Pengemis seksi jadi kaya kerana internet

on 20 Julai 2010






Cheng Guorong seornag pengemis menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di internet.Walaupun selekeh,berambut panjang ,lelaki ini memiliki wajah yang kacak yang menarik perhatian ramai peminat.
Dia di gelar pengemis paling seksi di China dan turut mengecapi status simbol seks di Internet.Nasibnya berubah apabila gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur.



Pakaian semasa dia mengemis turut menjadi ikon fesyen.Dia juga banyak menerima tawaran iklan dan menjadi model peragaan.Dia juga ditawarkan sebagai pelakon dan akan berlakon dalam filem yang mengisahkan kehidupannya. Agensi

Kopi Termahal Di Dunia Mungkin Di HARAMKAN







Majlis Ulamak Indonesia mungkin akan melarang penduduk Islam negara itu daripada meminum kopi termahal di dunia iaitu kopi luwak yang dihasilkan daripada najis musang.Pengharaman itu munkin di buat kerana kopi itu dibimbangi tidak bersih.Kopi ini dihasilkan daripada proses semulajadi daripada biji-biji kopi keras yang dimakan oleh musang dan mengalami proses kimia didalam perut musang sebelum menjadi najis kemudian dibakar oleh petani-petani.





Harga kopi ini mahal kerana kurang pahit.Kopi ini dijual pada harga AS$440 (RM1419) sekilogram melalui internet.DiLondon haraganya 50 paun (RM246) secawan dan A$ 50 (RM140)secawan di Australia.-AP
 
 

Akuarium Di Tepi Jalan Tokyo







Sejumlah akuarium termasuk sebuah akuarium gergasi di letakkan di tepi jalan di daerah beli -belah Ginza sempena Hari Marin.





Akuarium-akuarium itu mengandungi spesis tumbuhan,karang dan pelbagai jenis ikan.
 
 

Dua orang kaya dan pemandunya

car driver Pictures, Images and Photos




Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya 1 : "Hei,kau tau tak,pemandu aku bodohnya setengah mati!Kalu kau tak percaya cuba lihat ini."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong ,''King Kong ini 10 ringgit pergi ke kedai kereta dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan,'' Yes Sir!!" Right A way.Dengan pantas dia pergi kekedai kereta.

Orang Kaya 1 itu beritahu ketemannya,"Nampak?..Apa aku cakap...dia buat betul- betul"

Orang Kaya 2 : "Haaha..itu belum apa-apa..kau nak tengok,pemandu aku lagi teruk daripada itu.Biar aku tunjukkan pada kau.."

Terus Orang Kaya 2 memanggil pemandunya Rambo."Rambo,pergi kerumah aku ,cuba lihat sama ada aku ada kat rumah atau tidak?"

Rambo : "Yes Sir!! Right A way" Dan terus cabut kerumah tuannya.

Orang Kaya 2 beritahu kepada kawannya tadi ,"Nampak apa yang aku cakapkan?Dia tak ada otak untuk berfikir,mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa."

Tidak berapa lama kemudian kedua-dua pemandunya bertemu di  jalan....

King Kong : "Ehhh you know my boss is very stupido lah.Dia kasi aku 10 ringgit dan suruh aku beli Mercedez di kedai kereta,mana boleh?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu.Semua kedai kereta tutup!!''

Rambo : "Kau fikir boss kau stupid..boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat sama ada dia ada atau tidak...Padahalkan dia boleh check sendiri..telefon jer la kat rumahnya!!"

p/s siapa stupidoo sebenarnya???

Tempat Wanita Lepaskan Geram


Sebuah pusat membeli belah di China menyediakan  tempat khas kepada pelanggan wanita untuk memukul pelbagai jenis barang sebagai cara melepaskan kemarahan.Pusat itu mensasarkan surirumah untuk mereka melepaskan geram.Mereka boleh memilih ruang rehat atau bilik tidur untuk memukul barang bagi melepaskan kemarahan dengan kayu besbol.Sarung tangan dan topi keledar di sediakan untuk menjaga keselamatan.-kosmo



Bapa di belasah nasihat anak cari kerja

Kerana rimas di tegur bapanya seorang anak durjana sanggup menumbuk bapanya sendiri menggunakan buku lima dan cuba memukulnya menggunakan tukul besi.Akibatnya bapa itu terpaksa menerima jahitan dikepala dan trauma untuk pulang kerumah.Anaknya yang berumur 21tahun ditegur kerana tidak bekerja dan suka mrlepak.-harian metro


Wanita paling gemuk kesal layanan hospital





Seorang wanita paling gemuk di Britain, Sharon Mevsimler , 40, mendakwa doktor-doktor di sebuah hospital dekat rumahnya di sini sengaja membiarkan dia supaya mati kerana tubuhnya amat gemuk,


Dia yang memiliki berat 286 kilogram kini menghabiskan masa di atas katil hospital dengan ditemani suaminya, Tyler selain menggunakan topeng oksigen bagi membantu pernafasan.

Ibu empat anak itu mendakwa, pihak hospital membatalkan satu pembedahan pintasan usus yang melibatkan kos £30,000 (RM147,496) disebabkan tubuhnya terlalu besar bagi menjalani pembedahan.

“Tiada sesiapa yang mahu bersimpati dengan nasib orang gemuk,” kata Sharon.

Pada mulanya, berat badannya normal ketika dia berkahwin pada usia 20-an.





Berat badannya bertambah selepas dia menjadi penagih makanan kesan daripada tekanan selepas melahirkan anak .(link)
 
 

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved