang... berjalan kehadapan hingga ke hujung bangunan itu. Setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan hingga dirinya terjatuh melayang ke bawah... dia dapat rasakan angin yg begitu deras memukul mukanya... jantungnya berdegup pantas bila dia melihat bumi semakin dekat..... dgn satu tarikan nafas yg dalam, Liana mengembangkan sayapnya, SWOOOOOSSSSHHHHHHHHH!!!........ dia terbang???.
"Yessss! Yessss! Yessssssssssssssss! I've made it!!!!!", dia memekik keriangan.
Finally dia dapat melawan fobianya... dia dah no longer afraid of height... sebagai seekor burung, itulah yg sepatutnya menjadi fitrah semulajadi... selama ini dia takut..... ye dia takut pada tempat tinggi dan kerana ketakutan inilah membuatnya tidak mahu terbang... dah bertahun dia rahsiakan hal ini dari keluarganya.... Sebab tu bapak dia kecewa bila dia membuat pengakuan itu kerana memang tak pernah seumur hidup seekor burung takut pada ketinggian. Tapi sekarang dia dah tak takut, dia dah berani.... dia dah boleh terbang...
Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.
Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menontonTV... Tiba-tiba si atuk berdiri..
Nenek : "Mahu kemana?"
Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"
Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"
Atuk : "OK .."
Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"
Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"
Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"
Atuk : "Beres .. !!"
Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan lupa semuanya"
Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila.. strawberry dan krimnya bukan?"
Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.
Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata..abang akan lupa pesananku... sepatutnya ditulis dulu"
Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"
Sudah!... bila pulak si Ayie ni kentut.Kenapa pulak dia kentutkat blog aku? Ini buat aku jadi tak karuan.Apa salah aku tiba-tiba dia gi kentut kat blog aku?
Ini sebenarnya antara keyword kat blog aku hari ini 'Ayie Kentut'.Kenapa dia kentutitu kenatanya si Ayie.Selidik punya selidik rupanya kat blog Ayie ada cerita pasal wanita yang ada masalah kesihatan.Tak caya gi sini.
Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.
Doktor : "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang"
Setelah tiga hari berlalu Doktor menalefonSalim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi kerumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.
Mendengar itu Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu bersukan untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Doktor terus menuju ke kolam renang dimana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang? "Salim berada di dalam air melatih kambing berenang"
Liu Wei 23 tahun kudung kedua belah tangan selepas terkena kejutan elektrik semasa bermain sembunyi-sembunyi ketika berusia 10 tahun.Kini dia mengunakanjarikakinya bermain piano.
Dia yang mendapat perhatian apabila melakukanpersembahan dalam program China's Got Talent versi China."Sekiranya orang lain melakukan apa sahaja menggunakan tangan,saya pula melakukkannya dengan kaki.Begitulah keadaan saya,"kata Wei.(link)
Vince Hunter yang sedang bercuti 2,253 kilometer dari rumahnyamenghubungi talian kecemasan 911 setelah dia melihat skrin pada telefonbimbitnya iPhone yang menunjukkan dua perompak memecah masuk kekediamannya.
Dia menggunakan peralatan iCam yang berharga RM8.17 menyebabkan dia boleh memantau penceroboh walaupun di tiada dirumah.Perompak itu melarikan diri tanpa sempat melarikan barang setelah beberapa polis tiba.(link)
Seorang pengacara sukan sebuah stesentelevisyendi Jerman Jessica Kastrop menjadi sensasi apabila imejnya terkena bola disiarkan di You Tube.Kejadian itu berlaku ketika dia sedang menemuramahseorang pemain sebelum perlawanan.
Pada waktu yang sama bola tendangan bekas pemain Chelsea Khalid Boulahrouz tersasar menyebabkan ia terkena kepala pengacara wanita itu.Khalid kemudiannya meminta maaf.-Agensi
Tiga beradik berusia 5,14 dan 16 tahun yang sedangberpuasa ditemui lesu berhampiran masjid ketika lari dari rumah.Mereka mendakwa menjadi mangsa rogol abang kandung,manakalabapapula penagih dadah dan arak.Nasib dua adik mereka yangberusia 9 dan 12 tahun tidak diketahui.
Abang mereka yang berusia 18 tahun juga seorang penagihdadah.Mereka adaik beradik telah kematian ibu sejak lima tahun yang lalu.-harian metro
Radhi dan Khalid, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. tengah syok berborak tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan. lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi.
"Fasal apa adik menangis", tanya Radhi. "Bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong",pujuk Khalid pulak.
Sambil teresak-esak budak tu berkata "Tadi sebelum saya keluar mak dah pesan. kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pon yang lalu. Motor buruk ada laa..".
Mendengar penjelasan budak tadi,Radhi dan Khalid hanya menggelengkan kepala. tak tau aper nak explain kat budak tue...
Di sebuah kampung yang terpenciltinggallahseorang lelaki miskin bersama-sama dengan ibunya. Lelaki miskin tersebut ingin melangsungkan pekahwinannya tetapi malang, kesemua seluar dalamnya telahberlubang-lubangkerana terlalu lusuh.
Kasihan melihatkan keadaan anaknya, si ibu membuatkan seluar dalam lelaki tersebut dengan menggunakan guni beras. Di malam pertamanya, isteri lelaki tersebut telah mati terkejut. Cubatekakenapa?
Jeng... jeng... jeng....
sebab kat seluar dalam tu ada tulis "Berat Bersih: 50kg"