Guna Facebook untuk tiduri perempuan

on 21 Julai 2010







Lelaki tua kurang ajar  bernama Clive Worth berumur 60 tahun. Dengan bangganya, mengaku sudah meniduri 1.500 perempuan yang dikenalinya melalui Facebook.

Worth yang dua kali menikah itu memanfaatkan jejaring sosial tersebut untuk menjerat perempuan untuk dijadikan korbannya. Awalnya, perkenalan maya tetapi akhirnya dia meniduri perempuan yang dijeratnya.
Mangsa akhirnya melaporkan kelakuan warga Pontyates, South Wales, itu ke pengurusan Facebook. Pihak pengurusan Facebook telah menutup akaun Worth. Tidak cuma sekali, tetapi empat kali!

Worth sendiri tahu kalau akaunnya telah disenarai hitam Facebook. Maka, dia sering mengubah profil di jejaring itu. Kadang-kadang mengaku jadi perempuan. Kadang-kadang mengaku jadi lesbian. Dia melakukannya supaya dapat meniduri perempuan.(link)


Ikan Pemalas




Apa ini iklan lipstik ? Tapi sesungguhnya ini adalah  satu jenis batfish, makhluk yang hidup di dasar laut (lihat sumber).. Jenis ikan ini malas untuk berenang dan menggunakan sirip/lengannya untuk merangkak di dasar laut.

Baju Cinta


Seorang nenek datang menziarahi  cucu perempuannya yang baru berkahwin.Setelah membunyikan loceng,si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dengan tanpa seurat benang pun di badannya.Belum sempat si nenek bertanya ,si cucu berkata.,

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari bekerja nie nek!"

"Yang kau telanjang tu ngapa!!??"marah si nenek.

"Baju cinta?? Nenek kehairanan.

"Ya suami saya menyukainya.Nenek balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan merasa malu melihat saya pakai baju cinta dihadapan nenek,"pinta cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya.Dalam fikirannya munkin itu cara terbaru melayan sang suami.Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea.

Fikirnya dengan mengikut cara cucunya,sudah tentu dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampainya dia di rumah,si nenek terus menanggalkan pakaianya,mandi ,berbedak dan memakai minyak wangi.Kemudian dia menunggu si atok pulang.

Beberapa ketika si atok pun pulang.Sebaik saja pintu dibuka,si atok mendapati si nenek berbogel dihadapan pintu.....

"Awat hang nie?Dah buang tebiat ker???"marah si atok.

"Inilah baju cinta saya bang,"kata si nenek tadi.

"Baju cinta??....kok yea pun..gosoklah dulu baju tu...nampak sangat kedutnya...."


Kota Paling Sejuk Di Dunia




Yakutsk, lokasinya di Siberia Utara. Kota inilah pemegang rekod kota terdingin di dunia. Suhu normal di sini sekitar - 45,9°C (−51 °F) dan pada puncaknya boleh mencapai -71.2°C (-96.2 °F). Anda hanya boleh pergi kota ini pada musim panas menggunakan feri dari Lena Highway menyeberangi sungai Lena. Pada musim lainnya sungai ini akan membeku.

Hantaran Tinggi

Rizal telah menyuruh emaknya berbincang dengan Emak Jenab mengenai wang hantaran,

Emak Jenab : "Yerlah..anak saya belajar lulus universiti... tak naklah kita ni nak tetapkan berapa-berapa...tapi biarlah patut-patut..selalunya yang belajar tinggi dalam lingkungan 10 ribu.Lagipun ini satu-satunya anak perempuan saya...harap paham-paham jelah."

Emak Rizal :"Saya paham maksud awak ...tapi saya harap awak pun paham lah ya...kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti..biarlah cepat biar jauh daripada maksiat..."

Emak Jenab ;"Kalau awak tak mampu...tak apa..anak saya nie bukannya tak laku..ada ramai yang tunggu..dahlah harga rendah nak cepat pulak tu ..nanti apa orang kata?"

Rizal yang dengar naik angin,

"Yelah mak cik...mak cik nank jual anak ke kereta? Tak ada macam ni..sekarang juga saya letak downpayment 2 ribu.Saya bawak balik anak mak cik....Malam ni saya test drive dulu semua..kalau semua ok,jangan kata 10....12 ribu pun saya sanggup tapi kalau dah lemau,enjin pun tak bagus...anak mak cik dengan deposit makk cik boleh simpan...!!!!''

Emak Jenab : @#!$$%


Kolam Renang Terbesar Di Dunia





Buku Rekod Dunia Guinness sudah menemui 'kolam renang terbesar dunia' yang terletak di pusat pelancongan San Alfonso del Mar Resort di Chile.Sebanyak 250,000 meter padu air diperlukan untuk memenuhi kolam sepanjang 1.013 kilometer itu.

Resort Algarrobo di pantai selatan Chile itu kini secara rasminya boleh berbangga diiktiraf sebagai pihak yang mempunyai kolam renang terbesar di dunia. 






Meliputi kawasan berukuran lapan hektar dengan kedalaman 35 meter, kolam San Alfonso del Mar jauh lebih besar berbanding kolam renang kedua terbesar di Maghribi yang diberi nama 'The Big splash' dan hanya seluas 137.16 meter panjang dan 91.44 meter lebar. 




Mengambil masa lima tahun untuk disiapkan dengan khabar angin mengatakan pembinaannya menelan kos 1 bilion (RM6.43 bilion) dan 2 juta (RM12.87 juta) setahun untuk penyelenggaraan.


 
Memenuhkan kolam itu mungkin suatu tugas yang boleh dianggap rumit.

Namun, ia tidak menjadi masalah besar kerana perancang kolam itu berfikiran ke depan apabila menggunakan air laut yang ditadah pada satu hujung dan dipam semula pada hujung lain menerusi proses kitaran kekal.

Menggelar kolam renang itu sebagai 'Projek hartanah percutian paling inovatif dan berjaya di Chile,' resort San Alfonso del Mar dengan bangganya menunjukkan pengiktirafan Buku Rekod Dunia Guinness dalam laman webnya.

"Kesimpulannya, saiz kolam ini adalah bersamaan dengan 6,000 saiz kolam renang biasa sepanjang lapan meter," kata resort berkenaan di laman webnya.

"Dengan saiznya yang amat mengagumkan, kolam itu menampilkan air berwarna biru tropika sejernih kristal yang diperoleh menerusi teknologi canggih.

"Sebagai tambahan, suhu air kolam pada musim panas ialah 26 darjah Celsius, sembilan darjah lebih panas berbanding suhu lautan dan sudah tentu tetamu kami amat menghargainya," tambahnya.
Tetamu dan pengunjung resort yang terletak 100 kilometer ke barat ibu negara, Santiago, juga boleh menggunakan bot kecil atau berkayak dalam kolam berkenaan. Malah, ada laporan mengatakan, feri juga boleh beroperasi dalam kolam itu.

Pakar biokimia Chile, Fernando Fischmann yang memimpin firma Crystal Lagoons Corporation dan bertanggungjawab mereka cipta kolam itu, berkata teknik kejuruteraan termoden membolehkan pihaknya membina 'sebuah kawasan umpama syurga dunia' meskipun di mana-mana saja.
 
 

Sekuat-kuat manusia , ada kelemahannya


Benarlah kata bijak pandai harta,pangkat,wang ringgit dan wanita adalah ujian besar kepada umat ini.Semuanya membuatnya tenggelam dalm kemabukan dikelilingi perhiasan dunia yang sementara.Kata orang sebanyak mana orang menyukai sebanyak itu jugalah orang membenci.

Memang bukan senang sebenarnya untuk memuaskan hati semua orang.Kita tidak punya kuasa.Manusia adalah lemah.Sekuat-kuat manusia apabila dia lapar dia akan makan.Apabila kenyang dia akan berhenti daripada makan.Apabila mengantuk dia akan tidur.Itulah gambaran manusia sememangnya lemah.

Maka diberikan kepada manusia pelbagai nikmat dan anugerah agar memudahkan kehidupannya.Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk beribadah kepada Allah SWT jua untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini.

Bersyukurlah atas segala nikmat yang diberikan.Manusia yang lupa bersyukur adalah manusia yang yang lupa hak penciptanya iaitu Allah SWT.




Tip Menenangkan Bayi


Tip menenangkan bayi :
  • Tunjukkan muka ataupun dengarkan suara anda kepada bayi (bayi sangat suka bau,muka dan suara ibunya)
  • Peluk dan dakap bayi kepada anda (pemakaian pendakap bayi amat digalakkan)
  • Dodoi dan goyangkan badan bayi secara perlahan-lahan dan nyanyikan atau baca selawat secara  lembut dan perlahan
  • Bercakap dengan bayi dengan nada lembut
sumber : Pa& Ma

 

Ibu Kulit Hitam Anak Kulit Putih





Pakar-pakar genetik kebingungan apabila seorang isteri berkulit hitam melahirkan bayi berkulit putih yang berambut perang dan bermata biru.Bayi yang dinamakan Nmachi Ihegboro bukan seorang Albino memiliki kulit berwarna putih.Dia mempunyai abang dan kakak tetapi berkulit hitam.Pakar berasa hairan kerana ini bukan lah bayi yang lahir hasil kahwin campur kerana pasangan itu berketurunan kulit hitam Nigeria.-kosmo

Lelaki mati akibat teman wanitanya seberat 300 paun duduk diatasnya



Mia Landingham yang beratnya 300 paun telah didapati bersalah kerana membunuh teman lelakinya dengan duduk diatasnya.Teman lelakinya Mikal Middleton-Bey hanya seberat 110 paun.Kejadian ini berpunca akibat pertengkaran .Mereka mempunyai tiga orang anak hasil hidup bersama.Hakim telah menjatuhkan hukum tiga tahun dalam perhatian dan 100 jam membuat kerja amal.Dia merasa menyesal dengan kejadian ini kerana anak-anaknya kehilangan bapa mereka.(link)


 

Ular sawa terbesar di dunia yang tersangkut di wayar







INI IALAH GAMBAR ULAR SAWA TERBESAR DI DUNIA YANG TERSANGKUT DI WAYAR
 
 

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved