BEN buat aku teringat kisah lalu

on 15 Julai 2010


Selamat bercuti Ben.Pulau  Tioman memang best,Bila dah pergi sekali pasti nak pergi lagi.Aku dah pergi 8 kali.Masa aku bujang .Pergi selalu konvoi ,dekat 10 biji kereta.Satu kereta 4 atau 5 orang.Gamat kawasan chalet tu.
Aku dan member selalu duduk kat NAZRI PLACE kat KAMPUNG AIR BATANG. Biasanya kita orang booking chalet 2 bulan sebelum pergi.Lambat booking chalet penuh.
Makan kat sana memang murah.Chalet pun murah.Aku dan member sampai dah dapat keluarga angkat kat sana.Orang kampung pun ramai yang dah kenal.Petang lawan bola atau bola tampar dengan orang kampung.
Tapi yang paling aku tak boleh lupa aku hampir lemas kat sana.Semuanya gara -gara nak tunjuk handal.Aku selalu lepak dengan kawan-kawan kat satu kawasan namanya PANOBA.Tempat memang cantik.Siapa suka snookerling boleh gi sana.Selalu kami pergi jalan kaki sahaja pasal dekat dengan Kampung Air Batang.Kena panjat bukit dulu baru sampai sana.
Kejadian lemas itu berpunca aku snookerling seorang diri.Orang snookerling kat tepi-tepi sahaja tapi aku main kat tengah.Kerana ikutkan satu ikan yang besar aku dibawanya sampai ketengah.Bila aku sedar ,aku cuba patah balik ,masa tu air pasang.Aku berenang melawan arus pasang,makin aku lawan makin aku dibawa ketengah.
Lama-lama kaki aku 'krem',terpaksa kayuh guna satu kaki tapi tak berdaya.Aku tanggalkan tapak kaki itik dan google aku.Air masin dah mula aku telan.Kerana Tuhan tu nak tolong aku nampak ada batu besar kat bawah laut tu,aku cuba tenggelamkan diri dan kemudian berdiri kat batu besar tu.Aku cuba lompat sambil menjerit minta tolong.Air masin makin banyak aku telan.Aku jerit takada orang dengar.Aku jerit sampai 4/5 kali baru kawan aku terdengar.
Mereka berlari menyelamatkan aku.Kalau tidak tak tahu apa nak jadi.Saat lepas kejadian itu aku macam fobia nak buat snookerling lagi.Mandi tak pe tapi tak main sampai ketengah lagi.Itulah pengalaman aku bercuti di pulau Tioman.Memang best Tioman ini.
Sejak Pualu Tioman ini jadi Zon Bebas Cukai aku dah tak pergi dah...


Perlukah Sampai Berbogel?


Tuntutan kerjaya ,perlukah sampai berbogel.Hilang akal atau memang tak tahu malu.Pengakuan berani seorang pelakon lelaki tanah air minggu lalu sungguh memalukan agama dan bangsanya sendiri.Pelakon berbangsa Melayu itu telah mengaku melakukan satu adegan panas di dalam filem sebuah terbitan tempatan.Demi memastikan lakonannya nampak relistik, dia memilih untuk berbogel ketika menjiwai salah satu babak dalam bilik mandi.Alasannya cukup mudah,aksi bogelnya itu dibuat atas tuntutan seni dan kerjaya sebagai anak wayang.Dia juga optimis dengan berbuat demikian dia dapat memberi mesej kepada masyarakat realiti sebenar kehidupan masyarakat transeksual iaitu menjadi tema filem tersebut.
Kenyataan yang tidak boleh di terima akal.Dibarat fenomena ini memang biasa.Mereka sanggup melakukan apa saja atas nama seni dan profesional dalam menjalankan tugas.Pelakon yang sanggup melakukan apa saja,merekalah yang dianggap pelakon yang berwibawa.Walaupun sampai mendedahkan tubuh badan untuk ditontoni berjuta-juta penonton.
Dasar inilah juga yang mula menular ke industri wayang negara kita.Demi populariti dan keberkesanan lakonan kononnya mereka sanggup melupakan panduan seharusnya dipegang dan di jaga.Apabila tuntutan kerjaya lebih penting daripada tuntutan agama maka mereka berani berkata apa yang mereka lakunkan hanya lakonan semata-mata.Bagi mereka aib bukan lagi menjadi milik peribadi dan orang ramai boleh melihatnya kerana seni.


IBU RENDAM ANAK DALAM MESIN BASUH

 Seorang wanita yang ditangkap selepas didakwa mencekik anaknya hingga mati semalam memberitahu polis, dia juga merendam anaknya dalam mesin basuh.
Junko Egashira, 34, ditangkap bulan lalu selepas dia dituduh membunuh anaknya, Mone, di barat Fukuoka.

Junko mengaku berulang kali menutup mulut anaknya dengan pita pelekat, mengikat tangan dan kakinya dan memaksanya duduk dalam mesin basuh yang penuh dengan air. Dia juga kadang kala memutarkan mesin berkenaan, lapor akhbar Asahi.

Dia juga mengikat anaknya pada rak dengan kedua-dua tangan di atas dan menggantung baldi berisi air pada tangan itu selama beberapa jam.

Menurut Asahi, Junko bercerai dengan suaminya pada 2008. Penderaan terhadap anaknya semakin menjadi-jadi apabila mereka berpindah ke rumah baru Mei lalu.(LINK)



Allah Sangat Cinta Kepada Golongan Muda Yang Bertaubat

Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman :'' Aku cinta kepada 3 golongan,tetapi 3 golongan lainnya lebih Aku cintai : Aku cinta kepada orang pemurah tetapi terhadap orang yang hidupnya sederhana dan pemurah pula maka lebih Aku cintai.Aku cinta pada orang yang bertawadhu' (rendah diri) tetapi pada orang kaya (berpangkat) dan tawadhu' pula maka dia lebih Aku cintai.Aku cinta kepada orang yang taubat kepadaKu tetapi pada anak muda yang bertaubat kepadaKu maka dia lebih aku cintai." (Hadis Qudsi-Sahih-Riwayat Ibnu Hibban)

Anak muda atau golongan remaja ini di cintai Allah kerana kebiasannya mereka lebih bertenaga dengan ransangan nafsu yang kuat.Jiwa mereka belum tenang seperti orang dewasa.Jadi golongan muda yang bertaubat kepada Allah bererti mereka ada kesungguhan dan memerlukan perjuangan  yang lebih besar berbanding orang yang lebih berusia.
Jadi sebenarnya golongan remaja ini masih mempunyai peluang untuk memperbaiki diri.Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat.Mereka pasti akan lebih dicintai Allah sekiranya kembali sedar dan bertaubat atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan.-iluv Islam



Pelajar dapat ikan emas gergasi

Nick Richards 16 tahun tidak menjangka mendapat seekor ikan emas gergasi sepamjang 40.6 cm dan berat 2.27kg semasa memancing di sebuah tasik .Ikan itu dipercayai dibuang oleh pemiliknya kedalam tasik berkenaan dan ia kemudiannya membesar dengan cepat.Rekod ikan terbesar di Britain sebelum ini berukuran 39.9 cm dan berat 0.9kg.Dia kemudiannya melepaskan semula ikan itu selepas merakamkan gambar.-kosmo

Pemilik Payu Dara Terbesar Kini Kritikal

Seorang model berumur 28 tahun Sheyla Hershey yang memiliki payu dara terbesar di dunia kini berada dalam keadaan kritikal.Dia yang juga seorang ibu berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan payu dara terbaru di sebuah hospital.Dia mempunyai saiz payu dara 38KKK.Dia menghadapi maslah sukar bernafas dan terpaksa menjalani pembedahan kecemasan.Kemungkinan doktor terpaksa membuang impalannya dan membuang payu daranya yang asli-harian metro

p/s syukur apa yang ada...

Remaja Di Tampar Drebar Teksi

Hanya kerana enggan menaiki teksi selepas tidak setuju dengan caj bayaran di kenakan seorang remaja wanita 20 -an di tampar oleh pemamdu teksi terbabit.Pemandu teksi itu meminta bayaran sebanyak RM60  dari Bandar Baru Sentul ke Chow kit.Dia memberi alasan meter teksinya rosak.Kerana caj yang terlalu tinggi menyebabkan remaja terbabit enggan menaiki teksinya dan kemudian pemandu itu berang terus menampar remaja terbabit.-harian metro

Leher di sembelih hampir putus


Seorang reamaja perempuan yang berusia 12 tahun telah ditemui meninggal dunia oleh ibunya dan didapati lehernya hampir putus.Manakala pada beberapa bahagian badan remaja juga terdapat kesan keganasan seksual.Polis percaya remaja tersebut telah diperkosa terlebih dahulu sebelum dia dibunuh.Hasil siasatan polis remaja itu telah dibunuh oleh seorang jirannya  yang menyerah diri.Dia telah mengaku membunuh remaja tersebut dan merogolnya.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved