PERLU TAHU 13

on 13 Julai 2010

YANG PERLU KITA TAHU.....


  • Nama Artik(kutub utara) bererti beruang dalam bahasa Yunani (Arktos) dan beruang kutub hanya ada di kutub utara


  • Rahang kucing tidak boleh bergerak ke kiri ke kanan


  • Sampai usia 6 bulan,bayi biasa boleh menelan dan bernafas secara bersamaan.Orang dewasa tidak boleh


  • Tiap tahun bulan menjauh 3.82 cm dari bumi

PERLU KITA TAHU 12


YANG PERLU KITA TAHU.....


  • Di  Amerika,seseorang didiagnosa menderita sakit AIDS setiap 10minit.Di Afrika seseorang meninggal kerana AIDS setiap 10 minit.


  • Dalam satu titis air mengandungi 50 juta bakteria


  • Lobster dapat hidup selama 100 tahun


  • Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari

Berhati-hati Dengan Tuala Wanita


Beberapa hasil ujian yang dilakukan di negara barat membuktikan terdapat bahan toksid dalam tuala wanita biasa.Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga pernah mendedahkan bahaya tuala wanita yang biasa kepada kaum wanita.Selain daripada takungan darah yang menjdai punca pembiakan bakteria,kandungan dalam tuala wanita itu sendiri mendedahkan wanita kepada risiko penyakit yang digeruni tanpa disedari.
Berapa ramai yang sedar tuala wanita diperbuat daripada gentian/serbuk pulpa kayu yang di putihkan dengan bleaching (bahan pemutih)?
Bleaching adalah asid peluntur biasa digunakan semasa mencuci pakaian atu lantai rumah.Asid ini kalau di lekatkan pada kulit seperti di faraj,ia akan menyerap masuk kedalam sel-sel tubuh badan dan lama kelamaan akan terkumpul dan boleh memudaratkan rahim.
Ramai menyangka tuala wanita diperbuat daripada kapas asli kerana ia berwarna putih..Jika anda sering menonton iklan mengenai tuala wanita anda cuba perhatikan tulisan "PERMUKAAN SEPERTI KAPAS ASLI'' yang bermaksud bukan dibuat daripada 100% kapas asli.
Kandungan dioksin/toksik yang tertinggal dalam tuala wanita boleh meresap masuk kedalam tubuh sipemakainnya ,terkumpul didalm sel lemak.Ini boleh menyebabkan penyakit serius.Pengguna berhadapan dengan risiko lemah badan,imuniti lemah,radang pelvik,kurang subur serta boleh menjejaskan perkembangan dan kesihatan janin dalam kandungan.
Tuala wanita biasa yang berasaskan kayu pulpa juga mengadungi bakteria.CAP mendapati jumlah bakteria 10 kali ganda dari piawaian antarabangsa dan boleh membawa kepada jangkitan faraj.
Walaupun penyelidikan yang telah dibuat tidak betul-betul membuktikan sejauh mana tahap bahaya dioksin dalam tuala wanita tetapi banyak kajian yang mendapati memang terdapat dioksin dalam tuala wanita dan menyokong supaya penggunaan tuala wanita diperbuat daripada pulpa kayu dielakkan dan menggantikannya dengan tuala wanita daripada kapas asli.

Kisah Malang 5


Walter Hallas 31 tahun seorang kerani sebuah stor di Leeds United,England mengalami sakit gigi yang agak teruk.Dia mengerang kesakitan tetapi takut untuk berjumpa doktor gigi.
Untuk melegakan kesakitan,Hallas memanggil kawannya dan meminta kawannya itu menumbuk kearah rahangnya.Tumbukan padu pun dilepaskan,Hallas terjatuh dan kepalanya terhantuk ke lantai dan menyebabkan dia meninggal dunia akibat tengkoraknya retak.

p/s serah pada yang pakar....

4 perkara untuk sihat (Petua Imam Syafie)

EMPAT PERKARA MENGUATKAN BADAN 
  • Makan daging
  • Memakai  haruman
  • Kerap mandi
  • Berpakaian dari kapas
EMPAT PERKARA MELEMAHKAN BADAN
  • Banyak bekelamin (bersetubuh)
  • Selalu cemas
  • Banyak minum air ketika makan
  • Banyak makan bahan yang masam
 
EMPAT PERKARA MENAJAMKAN MATA
  • Duduk mengadap kiblat
  • Bercelak sebelum tidur
  • Memndang yang hijau
  • Berpakaian yang bersih
EMPAT PERKARA MEROSAKKAN MATA
  • Memandang najis
  • Melihat orang di bunuh
  • Melihat kemaluan
  • Membelakangi kiblat
 
EMPAT PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN
  • Tidak banyak berbual kosong
  • Rajin bersugi (gosok gigi)
  • Bercakap dengan orang soleh
  • Bergaul dengan para ulama
 
CARA TIDUR :

TIDUR PARA NABI
  • Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi
TIDUR PARA ULAMA' DAN AHLI IBADAH
  • Miring kesebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam
TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
  • Mengiring kesebelah kiri untuk mencenakan makanan yang banyak dimakan
TIDUR SYAITAN
  • Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka




Mamat Kentut

Ada seorang mamat masuk kedalam lif untuk naik ketingkat lapan sebuah bangunan.Sampai di tingkat satu masuk seorang awek cun lagi bergaya lalu menyembur perfume ke tubuhnya.
"Ini perfume mahal tau...jenama Baverly Hill RM 400 sebotol,"Katanya dengan angkuh.Bengang gile mamat tu.
Sampai di tingkat tiga,masuk lah seorang mak datin juga menyembur perfume ke tubuhnya.
"Perfume Vecinza dari Itali ,RM 1000 sebotol tau,"kata mak datin tu.Lagi angkuh berbanding awek tadi.Lagi menyampah mamat tu.
Sampai di tingkat lapan pintu lif pun terbuka dan mamat tu sedia nak keluar dari lif ."Prooootttt!!!.Sebalum keluar mamat tu sempat mengeluarkan "gas aslinya" dalam lif itu.
"Telur rebus kedai mamak ,tak mahal 50 sen aje.."kata mamat tu dengan selamba lalu berjalan meninggalkan kedua perempuan kerek tu membau haruman semula jadi.

p/s jangan 'berlagak' sangat..

Perkosa Remaja Depan Ibu Sendiri

Luluh hati seorang ibu apabila terpaksa menyaksikan sendiri kekejaman anak lelakinya memperkosa remaja berusia 16 tahun.Lebih memedihkan jeritan wanita itu yang cuba menghalang tindakan keji darah dagingnya itu tidak di endahkan langsung.Mangsa yang juga seorang pelajar dirogol empat kali didalam bilik.Ibunya yang mengetuk pintu bilik anaknya berkali-kali tidak di hiraukan.Anak lelakinya seolah-olah dirasuk hantu.Remaja perempuan itu telah disahkan mengandung.-harian metro

Pijak Sampai Pengsan

Hanya kerana seutas rantai tangan,dua peragut sanggup memijak tangan seorang nenek berusia 68 tahun sehingga patah tangan.Dia diragut ketika dia berseorangan pergi kekedai runcit.Mereka memijak nenek ini sehingga pengsan dan bila dia tersedar ,dia terus pulang kerumah .Di rumah dia mendapati tangan tidk dapat di gerakkan lagi.-harian metro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved