PELAWAK

on 14 Julai 2010

CLOWN Pictures, Images and Photos



Tiga orang lelaki,seorang ahli falsafah,seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap.Lalu hakim berkata ," Kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku,kalau aku dapat jawab..kamu akan di tahan dipenjara tapi kalau aku tak dapat jawab kamu akan dibebaskan."

Ahli falsafah mula berkata ,"Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.Jika Yang Arif bejaya membawanya ..saya rela dihukum,"
Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.Lalu buku itu diberika kepada ahli falsafah untuk disahkan."Ya benar sekali inilah bukunya Yang Arif."
Lalu ahli falsafah dipenjarakan.

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan soalan..."Cuba jawab 125565666 + 56545656 dalam masa 5saat.."
Sambil menekan kakulator dengan pantas Hakim memberikan jawapan dan ternyata tepat...Pakar Matematik pun dipenjarakan.

Giliran terakhir pelawak,'Berikan saya kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya."kata si pelawak.
Apabial kerusi disediakan..pelawak itu duduk dan tiba -tiba melepaskan kentut yang kuat.
Pelawak itupun berdiri dan berkata ,"Yang Arif..dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"
Setelah membelek Hakim berkata,'Kentut mu keluar dari lubang yang ketiga dari sebelah kanan."
"Salah!!! Sebenarnya kentut saya keluar dari lubang punggungku ini...''
Pelawak itupun dibebaskan.

Rahsia Perwatakan Melalui Kuku

Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza.Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik,pasanagan atau diri anda?Kenalilah wataknya.....

KUKU YANG BAIK,RAPI DAN INDAH
  • Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya.Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.
BENTUK KUKU PENDEK TETAPI LEBAR
  • Biasanya orang yang memiliki kuku seperti ini memiliki sikap praktis dan cekap dalam ilmu,otaknya cerdas serta ingatannya tajam.Orang yang memiliki kuku seperti ini sukakan muzik dan lagu.
BENTUK KUKU YANG AGAK PANJANG DAN PUCAT
  • Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering menelamun melayani perasaan.Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.
BENTUK KUKU SEDANG DAN WARNA MERAH SEDIKIT
  • Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi baik dalam pekerjaan,selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.
BENTUK KUKU BERSEGI TETAPI RATA
  • Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul.sedikit kewibawaan,tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan
BENTUK KUKU LANGSING
  • Orang yang memiliki kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering was-was ,mudah ditimpa malang dan kurang berwibawa.
BENTUK KUKU PANJANG BULAT BERWARNA KUNING
  • Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya seorang yang jujur,sabar,tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.
BENTUK KUKU RUNCING KE BAWAH ATAU SEPERTI BIJI TIMUN
  • Menunjukkan orang yang memililki kuku seperti ini sering was-was, bodoh,mudah diserang penyakit,mudah terkejut dan tak kuat bekerja.
BENTUK KUKU RUNCING TETAPI BESAR DAN TEBAL
  • Biasanya orang yang memiliki kuku seperti ini mempunyai sifat tegas dengan pendiriannya,sering berpindah randah tempat tinggalnya,suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau gemar bertukar pasangan hidup sahaja.

Semut dan Keldai (baca dan renungkan)


Ada seerkor keldai yng rajin dan sangat taat kepada tuannya.Hari -hari kerjanya naik turun bukit dengan memikul bebanan tuannya.Setiap hari setelah siap kerja yang di tugaskan tuannya akan memberikannya sedikit makanan untuknya dan keluarganya makan.Makanan semuanya sedap -sedap belaka.

Suatu hari setelah keletihan kerana memikul bebanan walaupun bebanan itu lebih kecil dari tubuh badannya si keldai berhenti berehat di bawah sebatang pokok.Tiba-tiba si keldai itu terlihat seekor semut yang sedang bernyanyi sambil membawa sekeping roti yang jauh lebih besar dari tubuh badan si semut itu.Si keldai menjadi hairan dan pelik.Si keldai pun menyuruh si semut itu berhenti dan berkata.....

"Hai semut...aku pelik betul tengok engkau ni..dah ler kecik pilkul bebana lebih besar dari tubuh badan kau..boleh lak menyanyi..ko tak penat ker semut,,''
Si semut menjawab "Eh keldai..aku pun ada gak soalan untuk kau.Setiap hari kau pikul bebanan naik turun bukitkan? Bebanan yang kau pikul tuh untuk siapa.?"
Si keldai menjawab "Untuk tuan aku lerrr semut,"

Si semut berkata ,'' Haah...ituler bezanya kau dan aku...Aku pilkul bebanan ini walaupun jauh lebih besar dari badan aku tetapi bebanan aku ini untuk aku sendiri.Bila aku letih aku berhenti ,makan sikit roti ni.Beza dengan engkau walaupun kau pikul bebanan yang jauh lebih kecil dari badan kau sendiri tetapi bebanan yang kau pikul hari-hari tu adalah bebanan orang lain.Kau bebankan diri kau sendiri sekadar untuk dapatkan sedikit makanan setiap hari untuk diri dan keluarga kau."
Si kldai pun terdiam sambil melihat si semut yang bijak itu meneruskan perjalannya sambil menyanyi.

p/s adakah kita simkeldai atau si semut yang bijak????


Lima Kali Sehari

Suatu hari seorang menteri dan isterinya merasmikan pusat pembiakan  lembu Australia.Di depan hadirin ...seorang petugas menjelaskan proses pembiakan lembu ini..

"Dato dan Datin...lembu ini mampu mengawan sebanyak 5kali sehari,"

Mendengar penjelasan itu..dengan pantas isteri menteri itu berbisik ketelinga suaminya.

"Dengar tu ...lembu pun mampu mengawan sampai lima kali sehari bukan macam abang,"

Mendengar komen isterinya...menteri tersebut cuma masam muka saja.

Kemudian petugas didepannya tadi terus memberikan penerangan....

"Lembu ini mampu mengawan dengan lima lembu betina berlainan sehari!"

Menteri dengan senyuman membisikan sesuatu ketelinga isterinya..

''Dengar tu..lima kali sehari dengan lima betina berlainan...yang ni boleh aje..."

Pemuda mabuk nak bergurau dengan buaya

Seorang pemuda Australia beruntung masih hidup setelah dalam keadaan mabuk memanjat pagar kandang buaya dan menunggangi haiwan reptilia buas sepanjang lima meter yang diberi nama Fatso.Michael Newman, 36,berkata di cuma ingin bergurau dengan buaya itu.Kakinya telah digigit dan dapat melepaskannya kerana buaya itu tersepit.Fatso yang besar itu boleh menghancurkan tulang dengan hanya satu gigitan sahaja-(link)

Risiko Panas Baran


  1. Di pulaukan masyarakat
  2. Jiwa terasa kosong
  3. Sukar mendapat kepercayaan atau amanah
  4. Pergaduhan besar dan memungkinkan berlakunya penceraian
  5. Terdedah kepada risiko melakukan kesalahan jenayah
  6. Penderaan 
  7. Tekanan perasaan
  8. Mendapat penyakit kronik seperti darah tinggi
  9. Hilang keyakinan diri
  10. Sukar mendapat kawan dan kesetiaan
  11. Sukar menyiapkan sesuatu pekerjaan
  12. Sukar berfikiran positif
  13. Gagal memberikan keputusan yang tepat
  14. Sering menyesal kemudian hari
  15. Sukar didampingi
Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya seseorang berkata kepada Nabi SAW,"Beri aku wasiat?" Nabi SAW bersabda : "Janganlah engkau marah." Orang itu mengulangi permintaannya hingga beberapa kali,sedang Nabi SAW bersabda : "Janganlah engkau marah." (HR Bukhari)

Seorang lelaki bertanya baginda : "Wahai Rasulullah! Apakah sesuatu yang lebih berat? Dijawab Rasulullah SAW :"Kemurkaan Allah".Lelaki itu bertanya lagi ,''Apakah sesuatu yang dapat menjauhkan aku daripada kemurkaan Allah?" Rasulullah SAW menjawab :"Jangan marah.'' (HR Ahmad dan Ibnu' Amr)

"Tu pun shaya dah terai,shedap......."

Seorang askar rejimen PPH berjumpa denagn seorang Tok Batin.Mereka mula bersembang pasal makanan dari makanan kampung hinggalah ke makanan western.Tok Batin tu tak mengaku kalah,tiap-tiap makanan yang diceritakan oleh askar itu semuanya dia dah cuba.
Mula -mula cerita pasal KFC," Tu shaya dah terai dah ,shedap...."
Lepas tu cerita pasal Pizza Hut," Tu shaya dah terai shedap......"
Pasal Mc Donalds," Tu juga saya dah terai,shedap....."
Askar tu dah syak Tok Batin ni temberangkan dia.Lalu dia dapat idea nak menggenakan  Tok Batin yang sombong dan berlagak ini.Askar tu pun tanya,"Tok Batin pernah makan kari kepala ikan?"
"Tu pun shaya dah terai,shedap......"jawaban biasanya
Askar tu tanya lagi,"Tok Batin pernah makan kepala keretapi?''
"Tu pun shaya dah terai,shedap....''.Sah memang dia tipu.

Mak dipenjarakan kerana adakan hubungan seks dengan anak sendiri


Aimee L. Sword, 36,dari Waterford Township telah didapati bersalah dan dipenjarakan antara 9 hingga 30 tahun kerana mengadakan hubungan seks dengan anak kandungnya sendiri.Polis berkata Sword telah menggunakan Facebook untuk mencari anaknya pada tahun 2008 yang ketika itu berusia 14 tahun.Pertama kali berjumpa anaknya ini dia merasa teruja dan hubungan mereka seperti pasangan kekasih dan bukan seperti anak dengan emak.Anaknya kini berusia 16 tahun.-(link)

Mat Goyang Belasah Anak Guna Rantai Kunci

Dia terkenal dengan gelaran 'Mat Goyang' kerana tabiatnya yang suka mabuk,panasa baran dan kaki pukul.Kejadian kelmarin di luar perikemanusiaan apabila tergamak membelasah dua anak perempuannya menggunakan rantai kunci bermangga kerana anaknya bermain basikal di luar rumah.Bapa berusia 38 tahun itu bagaikan dirasuk syaitan memukul anaknya yang berusia 13 dan 10tahun sebelum meninggalkan mereka terbaring di depan rumah.Orang ramai yang melihat kejadian itu kemudiannya menghubungi  polis.Suspek akhirnya di tahan.-harian metro



Isteriku Liza

Cheer Up Grin Smile smiley smilie smileys smilies icon icons emoticon emoticons animated animation animations gif gifs Pictures, Images and Photos


"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi Dipetik dari majalah UJANG.......






Di Setubuh Jin Belaan Arwah Suami


Akibat mengamalkan satu ajaran yang bercanggah dengan agama Islam,seorang lelaki telah didampingi oleh sejenis jin.Malah jin peliharaan itu dikatakan telah menyetubuhi janda lelaki terbabit.Perbuatan terkutuk itu dilakukan berulang-ulang kali hingga akhirnya ibu tunggal terbabit mengandung dan melahirkan anak ular.Hubung badan di lakukan secara paksa dan pihak perempuan dikatakan tidak berdaya untuk menolaknya.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved