Budak bercengkerang seperti penyu jalani pembedahan

on 31 Julai 2010



Maimaiti Hali seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dari China menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan seperti cengkerang di belakang badannya beberapa hari lalu.




Dia sering diejek dan dibuli oleh rakan-rakannya.Mereka mengelarnya si budak 'Penyu" kerana cengkerang itu semakin membesar  serta keras seperti cengkerang penyu. 


Masalah ini (cengkerang) telah dikenal pasti oleh doktor sejak Maimaiti masih kecil tetapi untuk menjalankan pembedahan doktor terpaksa menunggu Maimaiti membesar.(LINK)





Umur 13 tapi wajah kelihatan 40 tahun



Kalau dilihat pada raut wajahnya tidak siapa menjangka bahawa dia baru berusia 13 tahun dan bila orang melihatnya pasti mereka meneka uamur sudah lebih 40 tahun.


 Zara Hartshorn mengidap penyakit lipodistrofi yang membuatkan dia kelihatan sangat tua berbanding usianya yang sebenar.






Tiada pakar yang mampu merawat penyakit yang dihidapi oleh Zara kerana penyakit ini adalah penyakit keturunan dan hanya 2000 orang menghidapi jenis penyakit sepertinya.


.Ibunya juga mengidap penyakit yang sama dan pernah melakukan pembedahan untuk kelihatan seperti orang normal ketika remaja.dan tidak berjaya. Kakaknya mempunyai penyakit yang sama tetapi tidak memberi kesan teruk seperti yang dialami oleh Zara.(LINK)



Ular kepala lima?



Ular kepala lima ini dikatakan di jumpai dekat Kuil Kukke Subramanya.Kesahihan gambar ini tidak diketahui.Yang pasti mereka yang menjumpai mengatakan ular ini benar-benar wujud.Bukan apa kewujudkan teknologi mungkin boleh merubahkan sesuatu yang mustahil kepada yang tidak mustahil.






Kuil Kukke Subramanya dibina oleh penganut-penganut Hindu untuk menyembah Dewa Subramanya. Dewa Subramanya dikenali sebagai Dewa pelindung kepada ular. Menurut kisahnya, seekor ular bernama Vasuki dan juga ular-ular lain memohon perlindungan kepada Dewa Subramanya apabila diserang oleh Garuda.


'YODA' CAT punyai 2 pasang telinga



Kucing yang berasal dari Illionois Amerika Syarikat ini mempunyai 2 pasang telinga.Kucing yang bernama Yoda ini mempunyai 2 pasang telinga sejak ia dilahirkan.Pemilik kucing tersebut iaitu Valerie dan Ted Rock menjumpai Yoda di sebuah bar di Chicago.






Pada masa itu pelanggan di bar itu memperolok-olokkan Yoda dan ketika itu Yoda baru dilahirkan.Pasangan itu kemudiannya meminta pemilik kucing untuk memeliharanya dan pemilik itu bersetuju.Pasangan Valerie dan Ted menamakannya Yoda berdasarkan watak Yoda dalam filem "Star Wars'.(link)



Kelar Demi Cinta



Atas nama cinta,ramai remaja perempuan kini dikesan mengelar tangan mereka menggunakan pisau bagi menghasilkan kesan parut nama kekasih masing-masing seolah-olah tatu.Perbuatan mencederakan diri sendiri itu dianggap trend terkini di kalangan remaja perempuan.


Perbuatan ini dilakukan kerana terpengaruh dengan rakan-rakan yang mengukir nama kekasih masing-masing pada lengan dan pergelangan lengan.Perbuatan juga dikatakan bagi membuktikan cinta mereka kepada pasangan masing -masing yang bersekaolah ditempat yang sama.


Siapa yang mempunyai parut paling panjang dianggap paling berani.-harian metro


p/s remaja..oh...remaja????



Gigi palsu RM75,249



Satu set gigi palsu yang pernah dipakai oleh bekas Perdana Menteri paling popular Britain Sir Winston Churchill dilelong 15,200 paun @ RM 75,249 tiga kali lebih tinggi daripada tawaran bidaan asal.






Bahagian atas gigi tiruan yang di anggap telah menyelamatkan dunia daripada bencana Perang Dunia Kedua itu tekah dibeli oelh seorang pengumpul barangan peribadi pemimpin-pemimpin era Perang Dunia Kedua.


Tiga set  gigi itu dihasilkan oleh juruteknik pergigian Derek Cudipp menjelang perang semasa Chuchill berusia 65 tahun dengan satu set daripadanya dikebumikan bersamanya.Cudipp membuat tiga set gigi itu kerana Chuchill kerap merosakkannya.Chuchill amat menghargai gigi palsunya.(link)



Bawa geng pukul mentua

Tiga beranak dipukul oleh sekumpulan lelaki didalangi menantunya sendiri ketika mahu membawa anak perempuannya pulang kerumahnya.Kejadian ini berlaku kerana menantunya tidak puas hati kerana bapa mentuanya cuba untuk membawa anak perempuannya yang difahamkan dalam proses penceraian dengan menantunya.Sebelum itu anak perempuannya telah menefon mangsa supaya mengambilnya dari rumah menantunya.Menantu yang tidk puas hati itu telah memanggil beberapa rakannya yang juga penduduk sekitar kawasan itu untuk membelasah mereka.-harian metro



Gaun dari kondom

Gaun ini tidak dibuat dari kain, tetapi dibuat dari sesuatu yang terfikir oleh akal kita.Beribu-ribu kondom telah digunakan untuk membuat gaun -gaun pengantin.Kesungguhan pereka ini mencipta satu ciptaan yang tak masuk akal ini membuat sesiapa yang melihatnya terasa terpegun.Cuba kita gambar-gambar di bawah......













Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved