Sehelai Baju Buat Menyapu Si Airmata (baca dan tolong sebarkan)

on 24 Julai 2010


Bersama menyumbang baju melayu kepada mereka yang memerlukan sempena menjelangnya Aidil Fitri.

Semoga sumbangan kita dapat mengembirakan mereka di pagi Aidilfitri.

Untuk Menyumbang Sila ke link : http://www.facebook.com/group.php?gid=135564166475320

Moga dengan sumbangan anda dapat kita sama-sama menceriakan hariraya bagi mereka yang memerlukan.Sila sebarkan.


Penceraian Termahal Di Dunia

Penceraian termahal di dunia ialah penceraian antara pemilik media Rupert Murdoch dan Anna Murdoch.Mereka membina rumah tangga selama 32 tahun dan memiliki 3 anak,mereka berpisah pada tahun 1999.Pampasan penceraian yang di terima Anna setelah bercerai dengan Rupert Murdoch keseluruhannya ialah AS$ 1.7 Billion.


Budak 2 tahun maut dibaham 5 ekor anjing


Seorang budak berusia 2 tahun menemui ajal selepas di serang oleh lima ekor anjing Pit Bull Terrier Amerika.Jacob Bisbee menyelinap keluar dari rumah keluarganya dan membuka pintu garaj menyebabkan 3 ekor anjing kacukan Britain itu menerpa keluar dan kemudian diikuti oleh 2 ekor anjing dari jenis yang sama.

Kesemua anjing itu dipelihara oleh datuk tirinya Steven Hayashi.Akibat serang itu kanak-kanak itu  mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di hospital berhampiran.Kesemua anjing itu juga telah di bunuh.

Hayashi 52 tahun telah ditahan polis dan didakwa atas tuduhan membahayakan kanak-kanak serta memiliki haiwan yang menyebabkan kematian.-harian metro


Bahaya Takbur

sombong nih Pictures, Images and Photos



Sifat takbur adalah sejanis sifat yang berpunca tiada lain melainkan menganggap orang lain lebih rendah dari dirinya di samping memandang hina dan gemar memperlekehkan orang lain.

Jesteru Rasulullah SAW menjelaskan bahawa sifat takbur itu ada dua bahayanya seperti yang dijelaskan dalam hadisnya,"Takbur itu ialah menolak kebenaran dan menghina orang lain."

Hanya Allah saja yang layak memiliki sifat takbur itu manakala manusia merupakan hamba yang daif ,lemah dan tidak berkuasa dan sudah tentu tidak layak memiliki sifat tersebut.
Manusia tidak mampu berbuat sesuatu tanpa pertolongan Allah dan seterusnya jika manusia itu terus dengan sifat takburnya maka dia di anggap menandingi sifat Allah Yang Maha Agung.

Darth Vader Rompak Bank




Seorang lelaki yang memakai kostum seperti watak  Darth Vader dalam filem Star Wars merompak sebuah bank di New York.Dia yang menggunakan sepucuk pistol  berjaya melarikan sejumlah wang.



Pelanggan bank itu pada mulanya menyangka rompakan iru hanya sebagai gurauan bukannya satu rompakan yang serius.Rakaman cctv menunjukkan leleki itu berada di kaunter juruwang dan memasukkan wang kedalam sebuah beg manakala pelanggan bank itu duduk dilantai-agensi

Laptop Hanya RM112 Seunit Di India






Pasukan penyelidikan dari Institut Teknologi India dan Institut Sains India mencipta komputer riba yang mempunyai skrin sentuh pada harga AS$35 (RM112) seunit.Gajet ini dilengkapi pelayar internet dan kemudahn persidangan video dan juga fleksibel dengan komponen-komponen baru bedasarkan keperluan pengguna.Harganya akan dikurangkan lagi kepada AS$20 (RM64) atau AS$32(RM32)-REUTERS

Rakam Aksi Perkosa Anak Sendiri

Seorang kontraktor beristeri empat layak digelar 'bapa setan' apabila tergamak menjadikan anak kandungnya dengan isteri kedua sebagi tempat memuaskan nafsu,apabila memperkosa mangsa sejak enam tahun lalu.Lebih keji lagi,dia turut merakam perbuatan terkutuknya terhadap anaknya yang berusia 14 thn dengan telefon bimbit.
Setiap kali melakukan perbuatan kejinya mangsa di ugut untuk dipukul jika membongkar rahsia kepada sesiapa sahaja.Kejadian ini terbongkar apabila mansa menceritakan kejadian itu kepada seorang guru.-harian metro


Adik Goda ,Kakak Ugut

Adik goda,dua orang kakak pula peras ugut.Itulah taktik yang di  gunakan oleh tiga beradik perempuan mendapatkan wang secara mudah daripada lelaki sasaran mereka.Si adik berkerja sebagai GRO dan  dua orang kakaknya berperwatakan tomboi saling bekerjasama mengikis dan mengugut lelaki yang menjadi mangsa.Setakat ini lima lelaki kehabisan wang diperdaya oleh tiga beradik ini.-harian metro


Katak Makan Ular






Seekor katak sedang memakan seekor ular berlaku  di China. Fenomena alam luar biasa yang dapat ditangkap oleh kamera. Kerana, biasa yang terjadi adalah ular memakan katak dan bukan sebaliknya.


Foto katak gunung yang sedang memakan ular berbisa Jerdon, berjaya diabadikan oleh seorang pelancong yang berkunjung ke Qingcheng Mountain Park di Sichuan, China tengah.

Ran Longzhong, yang berasal dari Chongqing, mendedahkan kepada media bahawa ia seolah olah tidak dapat mempercayai apa yang di lihatnya dan ia gembira dapat mengabadikan fenomena alam tersebut dalam bentuk foto.

“Ketika itu saya sedang berjalan-jalan di gunung, tiba-tiba  saya terlihat seekor katak sedang memakan ular dan ular itu ternyata masih hidup dan meronta-ronta,” katanya.





“Dalam masa lima minit sahaja, katak itu dapat memakan habis ular tersebut. Sukar untuk  dipercayai seekor ular pemangsa dapat dikalahkan oleh mangsanya.”

Kehairanan yang sama pun dihadapi oleh pakar haiwan. Mereka mengakui bahawa fenomena alam katak memakan ular itu tak pernah terdengar sebelumnya.
 
 

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved