Solat Dapat MengurangkanTahap Mati Pucuk

on 28 Julai 2010

solat Pictures, Images and Photos





Sebuah kajian saintifik yang di jalankan oleh Dr.Fatimah Ibrahim,pakar kejuruteraan bioperubatan Universiti Malaya mendapati solat 12 rakaat secara berterusan selama 1/2 jam dengan kekerapan 3 kali seminggu dipercayai berupaya mengurangkan tahap mati pucuk.Solat selama 1/2 jam tersebut menyamai bersenam ringan seperti disarankan pakar-pakar kesihatan.

Musibah Untuk Semua



Allah SWT berfirman , "Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum).Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya." (Surah Al-Anfal,ayat 25)

Imam Jalalain dalam tafsirnya memberikan keterangan singkat :Takutlah kamu kepada sesuatu fitnah yang jika menimpa kamu bukan khusus menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu, tetapi menimpa secara umum baik kepada yang berbuat zalim mahupun yang lain,dan mencegah fitnah tersebut adalah dengan menentang perbuatan orang-orang yang melakukan kemungkaran.Dan ketahuilah siksaan Allah sangat keras kepada orang-orang yang menyalahi perintahNya.

Dalam Tafsir Al-Wajiz dijelaskan bahawa dalam ayat tersebut,Allah SWT memerintahkan kepada orang-orang mukmin agar tidak membiarkan dan mengakui kemungkaran apa pun di tengah-tengah mereka.Jika tidak atau jika mereka membiarkan  kemungkaran itu,nescaya Allah akan menurunkan azab.


Sebab Berus Gigi ,Ibu Di Lapor Ke Polis

 Jangan sembarangan menggunakan berus gigi orang lain walaupun anak sendiri punya. Seorang ibu dari Pennsylvania, AS, dituduh melakukan gangguan terhadap anaknya.

Masalahnya adalah si ibu telah menggunakan berus gigi anaknya untuk membersihkan bilik mandi. Setelah selesai membersihkan ,bilik mandi menjadi berkilat, si ibu mengembalikan berus gigi itu ke tempat asalnya.

Pihak polis di Lower Saucon mengatakan, Deborah Woist (52) menggunakan berus gigi anaknya pada  18 Jun untuk membersihkan bilik mandi di rumahnya. Menurut ibu itu, dia memerlukan berus yang baik kerana sudah dua bulan bilik mandinya tidak dibersihkan.

Anaknya, Justin Novack (26), mengatakan, setelah ibunya selesai membersihkan kamar mandi, dia mengembalikan berus gigi miliknya. Novack yang marah langsung menelefon polis untuk melaporkan apa yang telah dibuat oleh ibunya. (link)

Monyet Menjadi Pelayan Restoran Di Jepun


Sebuah restoran bernama Kayabuki yang terletak di daerah Utsunomiya Jepun telah mengupah 2 ekor monyet sebagai pelayan restorannya iaitu Fuku 12 tahun dan Yat berumur 4 tahun.Kedua-dua monyet itu bekerja selama 2 jam sehari hari (peraturan yang ditetapkan oleh hak binatang Jepun).

Monyet ini memakai pakaian seragam yang dijahit khas untuk mereka dan membekalkan tuala panas dan bir untuk pelanggan.Yang paling hairan mereka seperti memahami bahasa manusia contoh seperti jika pelanggan ingin menambah bir,mereka aakan menghantarnya. Balasan yang mereka bekerja sebagai pelayan ialah dapat makan kacang.


Rodok Kemaluan Dengan Botol Deodoran


Akibat cemburu buta seorang lelaki sanggup memukul seorang gadis dengan tukul dan lebih teruk lagi dia merodok kemaluan gadis itu dengan botol deodoran.Mereka berdua telah bertunang.Pertengkaran ini berpunca  daripada perasaan cemburu buta lelaki terbabit sebelum membelasah tunangnya.Mangsa hampir cedera seluruh badan dan apabila melihat mangsa dalam kesakitan suspek melarokan diri.Pihak polis sedang memburu suspek setelah kejadian itu di laporkan.-harian metro


Anak Penjual Susu Yang Pintar

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz beliau sering mengambil berat kehidupan masyarakatnya di luar kota yang mana perkara yang jarang-jarang sekali di beri perhatian oleh seorang pemerintah.

Pada suatu malam Umar keluar berjalan-jalan pada waktu malam dan meninjau di sebuah perkampungan yang sunyi untuk melihat keadaan rakyatnya.

Ketika melintasi sebuah rumah,tiba-tiba dia terdengar satu perbualan dua penghuni di sebuah pondok kecil iaitu perbualan antara seorang ibu dan seorang anak."Ibu kenapa perlu ditambah air kedalam susu yang hendak di jual itu?"Tanya anak dengan perasaan kecewa."Ah kamu diam!Tidak ada orang yang tahu dan nampak apa yang kita lakukan.Lagi pun jika campurkan air kedalam susu ini,sudah tentu kita akan mendapat untung yang lebih,"kata ibunya.

"Tetapi Allah amat mengetahui dan maha melihat.Tidakkah berdosa jika kita lakukan perkara ini?"Soal anaknya lagi.Ibunya terdiam.

Khalifah Umar pun mengangkat tangan tanda bersyukur dan berdoa kepada Allah SWT kerana ada rakyatnya yang berjiwa luhur.


Anjing Yang Bersembahyang di Jepun

Seekor anjing yang bernama Conan sejenis anjing Chi Hua Hua adalah anjing yang di pelihara oleh seorang sami di Okinawa Jepun.Anjing yang berumur 2 tahun ini boleh bersembahyang seperti manusia.


Ia kelihatan serius semasa bersembahyang dengan sami bagai seorang Buddist.Ia telah menjadi mashyur di kalangan masyarakat Okinawa.Menurut statistik ,bilangan pelancong ke kuil ini meningkat 30% disebabkan oleh Canon.


Budak Maut Dalam Mesin Pengering


Seorang budak Sonny Gibson 4 tahun maut selepas terperangkap dalam mesin pengering pakaian ketika bermain sorok-sorok. Dia yang gagal keluar dari alat itu selama lebih sejam ketika keluarga dan polis mencarinya.Ibunya Anne Shepherd menemuinya dalam keadaan longlai.Waluapun usaha menyelamat di lakukan oleh pasukan paramedik.Gibson gagal diselamatkan.Ketika kejadian ibunya dikatakan pergi membeli belah dan dia diletakkan di bawah pengawasan kakak dan abangnya.Jirannya berkata Gibson bermain sorok-sorok ketika abang dan kakaknya tidur.(link)


Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved