Pasangan kembar hitam dan putih sambut hari lahir ke 4 tahun

on 25 Julai 2010

Ini ialah pasangan kembar hitam dan putih yang 2 dalam sejuta.Mereka seolah -olah sebagai rakan sebayahanya bertemu di pusat jagaan kanak-kanak tapi pada hakikatnya Kaydon dan Layton Richardson merupakan pasangan kembar walaupun berlainan warna kulit.


Kelahiran pasangan kembar sungguh menakjubkan dan menarik pakar-pakar untuk mengkaji kejadian yang ajaib ini.(link)

 

Malu tak bertempat


Seorang leleki dari China Xiao Chen lebih rela terseksa terperangkap di dalam lumpur pasir jerlus daripada menjerit meminta pertolongan akibat perasaan malu dan maruah diri.

Dia yang terperangkap hampir sebelas jam dengan separuh badannya tertimbus,tidak meminta pertolongan langsung baik daripada orang ramai atau pun menggunakan telefon bimbit yang ada di sisinya.Dia hanya di selamatkan apabiala dua orang nelayan yang kebetulan lalu di situ.

Nelayan tersebut menemui Xiao Chen kira-kira empat jam selepas dia terperangkap di situ dan pihak keselamatan pula terpaksa mengambil masa selama tujuh jam untuk mengeluarkannya daripada pasir jerlus.

Anggota keselamatan terpaksa mengambil masa selama tujuh jam kerana lelaki itu terlalu malu untuk menanggalkan seluarnya dan keluar berbogel daripada situ.Seluar yang dipakai Xiao Chen adalah penyebab mengapa beliau tersangkut dan mereka meminta dia menanggalkan seluarnya tetapi dia enggan.

Jika dia bersetuju menanggalkan seluarnya kemungkinan operasi menyelamatkannya hanya mengambil masa selama dua jam.


PERLU KITA TAHU 14


YANG PERLU KITA TAHU IALAH....


  • Kad bisnes Al Capone tertulis mengatakan dia seorang peniaga perabot


  • Perompak bank terkenal, John Dillinger merupakan pemain baseball bertaraf profesional

  • Sebuah jambo jet akan menggunakan sebanyak 4,000 gelen minyak ketika mahu berlepas


  • Seekor Zirafah boleh hidup tanpa air lebih lama daripada unta

Awas ! Robot Boleh Membunuh

Jepun telah mencipta robot yang boleh membuat kerja-kerja rumah seperti mencuci,membersihkan  meja atau menyediakan makanan. Usaha ini dilakukan bagi mengatasi masalah mencari dan mendapatkan pembantu rumah yang semakin sulit di bandar-bandar besar.

Salah satu alternatif ialah mengupah robot menyerupai manusia yang mampu membuat kerja-kerja domestik seperti yang dilakukan manusia.
Sebuah filem I-Robot telah membayangkan mesin ciptaan itu mampu berkhidmat kepada tuannya tetapi juga boleh menimbulkan bahaya kepada pemiliknya.

Penyelidik Jerman dalam kajiannya memberi amaran bahawa robot yang digunakan dirumah boleh mendatangkan ancaman jika ia di bekalkan dengan senjata tajam.Mungkin ia boleh mencederakan atau membunuh secara tidak sengaja.

Para penyelidik di Institut Robotik dan Mekatronikndi Wessling Jerman telah mencuba meletakkan pisau dan skru driver ke tangan robot dan meletakkan patung berupa lembaga manusia di depannya dan bila tersentuh secara tidak sengaja tangan robot yang memegang senjata itu bergerak dan menikam objek di depannya.

Oleh itu berhati-hati jika hendak menggunakan robot sebagai pembantu rumah kerana ia boleh mendatangkan kecederaan tanpa sengaja.

Memerlukan Bantuan Dan Sokongan

Mengumpul baju Melayu dan Baju Kurung Baru untuk diagihkan kepada anak-anak yatim dan fakir menjelang Ramadhan.Satu kempen yang di jayakan oleh satu group di Facebook.Mari kita sama-sama menjayakannya. untuk keterangan lanjut sila klik gambar.Copy dan paste entri ini dan minta tolong sebarkan.Amal jariah di bulan Ramadhan.


Pencemaran cetus bunuh diri

Pencemaran udara dan simpton lelah meningkatkan risiko bunuh diri,demkian penemuan terbaru pakar dari Amerika Syarikat.Partikel pencemaran seperti asap,debu dan logam berat menjejaskan aliran udara serta memburukkan asma manakala beberapa kajian turut mengaitkannya dengan penyakit jantung.

Dalam satu kajian,penyelidik mengkaji lebih daripada 4,000 kejadian bunuh diri di tujuh bandar utama di Korea Selatan.Mereka mendapati peningkatan partikel pencemaran meningkatkan risiko bunuh diri sebanyak 10 peratus.

Secara keseluruhannya 23 dalam 100,000 warga Korea Selatan membunuh diri.Mengurai data,orang yang dirawat kerana penyakit jantung setahun sebelum mereka membunuh diri kelihatan lebih dipengaruhi oleh pencemaran dengan 19 peratus keneikan risiko bunuh diri.


Terjerat 'ayat-ayat cinta'


Didikan agama diberi secukupnya manakala batas pergaulan sentiasa di pantau keluarga,namun angkara cinta buta,seorang gadis rela menggadai maruah sehingga melahirkan anak luar nikah.Begitulah nasib seorang gadis yang tewas dalam dakapan lelaki berstatus suami orang yang bermodalkan 'ayat-ayat cinta'.Lelaki itu dikatakan membuat kehidupan gadis ini bahagia sehingga dalam tempoh yang singkat dia sanggup menyerahkan tubuhnya dengan rela hati. (link)

Siswi Joget Tiang


Umpama penari bogel yang sinonim dengan 'joget tiang',segelintir penuntut pengajian tinggi (IPT) masa kini dikesan sanggup menggadaikan maruah dipusat hiburan.Dengan alasan untuk melepaskan tekanan,aktiviti itu popular di kalangan penuntut IPT yang menjadikan pasat hiburan sebagai rumah kedua mereka.Perkara ini didedahkan oelh seorang penuntut yang aktif berfoya-foya.Mereka melakukan tarian itu dalam keadaan mabuk dan ditontoni oleh para pengujung disko.Mereka juga sanggup mengadaikan maruah demi untuk mendapatkan wang.-metro Ahad

Krisis Rumahtangga Dua Blogger Terbongkar(mohon cerai melalui blog)


Mereka adalah pasangan blogger yang terkenal.Masing-masing mempunyai ramai pengikut.Tambahan pula si suami bekas wakil rakyat di Pahang.Bagaimanapun krisis rumahtangga blogger Mamasita Mamamia ! dan Sokmongkol AK47 kini terdedah di internet .Si isteri semalam secara terbuka menyatakan hasrat ingin memohon cerai.
Inilah kejadian pertama meminta cerai melalui blog.Pasangan ini telah berkahwin selama 30 tahun dan dikurniakan tujuh orsang anak.-kosmo

Terapi Lubang Hidung


Kita memiliki hidung di sebelah kiri dan di sebelah kanan.Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas?Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya ,sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).

Jika sakit kepala,cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit,sakit kepala akan sembuh.
Jika merasa lelah,tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan.Lakukan berselang seli dan tak lama kemudian anda akan merasakan segar kembali.Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas,lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri sehingga hatinya mudah sekali dingin.Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan,sehingga mudah sekali marah.

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat anda bangun,lubang hidung mana yang bernafas lebih cepat?Sebelah kiri atau sebelah kanan?Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah.Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas,anda akan merasa segar kembali dengan cepat.


Tanpa Merangkak Bayi 6 Bulan Berjalan





Seorang bayi bernama Xavier King memiliki kelebihan dari bayi lain pada umumnya.Pada usia 6 bulan,dia sudah mampu berjalan tanpa proses merangkak sebelumnya.

Kedua orang tuanya yang tinggal di Cambridge,England.Mary dan David begitu terkejut menyedari bayi kesayangan mereka mampu berjalan dengan cepat dari pekiraan mereka.Pada umumnya bayi belajar berjalan pada usia sekitar 10-18 bulan.

Xavier lahir pada bulan July tahun lalu dengan berat 9 paun.Kedua orang tuanya mulai melihat tanda -tanda proses pertumbuhan dan pembelajaran yang cepat pada diri Xavier sejak ia mampu duduk di usia 3 bulan.

Selang beberapa bulan berikutnya ,mereka mendapati Xavier mulai belajar berdiri tanpa proses merangkak sebagaimana bayi pada umumnya.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved