Paul salah ramal

on 10 Julai 2010

Pada petang tadi si Paul sotong kurita peliharaan siapa ntah meramalkan Selangor kalahkan Kelantan.Tapi perlawanan tadi Selangor seri dengan Kelantan.

Kerajaan UAE haramkan VUVUZELA


Kerajaan UAE telah mengharamkan vuvuzela kerana bunyi yang amat bising dan boleh memudharatkan.Vuvuzela mempunyai kadar bunyi lebih daripada 100 decibles iaitu 127 decibles.Vuvuzela yang dibenarkan hanya mempunyai bunyi bawah kadar 100 decibles dan hanya boleh dimainkan  di dalam stadium sahaja.Pengharam ini dibuat oleh majlis agama negara berkenaan-new kerala.com

Binkan Anak Luar Nikah


Anak luar nikah sekiranya dilahirkan enam bulan satu lahzah (ketika) selepas tarikh pernikahan ibu dan bapanya,maka dia boleh di nasabkan kepada suami kepada ibu dan boleh di warisi harta pusaka.
Sebaliknya jika dia lahir kurang dari tempoh tersebut,maka hendaklah dia dibin/dibintikan kepada Abullah atau Asmaul Husna dan tidak boleh mewarisi harta pusaka suami tetapi boleh mewarisi harta ibunya.
Dalam Islam,kedudukan anak yang dilahrkan adalah sama seperti kanak-kanak lain,tidak menanggung dosa kedua ibubapanya.

p/s Seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita yang hamil dua bulan kerana berzina.Soalannya,bolehkah anak wanita itu dibinkan atas nama lelaki tersebut?

Jangan Paksa Suami

Hug Smiley Pictures, Images and Photos


"Sebagai isteri,wajar memberi banyak ruang kepada suami agar hubungan kekeluargaan terus erat dan mantap.Sesekali jangan memaksa suami dalam membuat sesuatu keputusan.Tetapi seringlah mengucapkan terima kasih.Inilah faktor kebahagian dapat di kekalkan..."

  • Apabila si suami memberitahu pulang lewat,ucapkan terima kasih kerana memberitahu.
  • Jika suami meminta bantuan,janganlah tangguh ,buatlah dengan serta merta dan lakukan dengan ikhlas serta gembira dan tidak mengungkit atau banyak komen.
  • Ucapkan kata-kata sayang kepada suami sekurang -kurangnya dua kali sehari.
  • Jika  marah tunggu hingga sejuk.Apabila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan.Jangan sesekali salahkan suami.
  • Ketika bercakap,beri perhatian sepenuhnya,hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.
  • Sekiranya memesan barang dapur,senaraikan di atas kertas.Jangan buat suami pergi kekedai berulang kali.
  • Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
  • Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja.Telefonlah dengan lebih kerap jika suami menggalakkannya.
  • Jangan ganggu suami ketika sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.
  • Jika suami marah ,jangan sesekali menjawab,hanya tunduk dan diam (walaupun kita tak bersalah).Terangkan keadaan yang sebenar selepas sejam kemudian.

Paul Pilih Selangor Menang Lawan Kelantan

Tak sangka pulak mamat kurita ini tahu pasukan dari Malaysia.Dia ingat warna bendera Selangor sama dengan bendera Sepanyaol kot.....

P/S tengok je percaya jangan....

Silaturrahim Bawa Bahagia


Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya ada seseorang berkata,"Wahai Rasulullah,sesungguhnya aku mempunyai kerabat yang aku berusaha mengikat tali silahturrahim dengan mereka tetapi mereka memutuskannya dengan aku. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepadaku. Aku selalu ramah kepada mereka tetapi mereka tidak mengendahkanku."
Baginda SAW bersabda,''Seandainya kamu benar-benar seperti apa yang kamu ucapkan,seakan-akan kamu menelan abu kasar yang sangat panas.Dan Allah akan selalu memberikan pertolongan kepadamu atas perbuatan mereka selama kamu tetap berbuat demikian."(HR Muslim)

Hadis ini memberikan pelajaran kepada kita agar tetap berbuat baik kepada orang berlaku jahat kepada kita.Apabila dia memutuskan hubungan hendaklah kita meyambungkan kembali dengannya,apabila dia bersikap acuh tak acuh,hendaklah kita tetap peduli kepadanya.Bahkan apabila dia menyakiti hati kita,hendaklah kita bersabar dan tetap berbuat baik kepadanya.
Hal inilah yang di tunjukkan Nabi SAW ketika menghadapi kezaliman dari kaumnya sendiri seperti Abu Jahal.Ini kerana sikap yang baik itu dapat melembutkan hati orang yang jahat itu.Jika orang itu tidak berubah sikapnya,tentu dia semakin jauh dari Allah Yang Maha Mengasihi

Tabarez : Kami akan kalahkan Paul

Jurulatih Uruguay Oscar Tabarez, mengatakan pasukannya akan mengalahkan Jerman pada perlawanan tempat ketiga Piala Dunia 2010 Afrika Selatan dan mengenepikan ramalan sotong kurita bernama Paul. Pada perlawanan terakhir Jerman iaitu melawan Uruguay, ia meramalkan Jerman bakal menjadi pemenang.

"Ini bukan cuma soal mengalahkan Jerman, tetapi juga mengalahkan si kurita. Ini akan menjadi luar biasa dan saya pikir ini mungkin," ujar Tabarez.

"(Bila kami menang), itu akan menjadi pesan bagi setiap orang bahawa tak ada yang mustahil dalam bola sepak," tambahnya-KOMPAS

Paul lebih suka pilih kotak kanan

Pada Piala Dunia ini, Jerman telah bermain sebanyak tujuh perlawanan. Semuanya sudah ada keputusan kecuali perlawanan merebut tempat ketiga melawan Uruguay,. Paul meramal semuanya, dan sejauh ini semua ramalannya, kecuali perlawanan Jerman-Uruguay (belum bermula), terbukti benar.

Melihat gambar, dalam empat kali meramal, Paul selalu memilih makanan dari kotak sebelah kanan,iaitu ketika meramal hasil perlawanan Jerman-Serbia, Jerman-Argentina, Jerman Sepanyol, dan Jerman- Ghana.

Selain itu, , Paul juga meramal hasil pertandingan perlawanan akhir antara Sepanyol dan Belanda. Ketika meramalkan, ia memilih makanan kotak kanan, di mana bendera Sepanyol ditampal.Kita nantikan apakah pasti ramalannya yang kelapan ini begitu tepat?.-kompas

Badi Air Mayat


Untuk memudahkan tugasnya sebagai ketua kaki pukul seorang lelaki sanggup melakukan perbuatan khurafat iaitu memuja dan mandi air mandian tujuh mayat.Ilmu itu menjadikan tubuhnya tidak lut oleh senjata.Akibat melanggar pantang supaya tidak menjejaki ke kawasan tanah perkuburan ,dia kini menderita kesakitan.Seluruh tubuhnya dalam keadaan kesakitan dan tidak boleh bangun.-harian metro

Teka-teki abad ini....

laugh Pictures, Images and Photos


Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
  • Kuih salah bikin.

Binatang ape power Karate?
  • Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

Siape yang menemukan dompet kulit?
  • Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
  • Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
  • Pembohong...

Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
  • Usus

Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?

Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
  • Neneknye si katak

Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?

Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
  • Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
  • Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
  • Dua-dua tak kenal korang...hehe

Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?

Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
  • Tahi hidung

Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
  • Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
  • Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

Gajah terbang dengan ape?
  • Dengan susah payah......
sumber : ketawa.com

'The Bendy Bicycle'

Seorang pereka muda Kevin Scott 21 tahun telah mencipta basikal yang boleh di lengkungkan atau dibengkok di tiang.Rekaan ini dicipta untuk mengelakkan kejadian kecurian  dan basikal jenis ini senang disimpan ditempat yang kecil.-mail online

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved